April 26, 2015

Makan kata, ulamkan hati.

Assalamualaikum
Kali ini dan hari ini penulisan saya agak kelam dan sgt saya susun ayatnya agar tidak menyinggung sesiapa pun. Malah hati yang saya jaga adalah sahabat baik saya.

Ini kisah tentang penjagaan anak dan hal pengasuh.  Bukan niat dihati penulisan saya ini untuk mencari salah pengasuh. Malah saya sendiri pun pernah terfikir untuk jadi pengasuh bagi mendekatkan diri saya dengan anak anak. Pengasuh juga memainkan peranan dan separuh hidup saya benar² memerlukan orang terpenting ini untuk mengasuh dan mendidik anak anak saya sepanjang waktu saya di pejabat.

Cuma kali ini, ianya begitu terkesan didalam diri saya.  Anak buah sahabat saya mengalami pendarahan yang teruk dikepala dan seperti dilaporkan oleh doktor yang merawatnya--- anak kecil berusia lebih kurang 6 bulan itu, didapati ada internal bleeding akibat hentakan di kepala.  Dan beberapa pembedahan dilakukan bagi mengurangkan bengkak.  Namun pada tarikh 25 April 2015 Waktu lebih kurang 11:30pm anak buah sahabat saya pergi selamanya dipangkuan ibu yang mengandungkan dan melahirkannya. Malah mendidiknya dan mengasuhnya yang hanya sempat selama 6 bulan selepas dilahirkan.

Walaupun kisah sebenarnya tidak begitu jelas diceritakan oleh sahabat saya namun, saya tahu ianya sukar bagi pihak ibubapanya juga keluarganya utk jelaskan keadaan sebenarnya.  Pengasuhnya tidak memaklumkan apa² yang berlaku sepanjang penjagaanya namun laporan doktor mengesahkan dan laporan dan siasatan polis sedang dijalankan.  Benar, tidak adil kita menyalahkan sebelah pihak. Malah pengasuh yang mengasuh anak kita, juga ada hak.  Namun, adakah laporan doktor itu tidak benar atau palsu? atau hanya sekadar diada-adakan?

Begitu juga saya, anak dihantar ke pengasuh.  Benar saya hantar disekitar tmpt tinggal saya malah kebanyakkan pengasuh yang ada disitu adalah isteri² yang mana suaminya berkerja satu jabatan dengan saya. (Kuarters kerajaan).  Saya sering pulang kerumah waktu rehat, ini kerana pejabat dan rumah saya berdekatan tak sampai 5 minit.  Mengapa? Saya perlu lakukan itu. Pernah satu ketika, saya pulang ambil anak² dan mereka hanya tinggal bersama anak pengasuh yang berusia 5 tahun.  Saya terfikir mengapa ditinggalkannya.  Dia maklumkan bahawa ambil anak² dia disekolah yang hanya 500m. Namun hati saya terdetik sekiranya-- sekiranya berlaku apa² bagaimana?

Kejamkah saya seandainya sy mengutamakan keselamatan anak saya lebih dari anak pengasuh yang perlu diambil dari sekolah? Kerap berlaku. Adakah saya terserempak dgn pengasuh di kedai runcit dan ditanya ttg anak saya, dia kata tinggal bersama anak perempuan dia yang berusia 12 tahun. Baiklah.Wang upah RM500 yang saya berikan adalah untuk pengasuh bukan anak dia.  Ini kerana pada saya dia bukan hanya saya anak² saya--malah ada sepasang lagi anak org lain.  Alahaai-- cerewet benar saya. Itu yg anda fikirkan bukan? Dulu tak sama dgn sekarang. Dulu jenayah nya tidak seteruk sekarang.  Dulu anak² kecilnya tidak se-"maju" sekarang.  Jd mmg byk dugaannya skrg ini dari yg dulu.

Mereka hny fikirkan utk mendptkan wang utk menambah pendapatan. Tp mereka tidak memikirkan ttg amanah dan tggungjawab yg digalas.  Itu perbezaannya.  Jadi pengasuh mula fikirkan betapa pentingnya amanah yg kamu jaga.  Bagai menjaga keluarga sendiri.  Fikirkan negative lebih byk dari yang positif tlebih dahulu dalam hal jagaan anak².  Bukan hny untuk menuding jari pd pengasuh.  Lelagi pd insan yg byk menyumbang masa dan tenaga menjaga anak² kami---
tp fikirlah sedetik benarkah kamu ikhlas? adakah kamu jaga dgn sempurna? Bagaimana caranya asuhan kamu itu? Fikirkan balik.

Ada mungkin ada suara² sumbang mengatakan, mengapa tidak kami ibu² menjaga anak sendiri? duduk rumah dgn anak²? ----
Alahai, kakak² sekali-- perkara pertama kami terfikir akan buat adalah, berhenti dan jaga sendiri anak. Tapi siapa mahu bagi kami makan? Perlukah kami heret anak ke pejabat?  Darimana wang pendapatan kami mampu dapat kalau hanya dirumah?  Siapa mahu bayar bil²?  Suami ada jarang dirumah, adayang ibu tunggal, ada yang balu. Dan mengapa kamu jadi pengasuh? Tidak cukupkah gaji suami? Tak cukup kah kamu dgn anak yang ada? Alasannya satu --  cari wang lebih bukan? Niat membantu suami bukan?

Kita sama² ada komitmen yang sama penting.  Ibu.
Jadi, tak salah kita sama² fikirkan ttg keselamatan anak² yang diberi dijaga dan diasuh itu.
Ikhlaskan hati.
Sabarkan setiap kelakuan kita.
Insha Allah.  Diberkati dan Allah maha mengetahui.


Tutup.

No comments: