January 20, 2013

Telur Puyuh Masak Sambal

Hari ini resepi lain plak aku nak share. Sangat simple and sedaaap dimakan dengan lempeng ke,nasi putih ke, makan gitu pun tak salah.


Telur Puyuh Masak Sambal
(boleh dimakan 2-3 orang)

















Bahan-bahan ;
Telur puyuh (12biji)
Cili kering (2 genggam) - Direbus dan dikisar
Bawang merah (3 biji) - Dikisar
Bawang putih  (3 biji) Dikisar
Daun Bawang Dihiris
Garam dan perasa
Air (1 cawan)
Minyak (untuk menumis)




Cara memasak ;

1.        Rebuskan telur puyuh dalam 30 minit sebelum ditoskan dan disejukkan. Selepas sejuk bolehlah dikopek kulitnya.
2.      Panaskan kuali dan minyak. Tumiskan bawang merah dan putih sampai kekuningan dan naik bau wangi. Selepas itu baru masukan cili yang telah dikisar sehingga naik minyak dan bau.
3.      Masukkan garam dan gula dan kacau sehingga likat. Agak kering masukkan air dan kacau lagi.
4.      Masukkan telur puyuh sehingga sebati rasanya.
5.      Boleh dihidang.



3 comments:

Intan Suhada said...

nk kongsi boleh?

Intan Suhada said...

terbaik lah..

Kantung dibentangkan said...

Boleh saja intan.
Silakanlah.
Ini resepi yg simple dan spesel utk
org sibuk mcm kita.