February 27, 2013

Kawan dunia dan akhirat. Insyallah.

Banyak sahabat yg akan merugikan dan yang memberi kelebihan.
Aku tak banyak sahabat dan teman baik.
Ad.a tapi tak banyak.
Gambaran pertama korang bila aku kata tak byk kawan, bagaimana?
Silap!
Aku jenis yg memilih dan aku ada kawan.
Limited edition. Yg tak mungkin ada copycat.
Hanya mereka.
Setia,sukaduka,airmata dan gelaktawa.
Share sesama. Bantu susah dan raikan kesenangan.
Bukan utk dunia sahaja, beringat ke arah dunia satu lagi.
Dia kawan saya.

February 25, 2013

Dimana akal kau, lelaki?


Terfikir kenapa yang cukup kakitangan, kejadian yg Allah berikan pada kita tidak digunakan sebaiknya?
Pelik bila, lelaki yg penuh dgn tanggungjawab sepatutnya bertungkuslumus dan usaha ,mencari rezeki hanya pegang cawan duduk dikerusiempuk tunggu si isteri pulang ,me,mbawa peluh didahi.


Dayus! Itu yg akan aku jawab.



Dimana kepala otak yg tidak pintar diletakkan? 
Dimana kuasa kekuatan yg dimiliki?
Dimana pelindungan yg Allah dah amanahkan utk diberikan terhadap kaum wanita?
Bodoh.

Kalau hanya simpan utk kesenangan dgn wang ringgit yg diminta dgn tak rela dr isteri.
It dah tahap melampau.

Kenapa ada suami seperti itu?

Bukan kejadian ini berlaku pd aku. Tapi mata aku melihat.
Dan aku berharap sgt penglihatan aku dibutakan sementara waktu.
Dr aku terus melihat kekejaman jiwa ini.



Astaga.


February 13, 2013

Al-quran dan Sunnah

Pegangan manusia sepatutnya al-quran dan sunnah.
Cuma manusia lalai mengingat, leka  keasyikkan. Seperti mereka, aku tak ketinggalan.
Dah banyak perkara aku lupa dan terpinar-pinar.

Aku bukan bijak mentafsir al-quran.
Aku bukan rajin mengikut sunnah. Tapi aku mencuba. Sering gagal kerana aku bukan kuat iman.
Aku terus mencuba menjadi seorang muslimah dan hamba Allah yg baik.
Hati manusia jahat, aku akui. Seakan syaitan tapi hanya topengkan manusia.
Bila gagal, aku rasa mcm ada sorakan gembira. Mana boleh aku gagal, sedangkan org bersorakan utk aku.

Beruntungnya aku bila, saat aku meniarap menangis. Ada tangan menyambut.
Siapa tu aku pasti tahu. Dia. Allah yg satu. Memang tak ada tangan tapi hati tersentuh bagai ditarik utk bangun. Jgn jelik, Dia tak pernah merungut. Dia tak pernah mencerca aku. Sedangkan keburukan aku 100tahun belum tentu terubat.

Alhamdulilah. Syukran. Ya rabbi ar rahim.

February 06, 2013

Siapa eng-kau sebenarnya?


Assalamualaikum wbt. 

Terpanggil aku untuk menulis kali ini untuk kesempurnaan.
Aku jenis buka mulut memang ramai akan kata aku JAHAT.
Tapi pada yg kenal siapa aku ; aku jenis berterus terang.
Ayat dimulut tak sama seperti ayat dihati.

Hati aku tisu. Sangat mudah tersentuh dan menangis.
Cuma tangisan aku sepi, tak berair dan tak berhujung.
Hanya akan tinggal pendam dan dendam.
Itu aku.
…………………………………..

Baran aku lain. Berbunga dihujung, ditalinya aku gengam.
Sebab itu aku susah memaafkan tp aku sukar nak marah.
Jgn diusik periuk api dah berkurun, takut meletup tak arah utk berlari.

Jahat ke aku? Atau kamu semua yg kejam.
Kamu ayat dimulut boleh dihurung semut, tapi ayat yg dihati boleh penyebab mati.
Buat apa nak berwajah malaikat sedangkan ekor syaitan dah bersiap utk menikam?
Belati yg diasah utk robek jiwa secara haram mmg kerja kamu semua.
Kenapa jadi begitu? Kenapa perlu begitu?

Mana kejujuran yg dipinta demi kesempurnaan hati?
Tak susah berterangan tanpa perlu dilindung dgn istilah hipokrit.
Amboi bersolek sakan cantiknya kamu. Tapi perlu ke kamu sibuk mencanang cerita buruk dan bauan kain org lain? Alahai --  tak sesuai dgn rupa kamu. Berhentilah.

Mungkin jahatnya aku bila sibuk menulis perkara ni.
Ini bukan utk sesiapa. Cerita aku ini utk peringatan kepada aku dan zuriat aku.
Aku taknak anak dan warisan aku ada dikalangan kamu.
Menyiat hati manusia lain tanpa kerelaan tuan bdn sendiri. Menyentapkan jiwa manusia lain seakan dunia ini kekal selamanya.

Aku menilai apa yg aku dengar dan lihat. Tak salah. Seperti aku kamu berhak untuk menilai dan mendengar. Sebab Allah juga melihat dari sudut-nya.
Kita jgn mengarah bagaikan kita mengarah hamba. Kerna kita juga hamba. Hamba kepada pencipta kita. Hidup macam lakonan. Dah ada skripnya just go on untuk difilemkan.
Dan akan ditayangkan pada hari yang satu lagi. Hari pengadilan. Disitu, baru kita tahu anugerah apa yg kita layak dapat. Subahanallah

Terima kasih sebab mengingatkan aku. Betapa kerdilnya aku bila disingkirkan.

February 05, 2013

Telur masak kicap berkari


Ini antara resipi yang menjadi kegemaran ramai kan. Jangan nafikan ye.hehee.
Saya pun suka. Resepi turun menurun rasanya. Tak khas kalau bulan puasa tada menu ini.
Tapi untuk saya, saya ubahkan sedikit saja untuk menjadikan rasa rempah dalam masakan ini.



TELUR MASAK KICAP BERKARI
Makan untuk : 2-3 orang.

Bahan² :
2 biji telur
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar                                                    potong halus
3 tangkai cili padi merah / hijau
Kicap
Serbuk kari
Segenggam ikan bilis
Garam dan perasa
Minyak (menumis)


Cara memasak :

1. Gorengkan telur dan ikan bilis secara berasingan. Setelah digoreng ketepikan dahulu.

2. Panaskan minyak terlebih dulu selepas itu masukkan bahan yang telah dipotong halus. Gorengkan sehingga warna bertukar ke kekuningan.

3. Tambahkan garam kedalam bahan yang digoreng tadi.  

4. Setelah itu masukkan kicap dan tambahkan sedikit air. Setelah agak mendidih masukkan sedikit serbuk kari untuk dijadikan perasa pedas.

5.  Masukkan bahan yang digoreng seperti ikan bilis dan telur untuk meresapkan bahan yang digoreng tadi kedalam telur dan ikan bilis. Sekejap sahaja dah boleh dihidangkan.  

Sambal Bulu Ayam



Menu hari ini Sambal Bulu Ayam
Pelik sikit nama masakan kali ini. Tapi ini antara favourite en besar.


SAMBAL BULU AYAM
Makan untuk : 2-3 orang.

Bahan² :
1 paket ikan kering bulu ayam
Cili boh / Segenggam cili kering 
5 ulas bawang putih                              dikisar halus
2 ulas bawang besar                  
1 ulas halia
Sedikit belacan
Asam keping
Minyak (untuk menumis)
1 cawan air
Gula
Garam / Perasa

Cara memasak :

1. Ikan kering dicuci dan digoreng terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk membuatkan ianya ranggup. Selepas garing, ketepikan.

2. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang telah dikisar halus. Setelah naik minyak dan bau, masukkan sedikit air asam.

3. Masukkan belacan yang telah dicincang dan tambahkan gula dan garam sehingga berbau wangi.

4. Tunggu sehingga sambal yang ditumis agak likat dan kering, bolehlah masukkan 1 ulas bawang besar yang dipotong mayang. Berserta dengan cili merah dipotong halus.
Campakkan ke dalam kuali sekali dengan sambal tadi.

5. Barulah masukkan ikan kering yang telah digoreng awal tadi. Untuk seketika gaulkan dan dah boleh angkat.