February 24, 2015

Keracunan Makanan

Time cuti raya cina tempohari bkn cuti yg aku pilih cuti berbaik. Even sebenarnya aku mmg makan banyak dgn Ayam BBQ, Kupang lagi. Alahaiii sgt banyak kot aku makan. Pastu boleh pulak aku kena food  poisoning lepas pekena makanan luar " Nasi goreng ikan masin".  Rasa dah sedap, dah meletup dlm mulut aku. Jarang aku makan habiskan tau.

Balik tu, aku buat bekam dgn sepupu aku. Time ngah berbekam tu yang menjadi.--
Mati² aku ingat sengugut. Sebab mmg tengah bendera merah.

Ini rasanya mmg sakit bangat. Mana tidaknya, tak berhenti aku ke toilet. Mood dan nafsu makan terus mati kot. Badan mula sakit. Tak terfikir langsung aku akan kena keracunan makanan. So buat dang jep la makcik neh.

Balik JB, aku dpt rasa badan aku dah lain macam. Demam sejuk, bkn demam panas au. Kaki mengigil dah. Melepek jep. Pegang anak pun taknak. Apa lagi makan, minum. Suma taknak. Sampai pucat rasanya bibir aku. Encikbesar ajak pergi klinik, makcik degil lagi tu. :)

Klinik Raihan pilihan aku dari aku dipaksa ke Hospital. So jumpa la doktor--
dan simptom aku tu mmg aku mengalami kekejangan usus dan confirm FOOD POISONING.Usus aku bengkak sekarang neh kata doktor. Mungkin sebab aku biarkan ianya sakit tanpa apa² ubat utk menghalangnya dari bengkak.  Kesian plak aku rasa pada usus aku.

Dah sakit neh la aku meng-google cara utk mengubati penyakit keracunan makanan neh. Rupanya ramai yang ada pengalaman begini dan sebenarnya tk byk cara selain minum air 100plus, vitagen, dan air garam.

Ini aku kongsikan sedikit maklumat mengenai keracunan makanan :

Keracunan Makanan

Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Apa yang menyebabkan keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
  • Agen penyebab keracunan tersebut
  • Amaun (dos) bakteria, virus atau toksin
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).  Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. 
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah :
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
  • Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :
  • Sentiasa menjaga kebersihan
    • Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
    • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
    • Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
    • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
    • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
    • Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
    • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
    • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
    • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
    • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk beku
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
    • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
    • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
    • Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
    • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Ikut nasihat doktor
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
sumber dari website myhealth Kementerian Kesihatan. 

No comments: