January 28, 2015

Holiday 2015



Finally kami dapat juga meluangkan cuti bersama. Staright from Jumaat (Johor cuti) - Selasa.
Lama mmg lama. Ikutkan mmg nak lagi lama tp tanggungjawab perlukan dijalankan. Sebagai pekerja, ibu dan isteri.  Holiday kami, encikbesar suruh bawa ayah dan mama sekali. Jadi kami satu kereta sahaja. Paling happy mesti cikpia & asyaah.  Mana tak atuk & nenek ikut sekali. Cucu paling manja setakat ini.

Paling teruja sgt percutian kali ini. Sbb lama kami keluar johor. Selama beberapa bulan encikbesar mmg sgt sibuk selain byk penggunaan kewangan kami pada tahun lepas. Pindah rumah, pindah lokai kerja jadi byk pakai duit dan masa. Encik besar pula byk outstation & kerja luar. Sebagai isteri aku tidak pula merungut ttg itu, cuma bila ada peluang bersama ianya mmg akan jadi yg paling seronok.

Kesian pd anak anak. Terperuk di Johor tak berjalan. Kami mesti kena ada holiday keluar Johor setahun/sekali.  Ini kerana mereka masih belum bersekolah. Nanti kalau dah sekolah, cuti mesti pada cuti sekolah pula. Alahai-- time tu lah kerja berlambak. Lelagi akhir tahun.

Kali ini percutian kami ke Perak - KL - Melaka dan kembali ke Johor balik.  Sebulan sebelum, aku dah prepare bebtul. Check Trivago lokasi yang murah dan mudah. Bagusnya dengan Trivago, mudah utk buat bayaran dan booking. Bukan yg tipu² au. Aku dah cuba dan ianya pilihan terbaik utk isteri dan ibu yang perfectionist mcm aku neh. Sumanya nak hokay jep bak kata encikbesar.

Mana taknya, ada anak neh byk mende kena fikir. Dengan keselesaannya, lokasinya, kemudahannya seperti klinik ke, hospital ke, kedai serbaneka, makanannya. Kalo dewasa neh, main terjah pun takpe.
Bagi kaum ibu mereka lebih protective sikit pd anak anak. For sure, mestila nak yg terbaik utk anak anak sendiri kan.

So our planning is bermalam di Fairpark hotel, Ipoh.
Cari lokasi makanan terbaik di Perak adalah misi utama utk lakibini yg suka makan seperti kami ini.
Selepas itu baru kami kembali ke KL dan lokasi kami seterusnya adalah di Penisular Hotel, Kuala Lumpur. Kenapa disitu? Mungkin keselesaan seperti apa yg kami inginkan. Dengan kemudahan yg ada dan jarak perjalanan sesuatu tempat itu buat kami suka bermalam disitu.

Anak² aku suka swimming, so lokasinya sgt tepat. Sauna dan gym yg disediakan memudahkan kami. Ruangan suite yg disediakan tidak menghampakan. Harganya amat berpatutan. Murah dan worth it orang kata. Alah sekalikala bercuti mestilah nak yg terbaik kan?

Nanti aku akan share pengalaman dan tempat menarik aku dalam percutian kali ini.
Dengan anak² yg bertambah dan encikbesar, aku mengharapkan percutian kali ini menyeronokkan.

Muah!
Salam kasih & sayang.



No comments: