February 15, 2015

Holiday Part 3

9:00 pagi lagi kami dah gerak utk check out. Mana tidaknya nak kejarkan breakfast di Restoran yg penuh dengan rakyat 1 Malaysia katanya. Selepas itu, kami mmg bercadang utk bergerak ke Lumut Jeti utk berjalan ke Pulau Pangkor.

New Hollywood



Sangkaan kami, kami datang terlalu awal.  Tapi rupanya dah penuh dengan manusia dalam kedai tu. Tempat duduk pun haruslah dah terisi semuanya.  Jadi kami menunggulah sesiapa yang sudah makan utk kami ambil alih tempatnya.  Alhamdulilah, tak lama kami berdiri, ada pasangan suamiisteri yang baik hati suruh kami ambil tempatnya.

Jadi itula hollywood perak.  Memang banyak menunya. Kaya dengan koleksi makanan tradisi cina - melayu perak.  Yang pengunjungnya pun terdiri dari semua kaum, melayu, cina dan india. Sangat meriah.  Walaupun memang bising, tp tidaklah kami menunggu makanan dengan lama.  Mungkin mereka berkerja tanpa henti jadi kebanyakkan makanan mmg banyak tersedia.
Menu yang popular disini : Roti telur goyang. Mmg sedap! Superb.
Mee kari, Kuey teow goreng cina, sup yongtau foh.

Menu :  4 bintang
Keselesaan : 2 bintang
Makanan : 4 bintang
Services : 3 bintang
Popular  : 5 bintang

Selepas dah kenyang kami mulakan perjalanan ke Lumut.  Pada mulanya nak ikut highway tp rupanya lalu jalan kampung lagi cepat dan banyak pemandangan yg kami boleh lihat. Perubahan perak sgt menakjubkan.

Kami berjalan ke Pulau pangkor dah agak petang. Namun, kami sempat sewa van RM60 utk beberapa jam penggunaan Van tu. Makanan di Pulau Pangkor agak kureng sedap dan menarik.  Pada kami ianya macam sambil lewa. Tapi tarikan ke Pulau Pangkor adalah Pantai dan pemandangannya. Jadi kami tak peduli tentang isu makanan disana.

Agak lewat kami ke darat balik.  Jadi kami bersetuju untuk berehat dan bermalam di Tanjung karang. Kami bermalam di Twin Hotel, walaupun hotelnya bebiasa saja. Boleh lah dijadikan tempat persinggahan utk bermalam sekeluarga.

Keesokan paginya kami bergerak terus ke Tanjung karang dan Sungai Besar utk sarapan pagi. Alhamdulilah, bergerak kami ke satu restoran melayu di Pekan Sungai Besar, Selangor. Namanya Restoran Kuala Kurau.
Credit to : Apabila Lensa Dzuldean  Berbicara.
Tak sempat nak capture gambar kedai sebab mood lapar menguasai.

Suami, ayah dan mama order Chay Kuey Teow Kerang dan Udang.  Syiook! mmg superb. Tak lokek. Sangat banyak kerangnya. Murah rezeki brother tu nanti. 

Aku dan anak anak makan nasi campurnya. Tak berapa Umpph tapi sgt banyak pilihan makanan kampung. Meriah mata tengok. 

Makanan : 3 bintang
Menu : 4 bintang
Services : 4 bintang
Popular : 4 bintang
Keselesaan : 4 bintang

Rupanya banyak sangat makanan dan kedai-kedai makanan di sepanjang jalan di sungai besar, tanjung karang dan sabar bernam selangor neh.  Tak rugi kami melalui jalan kampung. Termasuk kelapa bakar yang popular tu, cendol yang sedap. Mee udang yang letih kami mencari nya. 

Kami selamat sampai ke Kuala lumpur tepat pukul 3 petang. Alhamdulilah kami rehat dan tidur sebentar. 

Tamat perjalanan kami di Perak. 

No comments: