February 05, 2013

Sambal Bulu Ayam



Menu hari ini Sambal Bulu Ayam
Pelik sikit nama masakan kali ini. Tapi ini antara favourite en besar.


SAMBAL BULU AYAM
Makan untuk : 2-3 orang.

Bahan² :
1 paket ikan kering bulu ayam
Cili boh / Segenggam cili kering 
5 ulas bawang putih                              dikisar halus
2 ulas bawang besar                  
1 ulas halia
Sedikit belacan
Asam keping
Minyak (untuk menumis)
1 cawan air
Gula
Garam / Perasa

Cara memasak :

1. Ikan kering dicuci dan digoreng terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk membuatkan ianya ranggup. Selepas garing, ketepikan.

2. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang telah dikisar halus. Setelah naik minyak dan bau, masukkan sedikit air asam.

3. Masukkan belacan yang telah dicincang dan tambahkan gula dan garam sehingga berbau wangi.

4. Tunggu sehingga sambal yang ditumis agak likat dan kering, bolehlah masukkan 1 ulas bawang besar yang dipotong mayang. Berserta dengan cili merah dipotong halus.
Campakkan ke dalam kuali sekali dengan sambal tadi.

5. Barulah masukkan ikan kering yang telah digoreng awal tadi. Untuk seketika gaulkan dan dah boleh angkat. 

No comments: