June 01, 2015

Dia..Isteri Luar Biasa. Seronok.

Sejak menjak TV3 tayangkan drama-drama yang diadaptasikan dari novel rajinlah tangan aku mencari novel² di Bookstore di JB neh. Rasa mcm dah minah novel pulak aku neh.  Terima kasihlah TV3.  Pandangan aku mudah, dengan usaha begini ada kebaikan diberikan untuk penulis² novel di Malaysia.  Di pasaran luar negara juga ada filem tau. Filem! yang mengadaptasikan dari komik². Malah mendapat sambutan hangat lagi.  Jadi penulis novel juga dapat keuntungan juga.  Boleh dikira sebagai gaji yang lumayan, tak salah sebenarnya.  Kita boleh menaikkan profesion seorang penulis novel ke satu tahap yang membanggakan.

Terus terang aku berikan pendapat, bahawa aku juga dah jelak dengan penulis skrip yang tak up to date.  Penonton gemar sesuatu yang fantasi namun ianya realiti. Bukan hanya ditonyoh dengan drama hantu sahaja. Malah ada penulis skrip yang lebih kurang sahaja.  Sebab nak kejar dateline kununnya. Novel dicipta berkisar apa yang penulis angankan dengan apa yang berlaku.

Aku minat dengan novel jadi aku tahu kebanyakkannya penulis bukan syok sendiri.  Adakalanya adalah kisah benar mereka namun diolah untuk lebih molek orang kata.  Jadi ada masam dan manisnya. Aku sendiri ada buat cerpen sendiri waktu sekolah menengah dulu.  Seronok sebab aku tulisan aku byk kepada apa yang remaja inginkan, impikan juga apa yang berlaku.  Ibarat seperti luahan perasaanlah.  Malah subjek Bahasa Malaysia ketika itu menjadi subjek kegemaran aku, dan utk Bab Penulisan aku mendapat cemerlang.

Novel Dia ... Isteri Luar Biasa mula ditayangkan di TV3 sekarang
Berbalik kepada drama setiap 7:00 petang dari Isnin hingga ke Khamis ini, buat aku tertanya bagaimana sambutannya nanti. Adakah akan jadi fenomena seperti TLU? Teman Lelaki Upahan.  Aku tahu ianya seronok, malah bila ditanya di kedai buku, novel itu menjadi sebab utama pengunjung ke Kedai Buku.  Wah! Menyeronokkan.

Encikbesar dan anak² juga dah mula hafal dengan lagu soundtrack bagi drama ini. #Potret by Akim dan The Majistret. Ada di blog² yang lain dah mula berikan komen ttg drama ini.  Antaranya kisah #Dramatakbermoral alahai terlalu cetek pemikiran sesetengah orang Malaysia ni.  Kita sudah diberikan akal utk membezakan yang elok dan tidak.  Bukan aku menidakkan apa yang mereka katakan tp jika difikirkan drama dari barat & korea byk ditontonkan di Malaysia malah ada yang trending gitu.  Dan lakonan pelakon mereka tidak terbatas, malah ada yang berpeluk sakan, malah bercium siap aksi hebat gitu.  Bahasa mereka juga sgt kasar.  Tapi adakah Orang Malaysia jadikan ianya isu? Tidak kerana mereka rasa itu adat barat dan ianya perkara yang normal pada mereka disana.  Tp bagaimana kita? anak² kita? Susahkan nak dijawab.

Pada aku satu, didikan kita yg utama. Kawalan kita sendiri yang penting. Insha Allah.

No comments: