April 26, 2015

Makan kata, ulamkan hati.

Assalamualaikum
Kali ini dan hari ini penulisan saya agak kelam dan sgt saya susun ayatnya agar tidak menyinggung sesiapa pun. Malah hati yang saya jaga adalah sahabat baik saya.

Ini kisah tentang penjagaan anak dan hal pengasuh.  Bukan niat dihati penulisan saya ini untuk mencari salah pengasuh. Malah saya sendiri pun pernah terfikir untuk jadi pengasuh bagi mendekatkan diri saya dengan anak anak. Pengasuh juga memainkan peranan dan separuh hidup saya benar² memerlukan orang terpenting ini untuk mengasuh dan mendidik anak anak saya sepanjang waktu saya di pejabat.

Cuma kali ini, ianya begitu terkesan didalam diri saya.  Anak buah sahabat saya mengalami pendarahan yang teruk dikepala dan seperti dilaporkan oleh doktor yang merawatnya--- anak kecil berusia lebih kurang 6 bulan itu, didapati ada internal bleeding akibat hentakan di kepala.  Dan beberapa pembedahan dilakukan bagi mengurangkan bengkak.  Namun pada tarikh 25 April 2015 Waktu lebih kurang 11:30pm anak buah sahabat saya pergi selamanya dipangkuan ibu yang mengandungkan dan melahirkannya. Malah mendidiknya dan mengasuhnya yang hanya sempat selama 6 bulan selepas dilahirkan.

Walaupun kisah sebenarnya tidak begitu jelas diceritakan oleh sahabat saya namun, saya tahu ianya sukar bagi pihak ibubapanya juga keluarganya utk jelaskan keadaan sebenarnya.  Pengasuhnya tidak memaklumkan apa² yang berlaku sepanjang penjagaanya namun laporan doktor mengesahkan dan laporan dan siasatan polis sedang dijalankan.  Benar, tidak adil kita menyalahkan sebelah pihak. Malah pengasuh yang mengasuh anak kita, juga ada hak.  Namun, adakah laporan doktor itu tidak benar atau palsu? atau hanya sekadar diada-adakan?

Begitu juga saya, anak dihantar ke pengasuh.  Benar saya hantar disekitar tmpt tinggal saya malah kebanyakkan pengasuh yang ada disitu adalah isteri² yang mana suaminya berkerja satu jabatan dengan saya. (Kuarters kerajaan).  Saya sering pulang kerumah waktu rehat, ini kerana pejabat dan rumah saya berdekatan tak sampai 5 minit.  Mengapa? Saya perlu lakukan itu. Pernah satu ketika, saya pulang ambil anak² dan mereka hanya tinggal bersama anak pengasuh yang berusia 5 tahun.  Saya terfikir mengapa ditinggalkannya.  Dia maklumkan bahawa ambil anak² dia disekolah yang hanya 500m. Namun hati saya terdetik sekiranya-- sekiranya berlaku apa² bagaimana?

Kejamkah saya seandainya sy mengutamakan keselamatan anak saya lebih dari anak pengasuh yang perlu diambil dari sekolah? Kerap berlaku. Adakah saya terserempak dgn pengasuh di kedai runcit dan ditanya ttg anak saya, dia kata tinggal bersama anak perempuan dia yang berusia 12 tahun. Baiklah.Wang upah RM500 yang saya berikan adalah untuk pengasuh bukan anak dia.  Ini kerana pada saya dia bukan hanya saya anak² saya--malah ada sepasang lagi anak org lain.  Alahaai-- cerewet benar saya. Itu yg anda fikirkan bukan? Dulu tak sama dgn sekarang. Dulu jenayah nya tidak seteruk sekarang.  Dulu anak² kecilnya tidak se-"maju" sekarang.  Jd mmg byk dugaannya skrg ini dari yg dulu.

Mereka hny fikirkan utk mendptkan wang utk menambah pendapatan. Tp mereka tidak memikirkan ttg amanah dan tggungjawab yg digalas.  Itu perbezaannya.  Jadi pengasuh mula fikirkan betapa pentingnya amanah yg kamu jaga.  Bagai menjaga keluarga sendiri.  Fikirkan negative lebih byk dari yang positif tlebih dahulu dalam hal jagaan anak².  Bukan hny untuk menuding jari pd pengasuh.  Lelagi pd insan yg byk menyumbang masa dan tenaga menjaga anak² kami---
tp fikirlah sedetik benarkah kamu ikhlas? adakah kamu jaga dgn sempurna? Bagaimana caranya asuhan kamu itu? Fikirkan balik.

Ada mungkin ada suara² sumbang mengatakan, mengapa tidak kami ibu² menjaga anak sendiri? duduk rumah dgn anak²? ----
Alahai, kakak² sekali-- perkara pertama kami terfikir akan buat adalah, berhenti dan jaga sendiri anak. Tapi siapa mahu bagi kami makan? Perlukah kami heret anak ke pejabat?  Darimana wang pendapatan kami mampu dapat kalau hanya dirumah?  Siapa mahu bayar bil²?  Suami ada jarang dirumah, adayang ibu tunggal, ada yang balu. Dan mengapa kamu jadi pengasuh? Tidak cukupkah gaji suami? Tak cukup kah kamu dgn anak yang ada? Alasannya satu --  cari wang lebih bukan? Niat membantu suami bukan?

Kita sama² ada komitmen yang sama penting.  Ibu.
Jadi, tak salah kita sama² fikirkan ttg keselamatan anak² yang diberi dijaga dan diasuh itu.
Ikhlaskan hati.
Sabarkan setiap kelakuan kita.
Insha Allah.  Diberkati dan Allah maha mengetahui.


Tutup.

April 19, 2015

Ketidak-tenang.

Petikan dari Surah Al-Baqarah

 Sometimes my weakness make me feel like damn loser. 
Seakan satu tahap--
hilang fokus.
termenung.
Empty.
Crying for no reason. 
Feel tired. really tired. 
And that time, I should close my eyes. 
Sleep without any bad dream. 

And sometimes, I keep denying the fact. Like rather than I express the true feeling. 
I miss the moment. That moment.  The best moment. 
--------------------------
When I'm feeling depressed--
aku mendial, padam, menaip, padam. 
Menulis, padam, buat ayat, delete balik.
Hearing the sound that say " you're stupid" 

Sebenarnya----
Aku hanya nak dipeluk. Dibelai sambil aku hanya menangis. 
Tanpa ada pertanyaan, " why?"
Bila satu tahap, kepuasan tu datang.
Aku berhenti. 

Allah maha besar. Dia lebih mengetahui. 
Jadi aku tak rasa aku perlu org lain tahu. 
The secret is still become secret for me.
No body. No one. 
Just Allah & me.
It's so stressful for me & this stress make me down.
You know, when the feeling like ignorance. And no one asking you and calm you down,

Feeling like you need someone lead you. 
and the person that you expect to leading is not there. 
Frustrated.
Just Allah. HE knows everything about you. Even sometimes we tend to forget HIM. 
Allah always with us. You. Me. 
Thanks Allah. 

Kasih dibahagi sama rata.

Sejak kecil aku mmg diasuh oleh pengasuh yg mamaayah hantar.  Situasi ibubapa berkerja buat aku blajar utk sesuaikan diri dimana saja. Membesar dan berkongsi kasih dgn anak² pengasuh buat aku adikberadik cpt matang dari usia kami.

Adakalanya mamaayah kerja & outstation buat kami tk byk masa kecil kami diluangkan bersama. Pada usia aku sekecil itu, jiwa memberontak mmg dah wujud dlm diri aku.  Aktiviti² skolah kami tk byk dihadiri oleh mamayah.  Buat aku jd "aloof". Tk ramai kawan setempat. Lebih byk dengan pengasuh.  Hingga satu masa yg aku lebih seronok tnggal "Mak ati". She like my own mom. Kasihsayang aku dan adakalanya aku mntk dia yg sign buku² "reportcard" kami. (Me and my lit brother).

Bila dh ada anak, aku tk mahu kisah aku mencabar neh dirasa oleh anak² aku sendiri.  Perkara yg aku tknak dorg rasa spt aku abaikan dorg.  Aku mmg nmpak fierce mcm mak² la org kata. But, one thing yg aku sgt titikberatkan --
My kids health.
Safety.
Nurture.

Maksud aku :
Dengan sikap aku yg sgt cerewet ttg penjagaan anak² neh buat aku hrp pengasuh tu sendiri kna layan anak aku, jaga mereka as how she care about their own kids.  Tk kisah bape lama pengalaman, bape byk anak dia jaga janji dia boleh jaga anak aku dgn cukup baik. 

Sometimes, I need my "Makti" back to take care of my kids. But I know-- I can't do that. She only my "Makti". No body is perfect. I learnt it. Org yg aku rs kurang sesuai adakalanya adalah yg terbaik pd anak² aku. When pengasuh pertama anak² aku decide nak pindah-- mmg ada bit disappointed. Sbb nk senang nk cari pengasuh or more easier is no one can't appropriate dgn cara aku. 

Now when the 3rd pengasuh, sumanya aku bandingkan. itu ini. Sampai my encikbesar ckp 
" Itu bezanya antara pertama dan seterusnya. Nobody is perfect,sayang." 
Bkn kata aku tk bersyukur dgn pengasuh yg ini : but balik kerja amek anak, anak² bau masam. Gelojoh nak makan, Badan penuh dengan luka sana sini. 
Ada satu hari-- aku amek anak² , pengasuhnya tak ada. Anak² aku hanya ditinggalkan bersama anak pengasuh yang pra-sekolah, I'm repeat again : Pre-school around 5 years old. My 3 years old & 1 years old dibiarkan bersama 5 years old girl. Can you imagine that?
Dia kata " Akk pergi amek anak. Sekejap saja."
Even just 600m rumah dgn sekolah tu, kalo terjadi apa² in second bagaimana? Dgn grill pintu dibiarkan berkunci, anak² tnpa jagaan org dewasa.

Jgn  ckp aku kejam or tk bertimbang rasa.  Aku sndiri nak lepaskan anak aku org lain jaga berbelah 2 ke 3 hati aku tp cekalkan saja, dik noi. Demi nak bayar pengasuh aku kerja sbb taknaklah berhutang² dgn pengasuh. 

For me-Kalau rs tk boleh berikan commitment jaga anak org, jangan ambil. Bila kita dh pegang tanggungjwb itu bagai amanah. Whtever is--jga seperti nyawa sendiri. Jadikan ia satu keutamaan. 
Pengasuh skrg tk anggap ianya satu amanah. Ia seperti mcm hanya sambilan. Kalo ada, ada. Kalo takda, takda. Beringat ye semua : anak² yg dijaga atau diasuh sementara juga ada ibubapa. Nyawa mereka, bagai nyawa ibubapa mereka juga. Peliharalah dengan baik, jadikan ia satu ibadah kita juga. 
Belai dan didik mereka seperti anak sendiri.

Tanamkan keikhlasan dlm penjagaan mereka. Makan, minum, asuhan, didikan agama, pakaian, emosi mereka jadikanlah keutamaan. 

Kami sebagai ibubapa yang berkerja bukan mudah untuk melepaskan mereka namun kami perlu keluar mencari rezeki. Kami berbelah bahagi namun tanggungjawab kami juga perlu dilakukan.
Jangan kejam dengan anak² kami. 

April 18, 2015

Oh my! Pity of me.

Last week badan aku dah start rasa mcm nak flat. You know-- when you wanna do something  or EAT something feel like Umph. Mcm semua makanan nak terkeluar. 
Taukan keadaan tu.
Stress.
Boring.
Feeble.
Sad & tetiba mengada² nak nangis. Manja gitu.

As a mother like me neh lah. Byk kena fikir. Baru nak lelap mata. Eh! Dang² teringat anak makan apa? nk masak apa? rumah bersepah kena kemas lagi, nak basuh baju bagai. Aalahaai tipah. What should I do?

First 2 days aku alami demam urat, itu tanda nak sakit lama lah tu. Tp as usually aku mmg kalo demam hanya sekejap. Im wondering if aku batuk kering. 
Itu mmg lama. 
lama.
dan lamaaa.
Stress time inilah. Nak makan susah, nak rasa kenikmatan bercakap susah. Aalahaai tipah.
But its hokay-- kebahagian dr jerit² teruk. Nyaman hidup telinga anak aku. Mana tak,tadalah mak tiri bak kata encikbesar terpekik terlolong. Best hooi kalo dapat menjerit. Keluar suma stress dalaman. 

So, for now-- 
mmg aku kena byk berdiam diri dari bercakap pepe. This like moment of joy for you la honey. Yes, three of you. Daddynye, Cikpia ye & asyaah masyaah mummy tulah. But, when I'm recover from this suffer mummy will eat each of you. * Baahahaa-- (mcm nak nanges sbb bila coughing and coughing again, mcm pulling the soul out. (Opss--jgn dulu. Nak mnta maaf dulu)

Hokay I need to stop now. Eh-- Stop la. Jari ni laju nak menaip. Jari kepoh kan. 
This time not allow me to stay with you lah, my glory morry blog. 


April 07, 2015

Be yourself as YOU ARE.

“I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.” 
― Marilyn Monroe

Benar aku bukan yang terbaik dari yang terpilih.  Tapi aku berusaha untuk jadi yang paling baik.  Adakalanya ego bukan sesuatu yang baik dan aku tak boleh nafikan ianya bukan yang paling buruk. Ego timbulkan keyakinan, ego bangkitkan semangat & ego jadikan lebih tenang.  Aku tak berniat jadi yang kejam dalam sesuatu perhubungan.Sebagai wanita, apa yang aku ada hanya maruah dan kekuatan. Agar aku dapat memimpin harta (anak-anak) ke arah yang lebih baik.  Sebagai seorang isteri-- kekuatan isteri sendiri diperlukan untuk kebangkitan suami.  Sebagai seorang sahabat--tiada apa yang diperlukan untuk keseronokan hidupan dan perkongsian.  Apa guna sebagai sahabat namun aku tak mampu untuk melahirkan kebahagiaan dalam hati sahabatnya.  Apa guna sahabat, kalau aku hanya timbul disaat satu pihak memerlukan.  & apa gunanya sahabat kalau aku tak mampu berada disisi disaat susah dan senang.Ada masanya ingin saja dicampak jauh sahaja ego dan kembali kepada semua rasa perasaan ini. Lahirkan semuanya tanpa ada perselindungan lagi.  Luahkan saja dengan limpahan airmata.  Bukakan saja seluas rasa pekung dihati --Namun :Benarkah semuanya akan baik? tanpa ada kekecewaan dan kesedihan?  Benarkah akan hilang semua rasa perit itu? Tidak mungkin atau hanya impian?Atau aku perlu berbalik kepada keegoaan agar---Dapat diselindungkan apa yang mengecewakan orang lain?Mampu mengembirakan suasana?Adakah ianya membantu rasa selamat orang lain?Adakah ianya dapat berikan sedikit kekuatan kepada orang tersayang?Kesimpulan yang ada :  Jadi diri sendiri. Jadilah apa yang kita mahukan. Jadilah yang terbaik kepada yang tersayang. Jadilah apa yang kita harapkan.  Tak perlu diselindungkan apa yang kita rasa ianya perlu.  Demi kebaikan. Demi semua. 

Siapa kita

Not everyone is meant to be in your future. Some people are just passing through to teach you lessons in life.

Pelbagai ragam manusia dihidangkan untuk kita lihat adakalanya datang dari diri sendiri.  Mungkin kita sangkakan mereka buta utk melihat, tp Allah maha adil.  Dia berikan mata untuk kita lihat dan akal untuk kita menerimanya. Hati untuk menilai. Agak langkah yang kita lakukan tidak kelihatan sumbang.

Baik kecil, besar dan darjat.  Bangsa dan umur. Ianya tidak membezakan kita. Siapa kita, perlulah kita sendiri telaahnya. Mungkin hemat kita, kita perlu dan layak disini.  Namun adakah disana kita ada tempatnya?

Allah lebih mengetahuinya kerana Dia mencipta sekalian alam.

April 02, 2015

Hari minggu-an kami

Fenomena Fast7 dah bermula. Dari awal tahun lagi dah bising² dgn movie yg sgt "havoc" neh.
Tipu kalo korg tak berminat. Seriously aku sukakan jln ceritanya yang tk buhsan dan sgt gempak. 
So awal² lg encikbesar dah booking aku utk berdating dgn dia tgk movie neh. 

Last² kena hangkut juga 2 org anak dara kami tu. Sbb takda siapa yang boleh tolong jagakan dorg. Alahaaai-- macamana agknya nanti. 
Kakak yaya mgkin tak kisah sgt dalam wayang nti. Sbb dia dari kecil pn mmg aku dah bawak sekali dlm wayang tu. Tp untuk Asyaah ini adalah yg 1st time utk dia. Kesian sbb mummydaddy tk berkesempatan utk wayang dgn anak anak. 

Memang anak² beriya nak sgt tgk movie "Cinderella" sbb combine skali ada "Frozen fever" katanya. Bukan taknak tapi risau gelagat anak tu sendiri dlm wayang nti. Beli VCD jep la ye kakak yaya? boleh tgk ulang². 


So aku dah survey ticket dari bulan Mac lagi. Awal giler. Nasib baik ada advance sales utk gile "Fast7" mcm aku neh. Dulu fenomena "Twilight Saga"-- berjenuh mengandung neh aku g beratur nak tgk. haha memacam hal kan.

Aku prefer booking dgn Cathay Cinema sbb harga seatnya lebih murah berbanding dgn Tgv Cinema. Mana taknya, aku booking utk 3pax di tgv berharga RM66.00 tp di Cathay 3pax juga dan dapat seat yang baiklah RM55.00 Wah-penjimatan gitu. Kalo dikatakan ttg keselesaan, aku selesa dgn cathay. Seatnya besar dan audionya juga lebih baik. 

Tapi sebenarnya yg penting adalah quality time dengan family yang buat aku rasa nak kena cari sesuatu yang terbaik. 

Terima kasih encikbesar sebab sponsor aktiviti kami minggu ini. 
Love you, Daddy MOK.