June 28, 2015

Mohon maaf ayah

Bila televisyen dah banyak paparkan kisah betapa hinanya anak mendera ibubapa sendiri aku jadi sebak.  Mendera fizikal dan emosi ibubapa sendiri pada aku sgt kejam, meskipun adakalanya aku terkesan dengan paparan itu.

Mana mungkin aku berbalikkan muka aku dari menyatakan aku anak yang baik.  Aku sendiri bukan anak yang dikategorikan terbaik utk mama dan ayah.  Tapi benar² nyatakan sayang pada mereka, bukan untuk sedapkan hati tapi ikhlas aku benar² sayangkan mama dan ayah. 

Aku ingat saat aku mengkhianati mereka saat aku nyatakan sebulan sebelum raya bahawa aku tak ingin teruskan pelajaran Diploma aku.  Betapa kesalnya mereka dgn pengakuan aku, sehingga mama katakan bahawa aku berubah kerana teman lelaki. Sedangkan aku sudah nekad dan bukan dari sesiapa.  Kejadian di kolej membuatkan aku benar² patah hati dan putus asa.  Aku tak sanggup menipu diri aku lagi, aku takperlukannya lagi. 

Betapa aku sgt gusar dan takut untuk melukakan hati mereka, dan betapa aku memikirkan airmuka ayah yang kecewa dgn aku.  Aku dah putuskan bahawa aku tk perlu pulang kerumah untuk menghadap mereka lagi.  Planning untuk beraya di kampung seorg kawan juga telah aku aturkan sekiranya dihalau oleh mereka.  Banyak kemungkinan dikepala aku waktu itu. 

Panggilan ayah aku hanya tatap kosong. 
Deringan demi deringan aku biarkan sahaja.  Malah aku ayah hubungi teman lelaki aku ketika itu (Encikbesar) untuk pujuk aku juga gagal. Aku biarkan semuanya reda, panggilan mama lagi lah aku senyapkan malah pernah terfikir untuk "Block" tp masih panjang akal aku. 
Setelah keadaan reda, dan beberapa hari lagi raya~aku pulang ke JB. 
Aku tak pulang ke rumah, malah itu adalah raya paling teruk aku rasakan untuk kami.  Perasaan itu kosong. Aku dah fikirkan ttg masa depan aku yang masih tak pasti. 

Ayah kerap menghubungi aku, tidak jemukah orang tua ini dalam fikiran ku.  Setelah diberitahu oleh encik besar bahawa ayah bersungguh cari aku, jadi sebak pula aku.  Mana tidaknya aku bkn anak yg baik utk dia tp snggup pula dia mencari aku meskipun aku mengecewakan dia. 

Berpekik lolong, berhempas pula aku menyakin dia bahawa aku nekad dgn pilihan aku sewaktu aku hubungi dia.  Ayah cakap mama rindukan aku, dia demam.  Tapi sebenarnya aku tahu, bukan mama. Tapi ayah yang demam memikirkan aku, ayah mencari aku kesana sini. Ayah hubungi kolej untuk proses pemberhentian pelajaran aku. Ayah yang ke Kuantan untuk selesaikan hal aku di sana. 
Ayah yang merayu pada aku agar lembutkan hati aku. 
Ayah yang berikan aku peluang agar aku pulang ke rumah. 
Ayah yang sediakan wang untuk aku tidak susah di tempat lain. Risau benar aku tak da duit utk makan. Sedangkan waktu itu aku mulai kerja di sebuah pejabat. 

Hati aku keras, Hati ayah ego.

Ingat tak, waktu aku tak ke sekolah hampir 2 bulan.  Ayah menghadap cikgu di sekolah, aku tahu dia kecewa. Tapi sabarnya masih dikawal tidak dia malukan aku di sekolah. Dirumah teruk aku dibalun, terajang.  Kami bergaduh. Bicara ttg yang masing² bersalah.  Tak faham ertinya kerana suara kami berlumba² utk lebih tinggi.  Airmata keluar saat semuanya rasa bersalah, kesal dan hampa. 
Betapa aku bencikan keadaan itu.  Akal hanya mencari jalan keluar. Keluar dari rumah. 

Masa cepat sgt berlalu.  Rasanya baru semalam aku bertengkar dengan kakak mama.  Mana tidaknya, ahli keluarga terdekat memburukkan hal mama dan ayah di kampung dan akhirnya sampai ke telinga aku.  Bencinya aku dgn dia.  Kami bergaduh di rumah, kakak mama pukul aku dan aku membalaskan balik. 

Aku hanya menanti perkhabaran dari ayah dan mama.  Sudah tentu aku yang akan dibalun lagi. Bergaduh dgn makcik sendiri katanya.  Tapi meleset jangkaan aku, Ayah kecewa kerana aku dicederakan.  Aku suruh kakak mama keluar dari rumah.  Kami bertahun tak pulang malam raya. Ayah tak benarkan makcik aku jejak ke rumah dan ambil tahu ttg kami lagi anak beranak.  Mama sudah tentu kecewa.  Sehingga dia yang sendiri menghalau kakaknya itu.  Bersalah aku, tp aku tak boleh bertahan. 

Pada tahun lepas sewaktu aku sedang menunggu hari bersalinkan anak ke-2, ayah pulang dan terus ke bilik. Aku dgr tangisan ayah. Sayunya aku. Ayah dalam masalah besar.  Suami aku mohon untuk aku yang pujuk malahan mama juga mohon aku legakan hati ayah.  Kenapa aku? Sedangkan aku anak yang tak berguna. 

Tapi aku bertanggungjawab dgn semua itu, aku peluk ayah. Kami sesama menangis. Aku pujuk ayah jgn mengalah, jgn putus asa. Aku ingatkan ayah yang aku pun taknak aku cepat mengalah.  Ayah pernah suruh aku jadi kuat.

"Biar orang buat kita, jangan kita buat dia."

 Aku ingat pesanan ayah, walaupun aku tak pernah dengar nasihat ayah itu.
Aku selalu cakap pada suami aku. Kenapa aku tak boleh dapatkan wang yang banyak.  Suami tanyakan pada aku, " Untuk apa duit banyak?"
Aku cakap, untuk supaya ayah dan mama berehat.  Gunakan duit untuk buat apa mereka terlalu inginkan.  Sebab bila mereka gembira hati aku senang.

Sebab sebenarnya aku tak pasti maaf aku berharga atau tidak.

2 comments:

akish ali said...

huaaaa..pepagi dh entry sedeyyy tau dia ni

=(

Kantung dibentangkan said...

Kan kan. Tetiba rindu pulak kenangan lama dan of courselah rindu kat ayah.