February 05, 2013

Telur masak kicap berkari


Ini antara resipi yang menjadi kegemaran ramai kan. Jangan nafikan ye.hehee.
Saya pun suka. Resepi turun menurun rasanya. Tak khas kalau bulan puasa tada menu ini.
Tapi untuk saya, saya ubahkan sedikit saja untuk menjadikan rasa rempah dalam masakan ini.



TELUR MASAK KICAP BERKARI
Makan untuk : 2-3 orang.

Bahan² :
2 biji telur
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar                                                    potong halus
3 tangkai cili padi merah / hijau
Kicap
Serbuk kari
Segenggam ikan bilis
Garam dan perasa
Minyak (menumis)


Cara memasak :

1. Gorengkan telur dan ikan bilis secara berasingan. Setelah digoreng ketepikan dahulu.

2. Panaskan minyak terlebih dulu selepas itu masukkan bahan yang telah dipotong halus. Gorengkan sehingga warna bertukar ke kekuningan.

3. Tambahkan garam kedalam bahan yang digoreng tadi.  

4. Setelah itu masukkan kicap dan tambahkan sedikit air. Setelah agak mendidih masukkan sedikit serbuk kari untuk dijadikan perasa pedas.

5.  Masukkan bahan yang digoreng seperti ikan bilis dan telur untuk meresapkan bahan yang digoreng tadi kedalam telur dan ikan bilis. Sekejap sahaja dah boleh dihidangkan.  

No comments: