January 13, 2013

Permainan Hidup. Leave me alone.

Assalamualaikum kesayangan-ku.

Perit betul permainan hidup. Penat. *shhggh
Sakit sangat hati, jiwa dan peparu yang bernafas ni. Dah berkati² airmata merayu.
Bantu aku, tolong aku. Lepaskan aku dari dugaan yang benar² menguji. Tak kuat rasanya.
Betapa hinanya aku bila tak kuat merentasi dugaan yang Allah berikan utk hambanya tanda kasihsayangnya.

Bila stress menguasai minda dan diri. Dunia bagiku kejam. 
Seakan dunia tidak adil utk aku terus menghuninya.
Harap sgt sesorg sudi memegang daguku tanda aku selamat.
Selamat dari kekejaman yg dialami.
Penawar aku ada pada Allah. Tp aku lelapkan mata bila berkhayal.
Seronok khayalan aku. Indah belaka. Aku lalai dan leka. Ya allah!

Tak salah rasanya aku menangis. Sebab aku tak suka mengadu. 
Tak suka rasanya bila dunia aku dicampuri org lain. Org lain bukan aku. Mereka semua tk faham.
Baik makbapak, baik suami, baik sahabat. Mereka lain. Mereka jauh dalam permasalahan.
Tapi Allah dekat dgn aku. Kepada dia aku mengadu.
Tangisan aku meresap pada tikar sejadah. Kain telekung ku banyak dgn airmataku. 

Bukan takperlu dikongsi. Tapi tak dirasakan MESTI.
Aku tak sanggup menadah anggapan orang.
Aku tak sanggup menerima pandangan orang.
Aku tak sanggup mendengar kata² orang.
Biarkan aku sendiri. Jangan diganggu. Aku baik. 

Selagi aku berpegang pada jalan Allah. Insyallah.
Allah sentiasa denganku. 


No comments: