July 25, 2015

Sambutan raya tahun 1436H

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA

Pepagi raya mmg normal rutin untuk semua mungkin untuk bergambar keluarga.  Tahun ini cucu keluarga Tokpin yang dua orang anak dara dah besar sikit.  Jadi ingat senanglah nak conduct gaya mcmana kami inginkan.  

Umh! Meleset tekaan mummy, anak².  Asyaah pepagi raya tu semangat berbaju raya.  Bangun awal! Siap pun awal.  Tapi--- Cikpia mmg lambat.  Oleh sbb dah bangun awal, asyaah buat perangai time nak bergambar.  Sgt teruk kot family potrait kami. * Bahaha
Kelamkabut.  Melalak tak hinggat dunia kau ye, nak.

Bergerak ke BatuPahat pun lambat, sampai jep dah habis solat jumaat.  Tak sempat lagi.
Laparnya--padahal mengunyah jep dalam kereta.  Panas sangat mungkin.
Petang tu, aku kerah suami untuk beraya.  Seronok aku balik kampung BP tahun ini.  Meriah sbb semua balik kot.  Even suasana tu dah tak macam dolu-dolu.  Masih rasa kehangatan raya tu.




Ini yg sempat family potrait kami capture. Anak² tak reti duduk diam.
Just this year different sikit, myb sebab cikpia dah makin besar, dia dah faham apa itu duit raya, salam orang, apa itu kuih raya dan main bunga api.  Sedangkan baju raya dia pun dia beriya pilih sendiri.  Siap ajak shopping raya lagi.  Funny right? Tahun depan dia dah start untuk sekolah, cuti pun dah tak free mcm dulu. Any time daddy free, pack luggage and gooo!

Time neh, daddy & mummy terpaksa "larikan diri" untuk calm down kan asyaah. Buat hal betul.

Tahun ini ramai sepupusepapat kami, sedara mara kami balik berkumpul.  Like I said before, even this year ghairahnya raya tak mcm dolu² but still feel the "Ukhuwahnya". 

Sesi bertandang berjalan seperti biasa, suami rajin plak ajak berziarah tahun ini. Sebab layankan anak² katanya.  Iyalah tuh, dia amek time inilah jumpa kengkawan lama kan. Aku pun sama. 

Anyway, thanks suami dan anak². For me, my mission is jumpa menda yang lama dan ikat kasi ketat. Thats raya for me. I'm happy tak kisahlah semuanya just simple and sederhana selagi boleh.  Tak banyak kuih raya, baju raya sehelai dua janji semua ada.  Janji semua cukup. Janji semua masih elok. Alhamdulilah.


Session kunjungan keluarga ke rumah keluarga yang lain.  Part makan paling seronok. 

Selamat hari raya semua.  Kepada sahabat, rakan, dan juga saudara mara.  Ampun maaf dari aku yang mungkin tak sengaja menyakitkan hati.  Dan dgn tulus ikhlas juga aku suarakan kemaafan andai ada selisih antara kita.

Kepada yang pernah digelar sahabat, rakan dan taulan. Ikhlas juga dari hati.  Maaf dipinta kemaafan dihulur. Agar tiada sakit dihati, rontaan jiwa.  Biar padam api kemarahan dan disirami kasih dan sayang.  

Sekian. 

No comments: