August 14, 2013

Ujian Allah : Kayap Ular



Malam raya aku disahkan mmg dapat jangkitan virus SHINGLEST aka. KAYAP ULAR (org melayu khabarkan.)  Memang panik sbb spt yang diceritakan penyakit ini boleh bawa maut sekiranya tidak dirawat dgn segera. Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti.  Apa yg pasti encikbesar terus bawa aku dapatkan rawatan klinik dan seterusnya ke HSI. Alahai, mmg payah apatah lagi malam raya kot. Org dok sibuk bertungkus lumus masak aku pulak bersengkang mata di HSI.

-----

Pagi raya org bersukaria aku pula menahan sakit dan bergenang airmata sbb perit. Kesian juga cikpia bila pergerakkan dia juga terbatas dek aku sendiri tak berapa nak sihat.  Demam makin panas, peluh makin byk dan kawasan sakit tu makin besar. 

Cepatlah. Tolonglah aku. 

Sampai saja kami di BPahat, aku terus cari bahan seperti Daun pokok delima dan bedak sejuk.  Terus aku lekapkan pd kawasan berdarah dan berair tu.  Ya Allah. Memang perit dan berair mata lah aku tak berhenti. Ujian allah, Nurhazirah.  Tidak aku merungut tapi gambaran kesakitan itu amaaaatlah sukar. Merata aku usahakan utk memulihkan penyakit ini. Tapi Allah maha mengetahui sejauh mana tahap ketahanan aku. Dia yg menyembuhkan dia jugalah penentunya. 

Keadaan aku makin teruk bila sampai di Mersing.  Dgn keadaan yang tak selesa dan panas, aku hampir give up dan nak meraung.  Mengadu sakit aku hanyalah pada Allah dan encikbesar.  Dgn bantuan encikbesar aku mampu jalaninya dgn baik.  Allah berikan aku ujian tp allah tak meninggalkan aku kesorangan dgn sakit begini.  Dia telah sediakan encikbesar utk sentiasa disisi aku. Alhamdulilah. 

Sampai di rumah.  Aku tak fikirkan lama utk tidak buat apa².  Aku terus redha dan usaha utk memulihkan dgn bantuan daun pokok delima dan bedak sejuk dihancurkan sekali dan ditekapkan. Kali ini tidak aku tampalkan dgn apa² pelekat seperti sebelumnya.  Aku biarkan dan kering dgn sendiri. Mmg terabur wah cakap sama lu. Ntah bape kali aku sapu umah setiap hari.
Encikbesar mencadangkn aku utk pecahkan gelembung air di badan aku.  Pada mula agk musykil tp tak salah mencuba mana tahu ianya memberikan khabar yg baik.  Pergggh!
Perit sgt, kali ini aku tak mampu tahan airmata. Habis tangan encikbesar aku cekau sbb nak tahan sakit. Ya Rabbi--

Perubahan nampak setelah beberapa hari dan ianya memberikan good news utk kesihatan aku.  Namun bgitu, masih lagi gatal² dan aku bertahan utk beberapa hari lagi. 

Noted :
Kesakitan dan ujian allah membantu kita refresh balik ingatan kita pada ALLAH. Kita manusia mmg byk kesilapan dan adakalanya kita selesa sgt sehingga kita lupa dan alpa bhw dimana kita sebenarnya.
Bila Allah utuskan ujian kita kena redha dan terima sebagaimana kita menerima kesenangan yg Allah berikan pada kita.