March 05, 2013

Siapa Mereka dan Mengapa aku perlukan mereka?

Siapa yang aku perlukan?

Ayah & Mama
Siapa lagi yg mampu sayangkan aku mcmana mereka sygkan aku? Hidup dan mati pun belum tentu aku dapat balas jasa mereka.  Hutang aku byk. Buat loan pun, belum tentu aku dapat langsaikan.
Hutang : Melahirkan aku, Menjaga aku, Mendidik aku, Menyayangi aku, Memberikan pendidikan kepada aku, Mempertahankan aku, Mewalikan aku. 

Keluarga
Betul. Ada pasang & surutnya dalam keluarga. Gaduh tu dah satu resmi. Cara menyelesaikan itu bagaimana?  Aku bukan penyabar. Aku bukan baik.  Aku garang, kepala batu. Jadi pada aku, masalah itu satu bebanan utk aku. Cuma aku penyayang (bak kata ayah) hee-
Aku yakin mampu jaga keluarga aku. Sebaik yg mungkin. Itu janji aku. 

Suami
Tiada cinta dapat gambarkan kasihsayang aku pada encik besar.  Even we always fighting mende bodo².  tapi baby, I love you. Lelaki yg banyak dan mampu bersabar dgn aku hanya dia.  Walaupun sebenarnya dia pun adakalanya hilang sabar. Hanya dia. Terima kasih Allah. Jodoh aku dgn dia.  Bantu kami hingga ke syurga Ya Allah. 

Sofia Masturina
Sehabis boleh aku kerahkan diri aku utk menjadi ibu yg terbaik untuk anak dara ini.  Hanya dia berikan ketenangan yang mampu aku zahirkan dgn kasihsayang keibuan aku. Rindu tak pernah berhenti.  Seluruh jiwa dan raga aku hanya utk dia.  Hilang penat aku, hilang sedih aku, hilang gundahgelana aku, hilang kerisauan aku. Permata hati daddy & mummy. 

Sahabat
Hanya terpilih dan dipilih.  Seperti apa yg aku telah maklumkan. Tiada apa yg dapat aku berikan hanya keikhlasan aku.  Untung aku bila mereka bertahan dgn aku. Aku perlukan mereka. Bukan utk menyusahkan tp sekadar berkongsi. KONGSI yang hanya sahabat mampu lakukan. 
Sayangkan mereka buat aku berisi dgn kegembiraan : Diyana Salleh, Nur Shazreen Nadia.

Musuh
Jgn pelik! mereka keperluan aku. Mereka membangunkan aku dari hanyut dgn kebaikan. Kejutkan aku agar tidak leka. Mereka bantu aku utk kuat. Semangat benci mereka buat aku tahu, aku hamba lemah.  Umpatan mereka buat aku sedar, aku bukan insan yang sentiasa baik dalam segala segi.. 

Pencipta-ku.
Tiada yg aku sembah melainkan kamu. Tiada yg berkuasa melainkan kamu. Hanya satu aku sanjung. Allahu akbar.

Syukur aku dilahir dikalangan mereka. 

No comments: