February 07, 2015

Belajar memahami

Perkahwinan hampir ke 5 tahun.  Sepanjang perkahwinan ini, aku bangga dengan hidup aku. Tak menyesal jalan yang aku pilih, lelaki yang aku pilih, kerjaya yang aku ada. 
Surut timbul nafas aku hela hanya utk mereleasekan apa yg aku telan. Melancarkan apa yang tersekat. Tidak akan aku meletakkan apa yg berlaku sebagai satu bebanan TERPAKSA aku hadap.  Ini semua ujian Allah utk menguji kekuatan aku.  Redha itu satu ayat yg pasti untuk itu. 

Aku bangga dgn lelaki yg Allah dah takdirkan utk aku.  Dia mgkin bukan lelaki terbaik pernah wujud dlm dunia.  Tp lelaki yg sesuai Allah jadikan utk jodoh aku.  Yang mampu bersabar dengan karenah dan cerewetnya aku tentang hidup. Walaupun aku tahu dia sedia ada hidup yg tak sempurna sejak kecil. 

Aku bukan tuhan untuk menyatakan ketidakadilan dunia yg tersedia utk dia. 
Aku bukan malaikat yang mampu menghadap segala baikburuk untuk dia. 
Aku bukan Nabi yang mampu nyatakan kesabaran setiapkali ujian menimpa diri dia. 
Tapi aku manusia yang sanggup utk susah senang dengan dia. 

Erti kekeluarga mgkin diduga utk melihat kehidupan tenang dia. Jadi sebagai isteri satu keperluan utk tetap disisi dia.  Mana mungkin wanita seperti aku hanya mampu kunci mulut saja bertahun². Gunakanlah apa yang boleh utk kuatkan hatinya.  Doa seorang isteri.

Alhamdulilah.  Dia bukan lelaki yang cepat melatah. Meskipun aku kdgkala yg cepat terusik dgn ujian itu.  Aku lantang suarakan pendapat, walaupun aku tahu dia lebih tahu apa yg perlu dilakukan. Dia faham dgn itu, 
" Saya tahu awak sayangkan saya, keluarga saya. Sbb itu, saya masih perlukan pendapat awak."

Bukan itukah yang diperlukan manusia? Faham dan memahami. 



No comments: