July 05, 2015

Tak salahkan Encik Suami?

Ramadhan ni mungkin berlainan untuk kami sekeluarga. Ketiadaan FIL dan MIL buat aku rasa betapa kecil sangat keluarga kami. 

Aku kesiankan suami. Walhalnya dia sebenarnya lebih relax dari apa yg aku jangkakan. 
Ramadhan ni juga dugaan untuk aku, dengan keadaan aku yg tak berapa sihat. Sakit aku kali ini agak menyukarkan aku bergerak terlalu kerap. Sofia Masturina pula tak berapa sihat, dia jarang sakit.
Tapi nampaknya kali ini sakitnya teruk.  Mungkin combinate sekali dengan sifat mengade² anak dara sorang ni. 

Ujian Allah untuk aku. Jangan bising² zirah. Tunjukkan kuat kau pada anak². 

Aku dapat rasa suami agak kecil hati dengan aku.  Mana tidak, aku selalu rasa tak selesa, marah². Dengan anak² pun aku agak kasar. 
Kalaulah mereka tahu---
Bahawa aku sangat penat dan sakit. 
Bahawa aku harap mereka faham
Bahawa aku teringin benar mereka membantu.

Tapi aku tak boleh meminta sesuatu yg orang lain mungkin tak akan FAHAM. Aku kena berdikari uruskan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu kepada anak².  Itu tanggungjawab aku. 
Cuma mungkin aku kena kawal emosi penat dan rungut aku tu. 

Doktor kata rahim aku tak kuat, selain peranakan aku jatuh aku akn kerap sakit badan dan darah akan kerap keluar akibat penat atau stress. Pernah aku discuss dengan suami, tapi itulah orang lelaki tak faham sbb dia tak nampak. Bkn tak nampak darah tapi tak nampak kesakitan yang bagaimana. 

Mungkin org lelaki tak percaya bahawa orang perempuan yang bergelar isteri dan ibu ini waktu berkerjanya adalah 24 JAM. Tada shift, takda overtime elaun, takda istilah berehat. 

Dibulan puasa ini sahaja rutin : 430am -530am Bangun siapkan sahur.537am - 6am Mandi dan Bersiap untuk solat subur6am - 645am Lelapkan mata seketika 650am - 730am Siapkan breakfast anak², bersiap nak pergi kerja.740am - 8am Hantar anak ke pengasuh, Gerak ke pejabat.8am - 5pm Berkerja di Pejabat530pm - 630pm Ambil anak di pengasuh, teruskan dengan masak untuk berbuka. 730pm-8pm Rehat untuk solat maghrib8pm - 9pm Kemas baju anak untuk esok, masak makanan anak. Kemas rumah. Ambil masa basuh baju. 10pm - 12pm Tidurkan anak, Solat Isyak dan tidur. 

Macamginilah rutin aku. Bukan untuk menunjuk bahawa aku ini kerja keras atau isteri yang baik. Tapi sebagai seorang isteri dimana ruang untuk berehat tu sangat sedikit.  Disinilah perhatian dan bantuan diperlukan dari kudrat dari seorang suami.  

Bagi wanita yang berkerja seperti aku, waktunya mmg padat.  Kepenatan itu akan lebih terasa bagi seorang isteri yang mengandung.  Sebabnya dia bukan hanya bawa diri dia sahaja, tapi anak didlm kandungan dia juga. Bersama dengan kerja rumah.

Benar---
tak disuruh pun orang perempuan neh automatik akan bergerak buat itu,ini.  Sebab dah dijadikan satu kewajiban sejak dari zaman atuknenek lagi. Cuma dulu orang perempuannya hanya dirumah, hanya sebagai surirumah.  Tapi kini, orang perempuan sama naik berkerja di pejabat mencari rezeki lebih untuk tidak menyukarkan suami. Tapi --- mungkin suami tak nampak. 

"Awak duduk di pejabat, saya kerja berpanas."
Alasan klise orang lelaki. 

Wahai suami,
Tak mungkin isteri mohon untuk mengantikan tenaga dan darah yang dikeluarkannya semasa bersalinkan zuriat kamu. 
Mana sanggup isteri membiarkan suami melalui susah sendiri, malah dia hanya senyum melihat kesenangan suami. 
Tidak akan isteri membiarkan suami mencari rezeki sendirian, malah diusahakan agar tidak lebih menyusahkan suami. 
Tidak kosong perut suami, dijamu dan disediakan makanan pagi sehingga petang. 

Jadi--
Tak salah suami, jika diberikan perhatian belas ihsan sedikit untuk biarkan isteri rasa tenang disisi.
Tak salah suami, jika sediakan satu ruang untuk isteri melepaskan lelah penatnya dia berkerja.
Tak salah suami, jika diambil tugasnya bersama anak² agar tidak isteri merungut.
Tak salah suami, jika dibantu ringankan tugas harian di rumah setiap minggu. Agar isteri boleh gunakan masa minggunya dengan baik dan tenang. 
Tak salah kan suami? 



No comments: