February 13, 2013

Al-quran dan Sunnah

Pegangan manusia sepatutnya al-quran dan sunnah.
Cuma manusia lalai mengingat, leka  keasyikkan. Seperti mereka, aku tak ketinggalan.
Dah banyak perkara aku lupa dan terpinar-pinar.

Aku bukan bijak mentafsir al-quran.
Aku bukan rajin mengikut sunnah. Tapi aku mencuba. Sering gagal kerana aku bukan kuat iman.
Aku terus mencuba menjadi seorang muslimah dan hamba Allah yg baik.
Hati manusia jahat, aku akui. Seakan syaitan tapi hanya topengkan manusia.
Bila gagal, aku rasa mcm ada sorakan gembira. Mana boleh aku gagal, sedangkan org bersorakan utk aku.

Beruntungnya aku bila, saat aku meniarap menangis. Ada tangan menyambut.
Siapa tu aku pasti tahu. Dia. Allah yg satu. Memang tak ada tangan tapi hati tersentuh bagai ditarik utk bangun. Jgn jelik, Dia tak pernah merungut. Dia tak pernah mencerca aku. Sedangkan keburukan aku 100tahun belum tentu terubat.

Alhamdulilah. Syukran. Ya rabbi ar rahim.

No comments: