July 13, 2015

Lampu Pelita di akhir Ramadhan 2015

Assalamualaikum

Dah masuk hari ke 26 Ramadhan, aku rasa hampir 90% persiapan kami suami isteri dah siapkan.
Alhamdulilah---
Baju anak² -  Done
Baju maknyee - Done
Baju ayahnyee -  Recycle 4 tahun lepas punya.  (Stok korek² baju lama) Kasihan!
Kasut - Done
Packing Baju - 60%  sahaja yang sudah.
Mengemas rumah - Tunggu last minit touch up.
Kuih Raya - 80% Katanya nak banyak jeruk. Lagi selamat dan tahan lama. Boleh sampai ke Hari Raya Haji kata suami.

Walaupun kami tak ambil cuti yang lama, insha Allah kami akan gunakan cuti raya kali ini sehabisnya. Cikpia dah 4 tahun, aku mmg nak terapkan suasana raya sebenar pada dia.  Lelagi pada Asyaah.  Aku nak dia seronok seperti mana zaman kanak² aku dulu.
Bunga api.
Duit raya.
Kuih raya.
Makanannya.
Baju raya.
Kasut.
Sepupu sepapat.
Berziarah ziarahi.

Aku nak Cikpia bila sekolah nanti boleh simpan dan share story dengan kawan².
Tadi petang aku da beli lampu pelita.

Lampu Pelita - Beli di One Stop dgn harga RM2.70.

Jenuh aku mencarinya, dah hujung ramadhan baru dapat. Asyik habis aje. 
Aku nak Cikpia dan asyaah tahu ini adalah pelita.  Walaupun dulu pelita nya ada banyak bentuk dan jenis.  Tapi yang ini paling selamat lah kununnya--
Sebab tinggi dan dicacak ke tanah. So, tadalah mereka neh sentuh minyak tanah plak.  Habis terbakar mcm aku dulu.  Masih ada parutnya sampai sekarang --- kes adik lelaki aku tuhlah cucuh bunga api kat badan aku.  Dendam kot!  Siap kau, dapat mercun aku bakar kat kau plak. *Bahahaha

So tak sabar nak tunjuk mereka. Cuma aku tak berani nak masukkan minyak tanah dalam pelita neh. * Kes fobia sikit dengan api neh. 
Kasi terang menerang rumah aku. Bercahaya gitu. Last ramadhan neh biarlah berseri sikit rumah mak, nok.


No comments: