June 29, 2015

Sempit akal, Ketatkan perasaan.

Dah kosong sgt mereka berfikir. Sehingga satu tahap melihat objek ringkas sgt complicated jadinya.
Mana taknya--
burung kau gambarkan dino
ukiran seni kau nampakkan ayat suci
titis warna kau rasanya kepala binatang

Sampai sejadah yg penuh warna kau gambarkan keliru sehingga keluar kepala binatang kau inginkan.

Aku kekdg duduk di sejadah dengar tazkirah kepala mengelamun--
sampai benang² kecil kt telekung aku habis aku pintalkan.
sampai sejadah aku yg baru beli kekdg dok aku sental² sampai naik kembang.
corak di sejadah tu kekdg aku siap kira lagi.
kekdg ilusi bermain aku sampai aku nampak muka makcik kuih di sejadah. Sebab lapar. 

Teringat ttg telekung "frozen" yg katanya dosa dipakai sbb mengelirukan jemaah lain. 
Wey, aku bkn lah ahli ulamak atau ahli masjid. Tapi isu ni dah lapuk pada aku.
Tak kiralah apa juga pakaian kita, perlu menutup aurat. Bukannya berpakaian dgn logo "JESUS" atau lambang agama lain. Itu aku paham.
Ini telekung budak kot. 

Pada aku. Aku cakap pendapat aku lah--
Ianya satu method utk kasi anak² semangat utk solat. Aku ckp semangat tau. Bkn sebab.
Sebab wajibnya haruslah kerana ALLAH. Begitu juga org lain.
Aku sendiri pun adakalanya bebual dgn Sofia Masturina(Anak sulung) kenapa kita kena solat. 
"Allah suruh kita solat."
"Kenapa allah suruh, mummy?"
"Sbb Syurga kita nanti kalau jaga solat."
"Syurga tu apa? Kenapa bkn skrg kita gi syurga,mummy?"
"Sebab kita belum solat. Nanti rajin solat kita bolehlah masuk syurga."

"Kenapa kena pakai telekung,mummy?"
"Sebab kena cecantik dpn Allah."
"Allah tahu kita cantik ke,mummy?"
"Mestilah sebab kita pakai pakaian tutup aurat."
"Kalau pakai frozen cantik tak mummy. Tapi yaya tutup aurat."

See--
anak aku akan tutup aurat tp kena tacklelah hati dia. Cari apa dia suka. Pakaikan apa yg dia suka tengok. Budak² hatinya masih bersih. Jadi takpayah fikir bebukan. 
Yang dah besar² neh aku tgk merumitkan keadaan.  Keterbukaan kita benar ada membinasakan, namun terbukalah kita dengan "Islam itu mudah."


June 28, 2015

Mohon maaf ayah

Bila televisyen dah banyak paparkan kisah betapa hinanya anak mendera ibubapa sendiri aku jadi sebak.  Mendera fizikal dan emosi ibubapa sendiri pada aku sgt kejam, meskipun adakalanya aku terkesan dengan paparan itu.

Mana mungkin aku berbalikkan muka aku dari menyatakan aku anak yang baik.  Aku sendiri bukan anak yang dikategorikan terbaik utk mama dan ayah.  Tapi benar² nyatakan sayang pada mereka, bukan untuk sedapkan hati tapi ikhlas aku benar² sayangkan mama dan ayah. 

Aku ingat saat aku mengkhianati mereka saat aku nyatakan sebulan sebelum raya bahawa aku tak ingin teruskan pelajaran Diploma aku.  Betapa kesalnya mereka dgn pengakuan aku, sehingga mama katakan bahawa aku berubah kerana teman lelaki. Sedangkan aku sudah nekad dan bukan dari sesiapa.  Kejadian di kolej membuatkan aku benar² patah hati dan putus asa.  Aku tak sanggup menipu diri aku lagi, aku takperlukannya lagi. 

Betapa aku sgt gusar dan takut untuk melukakan hati mereka, dan betapa aku memikirkan airmuka ayah yang kecewa dgn aku.  Aku dah putuskan bahawa aku tk perlu pulang kerumah untuk menghadap mereka lagi.  Planning untuk beraya di kampung seorg kawan juga telah aku aturkan sekiranya dihalau oleh mereka.  Banyak kemungkinan dikepala aku waktu itu. 

Panggilan ayah aku hanya tatap kosong. 
Deringan demi deringan aku biarkan sahaja.  Malah aku ayah hubungi teman lelaki aku ketika itu (Encikbesar) untuk pujuk aku juga gagal. Aku biarkan semuanya reda, panggilan mama lagi lah aku senyapkan malah pernah terfikir untuk "Block" tp masih panjang akal aku. 
Setelah keadaan reda, dan beberapa hari lagi raya~aku pulang ke JB. 
Aku tak pulang ke rumah, malah itu adalah raya paling teruk aku rasakan untuk kami.  Perasaan itu kosong. Aku dah fikirkan ttg masa depan aku yang masih tak pasti. 

Ayah kerap menghubungi aku, tidak jemukah orang tua ini dalam fikiran ku.  Setelah diberitahu oleh encik besar bahawa ayah bersungguh cari aku, jadi sebak pula aku.  Mana tidaknya aku bkn anak yg baik utk dia tp snggup pula dia mencari aku meskipun aku mengecewakan dia. 

Berpekik lolong, berhempas pula aku menyakin dia bahawa aku nekad dgn pilihan aku sewaktu aku hubungi dia.  Ayah cakap mama rindukan aku, dia demam.  Tapi sebenarnya aku tahu, bukan mama. Tapi ayah yang demam memikirkan aku, ayah mencari aku kesana sini. Ayah hubungi kolej untuk proses pemberhentian pelajaran aku. Ayah yang ke Kuantan untuk selesaikan hal aku di sana. 
Ayah yang merayu pada aku agar lembutkan hati aku. 
Ayah yang berikan aku peluang agar aku pulang ke rumah. 
Ayah yang sediakan wang untuk aku tidak susah di tempat lain. Risau benar aku tak da duit utk makan. Sedangkan waktu itu aku mulai kerja di sebuah pejabat. 

Hati aku keras, Hati ayah ego.

Ingat tak, waktu aku tak ke sekolah hampir 2 bulan.  Ayah menghadap cikgu di sekolah, aku tahu dia kecewa. Tapi sabarnya masih dikawal tidak dia malukan aku di sekolah. Dirumah teruk aku dibalun, terajang.  Kami bergaduh. Bicara ttg yang masing² bersalah.  Tak faham ertinya kerana suara kami berlumba² utk lebih tinggi.  Airmata keluar saat semuanya rasa bersalah, kesal dan hampa. 
Betapa aku bencikan keadaan itu.  Akal hanya mencari jalan keluar. Keluar dari rumah. 

Masa cepat sgt berlalu.  Rasanya baru semalam aku bertengkar dengan kakak mama.  Mana tidaknya, ahli keluarga terdekat memburukkan hal mama dan ayah di kampung dan akhirnya sampai ke telinga aku.  Bencinya aku dgn dia.  Kami bergaduh di rumah, kakak mama pukul aku dan aku membalaskan balik. 

Aku hanya menanti perkhabaran dari ayah dan mama.  Sudah tentu aku yang akan dibalun lagi. Bergaduh dgn makcik sendiri katanya.  Tapi meleset jangkaan aku, Ayah kecewa kerana aku dicederakan.  Aku suruh kakak mama keluar dari rumah.  Kami bertahun tak pulang malam raya. Ayah tak benarkan makcik aku jejak ke rumah dan ambil tahu ttg kami lagi anak beranak.  Mama sudah tentu kecewa.  Sehingga dia yang sendiri menghalau kakaknya itu.  Bersalah aku, tp aku tak boleh bertahan. 

Pada tahun lepas sewaktu aku sedang menunggu hari bersalinkan anak ke-2, ayah pulang dan terus ke bilik. Aku dgr tangisan ayah. Sayunya aku. Ayah dalam masalah besar.  Suami aku mohon untuk aku yang pujuk malahan mama juga mohon aku legakan hati ayah.  Kenapa aku? Sedangkan aku anak yang tak berguna. 

Tapi aku bertanggungjawab dgn semua itu, aku peluk ayah. Kami sesama menangis. Aku pujuk ayah jgn mengalah, jgn putus asa. Aku ingatkan ayah yang aku pun taknak aku cepat mengalah.  Ayah pernah suruh aku jadi kuat.

"Biar orang buat kita, jangan kita buat dia."

 Aku ingat pesanan ayah, walaupun aku tak pernah dengar nasihat ayah itu.
Aku selalu cakap pada suami aku. Kenapa aku tak boleh dapatkan wang yang banyak.  Suami tanyakan pada aku, " Untuk apa duit banyak?"
Aku cakap, untuk supaya ayah dan mama berehat.  Gunakan duit untuk buat apa mereka terlalu inginkan.  Sebab bila mereka gembira hati aku senang.

Sebab sebenarnya aku tak pasti maaf aku berharga atau tidak.

June 16, 2015

Kenapa dewasa wahai anak?

Since ada anak, aku lebih suka stay dirumah sesambil masak apa yang menarik utk dimakan. Melayan karenah 2 orang anak dara aku rasa mcm dah makcik² gitu.  Mana tidaknya-- dengan jerit tahap maktiri, berbual kekepoh gitu dgn my little daughters.  Yeah! sangat riuh rumah aku sejak beranak dua neh. 

My eldest daughters, Sofia Masturina dah makin besar, almost 4 years old.  Hamik kau!

Sgt gemar berposing dan tahapnya tang muncung tak tahan.

 Sibuk asyik menyergah aku ttg sesi persekolahan dia. 
"Mummy bila yaya boleh skool di An-nur?"
"Next year. Sebab tahun ni awak tak cukup umur lagi?"
"Next year tu bila?"
"Next year tu selepas disember."
"Disember tu selepas bila?"
"Bila kawan² yaya yang lain dah cuti skool lama, and then time mereka naik skool balik barulah yaya akan skool jugak."
"Rasa²nya bila skool kawan² yaya tu cuti?"

Errk!  Rasanya mampu atau tidak aku cuba nak menjawab? Sbb IQ kanak² macam mereka sgt nak ambil tahu. Sbb IQ aku tak malas nak menjawab. Alahai anak. 

So this year the 2nd time raya for Sofeah Masyaah. But 1st time for us for celebrating raya without arwah ayah (Encikbesar's father).  No bapa mertua anymore. No Tokman anymore.  Simpati aku dan rasa sedih aku bersama suami. No Mak Mertua dan No Bapa Mertua. No kampung for him. 
Tapi aku taknak suami rasa kehilangan tu.  So for this year, I really really want do something fun with him.  

For Sofeah Masyaah--- This year dah 2 years old so banyaklah dia boleh belajar ttg puasa dan raya, bunga api dan lampu pelita. I'm so excited.  My little brother gettin engage. Yang paling seronok of course, his niece la. Sofia Masturina dan Sofeah Masyaah. 

Sofia Masturina, Sofeah Masyaah and of course the sweet mummy. 

Rasa sayu nak menyambut ramadhan, walaupun sebenarnya aku tk sbr  Banyak mende yang aku hilang, pergi dan buang.   Aku taknak letak rasa bersalah dlm diri aku terlalu banyak dan aku juga taknak terlalu mengalah.  Biar masa menentukan apa yg terbaik utk aku  Sekarang masa aku byk untuk suami dan anak².

Selamat datang ramadhan. 

June 08, 2015

Let it go, mummy.

Aku tgk dalam iklan or drama yg others parent having fun playing with their kids in the RAIN.  My mindset is Ohmy! anak² akan demam kalo aku buat mcmgitu. But deep inside me--- actually that's fun. 


Keluar dari rumah, main hujan. Lompat atas lopak.
Golek² atas rumput. Main lumpur. 

Aku pernah main hujan. Balik dari sekolah. Itu pun dah mcm apa balik tu. Cecpt mandi basuh kepala keringkan badan dan get some hot milo. Supaya tak nak pening kepala. Padahal mama & ayah tak pernah kisah pun kalo aku main hujan atau tidak.  

Tapi bila ada anak sendiri, aku berubah jadi terlalu PROTECTIVE. 
Idk. 

My husband pernah sound-- Yeah sound like rude but, I'm prefer using word of SOUND. In malay "Setepek". * Bahahaa Hokay back to topic. Aku neh selalu tak boleh itu, tak boleh ini. Jangan sana, Jangan sini. You can't do that, you can't do this. Always is NO, NO & NO. 



Me?  Of course we argue. Aku sygkan anak² lebih dari org lain, perut aku kot yg mengendong mereka, lahirkan mereka & jaga mereka. So, aku taknak something happen lelebih lagi mereka sakit. Aku tak sanggup hadap. Aku akan sakit kalo mereka sakit. Aku akan nangis kalo mereka nangis. Yeah, people can say anything example :
"Org lain pn ada anak, tak macam engkau."
"Jgn manjakan anak sangat. Nanti pijak kepala engkau."

Mungkin aku lebih selesa MENCEGAH DARI MENGUBATI. BERPAYUNG SEBELUM HUJAN. Cuma sampai bila? ---- 




Aku kena ubah pemikiran aku, sebelum aku tak sempat rasakan semua keseronokan itu dgn anak² utk dijadikan ia satu kenangan. Aku nak ada kenangan aku dgn anak² sebelum Allah tarik nyawa aku sebelum mereka. 

"Aku selalu main dalam hujan, mandi pantai, buat istana pasir, camping dgn mak aku. "
or
"Mak aku selalu ajar kami mcmana nak masak, pegang ular, jungle-trecking, driving, painting sesama."

Tak kan aku nak dgr anak² atau ingat aku dgn ;
" Mummy tak kasi buat itu, buat ini."
"Kitorg tak pernah pegi sana, pegi sini."
"Kami tak pernah rasa mcmana org lain rasa."

So disappointed. I'm feel like I'm a failure mother. 

So I need to change. Change my mind, throw out all my bad thinking. Kena free!
Takda "NO" lagi. No "TAKBOLEH" anymore. Ever. 
I try yes, I really need to try. 

Kesian kan-- aku takut kena hujan akan sakit, takut mereka pening smpai teruk. 
Makan sweet akan langsung gigi tak cantik. 
Makan snack become --- addict. & worried dorg langsung tak boleh berhenti. 
Main pasir takut cacing dan kuman. 
Mandi di pantai-- takut lemas.
Main lopak nanti kena gatal² kulit jadi tak cantik. 
What I really need is--- just get some limit everything they do, they want, they saying.
Bukan NO terus. Kan?

So,--- let me try. I will let it go, kids. You'll deserves to get some fun with nature. Tu yg Allah telah sediakan. Gunakan alam sekitar neh sebagai padang permainan, cuma kita manusia jgn musnahkan. 

June 01, 2015

Dia..Isteri Luar Biasa. Seronok.

Sejak menjak TV3 tayangkan drama-drama yang diadaptasikan dari novel rajinlah tangan aku mencari novel² di Bookstore di JB neh. Rasa mcm dah minah novel pulak aku neh.  Terima kasihlah TV3.  Pandangan aku mudah, dengan usaha begini ada kebaikan diberikan untuk penulis² novel di Malaysia.  Di pasaran luar negara juga ada filem tau. Filem! yang mengadaptasikan dari komik². Malah mendapat sambutan hangat lagi.  Jadi penulis novel juga dapat keuntungan juga.  Boleh dikira sebagai gaji yang lumayan, tak salah sebenarnya.  Kita boleh menaikkan profesion seorang penulis novel ke satu tahap yang membanggakan.

Terus terang aku berikan pendapat, bahawa aku juga dah jelak dengan penulis skrip yang tak up to date.  Penonton gemar sesuatu yang fantasi namun ianya realiti. Bukan hanya ditonyoh dengan drama hantu sahaja. Malah ada penulis skrip yang lebih kurang sahaja.  Sebab nak kejar dateline kununnya. Novel dicipta berkisar apa yang penulis angankan dengan apa yang berlaku.

Aku minat dengan novel jadi aku tahu kebanyakkannya penulis bukan syok sendiri.  Adakalanya adalah kisah benar mereka namun diolah untuk lebih molek orang kata.  Jadi ada masam dan manisnya. Aku sendiri ada buat cerpen sendiri waktu sekolah menengah dulu.  Seronok sebab aku tulisan aku byk kepada apa yang remaja inginkan, impikan juga apa yang berlaku.  Ibarat seperti luahan perasaanlah.  Malah subjek Bahasa Malaysia ketika itu menjadi subjek kegemaran aku, dan utk Bab Penulisan aku mendapat cemerlang.

Novel Dia ... Isteri Luar Biasa mula ditayangkan di TV3 sekarang
Berbalik kepada drama setiap 7:00 petang dari Isnin hingga ke Khamis ini, buat aku tertanya bagaimana sambutannya nanti. Adakah akan jadi fenomena seperti TLU? Teman Lelaki Upahan.  Aku tahu ianya seronok, malah bila ditanya di kedai buku, novel itu menjadi sebab utama pengunjung ke Kedai Buku.  Wah! Menyeronokkan.

Encikbesar dan anak² juga dah mula hafal dengan lagu soundtrack bagi drama ini. #Potret by Akim dan The Majistret. Ada di blog² yang lain dah mula berikan komen ttg drama ini.  Antaranya kisah #Dramatakbermoral alahai terlalu cetek pemikiran sesetengah orang Malaysia ni.  Kita sudah diberikan akal utk membezakan yang elok dan tidak.  Bukan aku menidakkan apa yang mereka katakan tp jika difikirkan drama dari barat & korea byk ditontonkan di Malaysia malah ada yang trending gitu.  Dan lakonan pelakon mereka tidak terbatas, malah ada yang berpeluk sakan, malah bercium siap aksi hebat gitu.  Bahasa mereka juga sgt kasar.  Tapi adakah Orang Malaysia jadikan ianya isu? Tidak kerana mereka rasa itu adat barat dan ianya perkara yang normal pada mereka disana.  Tp bagaimana kita? anak² kita? Susahkan nak dijawab.

Pada aku satu, didikan kita yg utama. Kawalan kita sendiri yang penting. Insha Allah.