February 08, 2015

Holiday 2015 (Part2)

Awal tahun ini, aku sekeluarga bercuti ke arah utara. Dimulakan dengan perjalanan ke Ipoh, Perak. Kami mmg suka mulakan perjalanan waktu malam.  Tepat 12:00am kami gerak dari Johor Bahru ke destinasi pilihan kami, Ipoh Perak.  Seperti dinyatakan di kolum sebelumnya aku dah buat reservation awal di Fair park hotel untuk satu malam pertama kami.  
Tepat 7:00 pagi kami tiba di Ipoh dan harusnyalah kami mencari sarapan pagi. Dan destinasi seterusnya kami ke Warung Mat Jasak. 

Warong Mee Daud Mat Jasak di Bandar Ipoh Perak
Pada pandangan aku, ianya bukan pilihan kami sekeluarga.  Kami order Mee kari, Mee kicap dan You tau fu.  Aku 1st time makan mee kicap jadi harusnya ianya satu percubaan yang menarik utk org tak pernah makan seperti aku.  Namun ianya tidak begitu memberangsang tekak aku. Mee kari nya jika dibandingkan dengan Mee kari di Johor, ianya lebih terasa dan terangkat. Tawar & cair. 

Services  :  3 bintang
Makanan  : 2 bintang
Kebersihan : 3 bintang
Menu  : 3 bintang
Popular  : 4 bintang

Seterusnya kami bergerak berpusing-pusing ke Taman Rekreasi Gunung Lang.  Jaraknya dari Bandar Ipoh mmg jauh sedikit namun ianya tak pening kepala untuk dicari (gunakan waze mmg tak sesatlah).Tak pelik sekiranya masa kami tiba tak riuh or tak sibuk sbb kami datang waktu bukan Cuti Sekolah.  Hanya ada 2-3 kereta saja pelawat waktu itu.  Memudahkan kami untuk menaiki bot untuk ke seberang tasik.

Sumber : Googleimage
Ini yang diwar-warkan.

Ini semasa kedatangan kami

Semasa kami tiba, tiada air terjun buatan sendiri yang kami lihat. Dikhabarkan bahawa pam air mereka rosak dan masih tiada peruntukan untuk diperbaiki. Walaupun begitu, apa yang menarik hati aku dan anak anak adalah ikan-ikan yang sangat besar menyambut kedatangan kami. Begitu juga dengan keramahan pemandu pelancong (yang bawa bot) bercerita tentang taman ini. 
Walaupun taman dan rumah perak disitu seperti agak usang dan terbiar, kami selesa dengan lawatan pada hari itu.  Letih nak pusing satu taman disitu, kami berehat di Rumah Perak yang dibina disitu. 

Perkhidmatan  :  4 bintang
Kebersihan  : 3 bintang
Keseronokan : 4 bintang
Popular : 4 bintang
Keselesaan : 3 bintang

Dah letih berjalan, kami ambil keputusan untuk lunch dulu before Check in hotel kami.  Pilihan lokasi makan tengahari kami adalah di Restoran Nasi Vanggey. Khabarnya di internet memang popular dengan " Nasi ganja".  Sedap or tak mmg kami tolak tepi dulu. Cuba dulu baru komen. 

Nasi Vanggey dikenali juga Nasi Ganja
Memang perut dah keroncong. Penat dan letih. Jadi makanan kami juga adalah Nasi berlauk.  Kami pilih untuk ambil secara hidang. Kari kepala ikan, sotong kari, papadom, ayam goreng berempah. Harga jangan dihitung ketika makan. Mmg tak kenyanglah perut kau nanti. Jadi makan pepuas dulu. 
Keramahan pelayan restoran sedikit sebanyak menghilangkan penat. Biasalah layanan mamak mmg tiptop kalau tak, takkan Kedai Mamak laku kan. 

Sekali harga- Hambik! mmg mahallah. Sini aku detailkan bintang aku berikan. 

Perkhidmatan  :  4 bintang
Makanan  : 3 bintang
Menu : 3 bintang
Kebersihan : 4 bintang
Harga : 2 bintang

Kaki dah letih, kepala dah senoning kepenatan. Jadi perjalanan ke hotel kami sebenarnya tak jauhpun. Ambillah dari Restoran Nasi Vanggey tadi ke Hotel Fair Park, Jalan Kamaruddin Isa tu 6 minit sahaja. 

Bilik Quad Room Contoh Bilik

Inilah tempat bermalam kami. Fair Park Hotel, Ipoh Perak 
 Hotelnya tak semewah 5 bintang, tapi alhamdulilah selesa kami sekeluarga.  Memang kami nak 2 queen bed walaupun kami tiba awal, kami dibenarkan masuk bilik lebih awal. Thank kakak front counter tu. Baik dia. 

Services  :  4 bintang
Keselesaan  :  4 bintang
Kemudahan  : 3 bintang
Popular  : 3 bintang
Taraf  : 3 bintang
Parking lot  : 4 bintang

Kami ambil package tanpa breakfast sbbnya kami ada planning breakfast sendiri keesokannya.  Tak sabar dan kami berehat sehingga kesemua kami lena diulit mimpi. 

Malamnya :

Kami keluar untuk mencari tempat makan malam pula dan kami ada destinasi yang kami dah pilih.  Namun hampa, ianya tidak semeriah mana. Medan selera Kanak Kanak.  Hampa kerana ianya lenggang.  Bukan orang awam tp kedainya. Macam taknak berniaga gitu. 
Jadi kami beralih pula ke Bandar Ipoh, Kami menjamu selera di Dataran MIB. Wah! Memang meriah dan cerah gila. 

Banyak sangat pilihan makanan. Ini macam kami cari. Walaupun di Johor Bahru, ada Lotun Van Steamboat. Di Ipoh, Lotun Van mereka menjual pelbagai menu yang menjadi signature Perak. Macam Char kuey teow, Sotong kangkung, Masakan panas pun ada, Pasembur Utara pun ada.  Tekak pun mcm nak makan banyak plak masa tu. Mee Karinya lebih lazat dari pagi yang kami makan tu. 

Tak sempat nak capture gambar sbb selera nak makan saja. 

Menu  : 4 bintang
Kebersihan  : 2 bintang
Makanan : 3 bintang
Services : 4 bintang
Keselesaan  : 2 bintang

Anak² mmg tak senang nak makan sbb sibuk nak tengok lampu di tengah Dataran Majlis Bandaran Ipoh.  Teruja mereka. Kami seronok bila mereka juga seronok, sedangkan anak² mmg tak sihat ketika percutian kami. 

Malam kami berjalan lagi ke Gerbang Malam. Sama seperti di Bazar karat JB. Disini mungkin dipanggil Gerbang Malam. Banyak barang yang murah boleh didapati. Tapi sebab kami bukan nak shopping hanya nak cuci mata sahaja. Sofia Masturina sempat sambar mainan dia dan adiknya. 

Kembali ke hotel dan terus lena lagi. 

*Sambung ke Part 3

No comments: