June 29, 2015

Sempit akal, Ketatkan perasaan.

Dah kosong sgt mereka berfikir. Sehingga satu tahap melihat objek ringkas sgt complicated jadinya.
Mana taknya--
burung kau gambarkan dino
ukiran seni kau nampakkan ayat suci
titis warna kau rasanya kepala binatang

Sampai sejadah yg penuh warna kau gambarkan keliru sehingga keluar kepala binatang kau inginkan.

Aku kekdg duduk di sejadah dengar tazkirah kepala mengelamun--
sampai benang² kecil kt telekung aku habis aku pintalkan.
sampai sejadah aku yg baru beli kekdg dok aku sental² sampai naik kembang.
corak di sejadah tu kekdg aku siap kira lagi.
kekdg ilusi bermain aku sampai aku nampak muka makcik kuih di sejadah. Sebab lapar. 

Teringat ttg telekung "frozen" yg katanya dosa dipakai sbb mengelirukan jemaah lain. 
Wey, aku bkn lah ahli ulamak atau ahli masjid. Tapi isu ni dah lapuk pada aku.
Tak kiralah apa juga pakaian kita, perlu menutup aurat. Bukannya berpakaian dgn logo "JESUS" atau lambang agama lain. Itu aku paham.
Ini telekung budak kot. 

Pada aku. Aku cakap pendapat aku lah--
Ianya satu method utk kasi anak² semangat utk solat. Aku ckp semangat tau. Bkn sebab.
Sebab wajibnya haruslah kerana ALLAH. Begitu juga org lain.
Aku sendiri pun adakalanya bebual dgn Sofia Masturina(Anak sulung) kenapa kita kena solat. 
"Allah suruh kita solat."
"Kenapa allah suruh, mummy?"
"Sbb Syurga kita nanti kalau jaga solat."
"Syurga tu apa? Kenapa bkn skrg kita gi syurga,mummy?"
"Sebab kita belum solat. Nanti rajin solat kita bolehlah masuk syurga."

"Kenapa kena pakai telekung,mummy?"
"Sebab kena cecantik dpn Allah."
"Allah tahu kita cantik ke,mummy?"
"Mestilah sebab kita pakai pakaian tutup aurat."
"Kalau pakai frozen cantik tak mummy. Tapi yaya tutup aurat."

See--
anak aku akan tutup aurat tp kena tacklelah hati dia. Cari apa dia suka. Pakaikan apa yg dia suka tengok. Budak² hatinya masih bersih. Jadi takpayah fikir bebukan. 
Yang dah besar² neh aku tgk merumitkan keadaan.  Keterbukaan kita benar ada membinasakan, namun terbukalah kita dengan "Islam itu mudah."


No comments: