February 06, 2013

Siapa eng-kau sebenarnya?


Assalamualaikum wbt. 

Terpanggil aku untuk menulis kali ini untuk kesempurnaan.
Aku jenis buka mulut memang ramai akan kata aku JAHAT.
Tapi pada yg kenal siapa aku ; aku jenis berterus terang.
Ayat dimulut tak sama seperti ayat dihati.

Hati aku tisu. Sangat mudah tersentuh dan menangis.
Cuma tangisan aku sepi, tak berair dan tak berhujung.
Hanya akan tinggal pendam dan dendam.
Itu aku.
…………………………………..

Baran aku lain. Berbunga dihujung, ditalinya aku gengam.
Sebab itu aku susah memaafkan tp aku sukar nak marah.
Jgn diusik periuk api dah berkurun, takut meletup tak arah utk berlari.

Jahat ke aku? Atau kamu semua yg kejam.
Kamu ayat dimulut boleh dihurung semut, tapi ayat yg dihati boleh penyebab mati.
Buat apa nak berwajah malaikat sedangkan ekor syaitan dah bersiap utk menikam?
Belati yg diasah utk robek jiwa secara haram mmg kerja kamu semua.
Kenapa jadi begitu? Kenapa perlu begitu?

Mana kejujuran yg dipinta demi kesempurnaan hati?
Tak susah berterangan tanpa perlu dilindung dgn istilah hipokrit.
Amboi bersolek sakan cantiknya kamu. Tapi perlu ke kamu sibuk mencanang cerita buruk dan bauan kain org lain? Alahai --  tak sesuai dgn rupa kamu. Berhentilah.

Mungkin jahatnya aku bila sibuk menulis perkara ni.
Ini bukan utk sesiapa. Cerita aku ini utk peringatan kepada aku dan zuriat aku.
Aku taknak anak dan warisan aku ada dikalangan kamu.
Menyiat hati manusia lain tanpa kerelaan tuan bdn sendiri. Menyentapkan jiwa manusia lain seakan dunia ini kekal selamanya.

Aku menilai apa yg aku dengar dan lihat. Tak salah. Seperti aku kamu berhak untuk menilai dan mendengar. Sebab Allah juga melihat dari sudut-nya.
Kita jgn mengarah bagaikan kita mengarah hamba. Kerna kita juga hamba. Hamba kepada pencipta kita. Hidup macam lakonan. Dah ada skripnya just go on untuk difilemkan.
Dan akan ditayangkan pada hari yang satu lagi. Hari pengadilan. Disitu, baru kita tahu anugerah apa yg kita layak dapat. Subahanallah

Terima kasih sebab mengingatkan aku. Betapa kerdilnya aku bila disingkirkan.

No comments: