March 22, 2013

Keinginan

Keinginan memuncak. Namun aku manusia yg sepatutnya aku serahkan pada penciptaku.
Fikiran mmg tak reti duduk diam, asyik menyakinkan diri bahawa aku mampu.

Ya allah.

Kau berikanlah aku peluang kedua utk aku tetapkan diri tingkatkan jiwa aku.
Bahawa aku mampu menjadi ibu kepada anak anak aku.
Kerna aku ada kamu, ya allah.

Doa mmg tidak pernah aku putuskan.
Sbb aku percaya ada sebab sesuatu kejadian terjadi. Tidak aku nafikan kekuasaan allah.
Cuma, adakah dosa aku penyebab semua ini?

-----

March 06, 2013

KL gangster? Itukah yg rakyat perlukan?

Kenapalah mereka.
Tak hanya tadah tangan dan ucapkan kepuasan dan kesyukuran atas nikmat Allah telah berikan.
Jangan diungkit dan diperangkan lagi, kerana sumanya hanya pinjaman.
Kerajaan bagaimana mereka inginkan? Kaya dan mewah? Miskin dan sederhana?
Inikan harta Allah.

Pekikan dan lolongan kosong bukannya menjaminkan kebenaran.
Jangan salah sangka suma perkara. Sumanya nak dibenci,sumanya tak benar, sumanya konpirasi.
Jangan terus kelirukan sesuatu yg mudah. Kesian yg mendengar, melihat.

Sehingga malu utk dipertontonkan kepada anak-anak. Mereka sudah mampu mentafsir.
Perjelasan dan pembohongan ibubapa tak mampu menjernihkan fikiran. Kasihan mereka.
"mummy, mengapa mereka bergaduh? "
"daddy kenapa jerit-jerit depan tv? Kan tak elok. "
Apa jawapan kita?

Bukankah kita disuruh agar menerapkan kesabaran, perbanyakan bersangka baik.
Allah menyeru hambanya agar tidak membalas kejahatan dgn kejahatan,malah dia minta kita bertindak bijak.
Rakyat berhak memilih, benar. Tapi mereka keliru. Janganlah buat begitu. Bantu kami.
Kita bukan gangster. Bak kata si kecil "mummy sampai bakar-bakar, pecah sana sini. Dah mcm KL gangster."

Sedihnya. Sampai begitu sekali.

March 05, 2013

Siapa Mereka dan Mengapa aku perlukan mereka?

Siapa yang aku perlukan?

Ayah & Mama
Siapa lagi yg mampu sayangkan aku mcmana mereka sygkan aku? Hidup dan mati pun belum tentu aku dapat balas jasa mereka.  Hutang aku byk. Buat loan pun, belum tentu aku dapat langsaikan.
Hutang : Melahirkan aku, Menjaga aku, Mendidik aku, Menyayangi aku, Memberikan pendidikan kepada aku, Mempertahankan aku, Mewalikan aku. 

Keluarga
Betul. Ada pasang & surutnya dalam keluarga. Gaduh tu dah satu resmi. Cara menyelesaikan itu bagaimana?  Aku bukan penyabar. Aku bukan baik.  Aku garang, kepala batu. Jadi pada aku, masalah itu satu bebanan utk aku. Cuma aku penyayang (bak kata ayah) hee-
Aku yakin mampu jaga keluarga aku. Sebaik yg mungkin. Itu janji aku. 

Suami
Tiada cinta dapat gambarkan kasihsayang aku pada encik besar.  Even we always fighting mende bodo².  tapi baby, I love you. Lelaki yg banyak dan mampu bersabar dgn aku hanya dia.  Walaupun sebenarnya dia pun adakalanya hilang sabar. Hanya dia. Terima kasih Allah. Jodoh aku dgn dia.  Bantu kami hingga ke syurga Ya Allah. 

Sofia Masturina
Sehabis boleh aku kerahkan diri aku utk menjadi ibu yg terbaik untuk anak dara ini.  Hanya dia berikan ketenangan yang mampu aku zahirkan dgn kasihsayang keibuan aku. Rindu tak pernah berhenti.  Seluruh jiwa dan raga aku hanya utk dia.  Hilang penat aku, hilang sedih aku, hilang gundahgelana aku, hilang kerisauan aku. Permata hati daddy & mummy. 

Sahabat
Hanya terpilih dan dipilih.  Seperti apa yg aku telah maklumkan. Tiada apa yg dapat aku berikan hanya keikhlasan aku.  Untung aku bila mereka bertahan dgn aku. Aku perlukan mereka. Bukan utk menyusahkan tp sekadar berkongsi. KONGSI yang hanya sahabat mampu lakukan. 
Sayangkan mereka buat aku berisi dgn kegembiraan : Diyana Salleh, Nur Shazreen Nadia.

Musuh
Jgn pelik! mereka keperluan aku. Mereka membangunkan aku dari hanyut dgn kebaikan. Kejutkan aku agar tidak leka. Mereka bantu aku utk kuat. Semangat benci mereka buat aku tahu, aku hamba lemah.  Umpatan mereka buat aku sedar, aku bukan insan yang sentiasa baik dalam segala segi.. 

Pencipta-ku.
Tiada yg aku sembah melainkan kamu. Tiada yg berkuasa melainkan kamu. Hanya satu aku sanjung. Allahu akbar.

Syukur aku dilahir dikalangan mereka. 

March 01, 2013

Ruangan untuk si wanita

Hello saturday!
Terfikir utk menulis tentang kehidupan sebagai seorg ibu and isteri.
Tak payah utk dibahagikan masa tapi wanita sebenarnya selalu lupa masa utk diri sendiri.
Aku juga. Tak ketinggalan. Adakalanya aku terpaksa menipu utk diri sendiri.
Apa yg ditipunya.?
Selitkan duit gaji,  carikan cuti tanpa org tahu. Sememangnya bkn weekend la ye.
So, set up masa dan find your bff.
Plan your activities for fun all the day.
Tak kisahlah buat apa. Tapi yg menyenangkan.
Berkaraoke, shopping baju sendiri atau anak atau suami.
Makan tempat yg best dan tenang.
Kenapa perlu begitu?
Memang ditakdirkan pemikiran lelaki dan perempuan berlainan dr segi masa dan duit.
Suami akan fikir ak,tiviti kita hanya buang masa sahaja.
"lebih baik dok masak dan uruskan anak sahaja dirumah"
Cetek! Kesian kaum isteri dan ibu. Kita pun perlukan ketenangan dan energy juga.
Tak salah, ruang utk diri sendiri perlu ada.
Jadi kaum lelaki sila open minded sikit.: tak byk ruang diperlukan hanya berikan keizinan.