January 14, 2013

Kisah silam dan Kisah Cinta

Semua manusia ada kisah. Dan kisah terbahagia kepada dua.
Kisah silam dan Kisah cinta. Of course bila sebut silam, maksudnya mendalam. Tersimpan. Sembunyi. Rahsia. Tapi tak semestinya silam itu busuk, dan hina. Silam itu pengajaran pada aku.  Jangan dinegativekan. Tapi bila dipositifkan, jgn beriya untuk jadikan ianya kisah terbaik dalam hidup.

Setiap manusia ada hak untuk ada kisah silam. 
Yang baik tak semestinya terbaik selamanya. Yang baik tak semestinya tiada silam dalam kitab hidupnya.
Bergantung pada setiap individu utk olahan kisah hidup masing².  Begitu juga aku. Aku tak sembunyikan. Aku tak paparkan. Tak bangga dgn keadaan itu, tp aku jadikan ianya satu panduan utk aku teruskan hidup dan didikan aku pada anak² aku nanti. 

Adakalanya kita terlalu muda untuk terima cabaran.  Adakalanya kita terlalu lemah untuk menyambut ujian itu.  Adakalanya kita terlalu bodoh untuk menghadap permainan dunia.  Dunia kejam, itu yg selalu aku fikirkan dalam benak akal bentak aku.  Tak adil untuk aku, tanpa sedar ada yg lebih teruk ujiannya dari aku. Kasihan dan sayu bila mengingatkan balik cerita hitam putih yang tak berwarna.  Dunia sekarang lebih kejam. Nasib baik utk aku. Aku tak terlalu bodoh untuk teruskan kesalahan aku.  Aku bukan pembunuh, pelacur, atau seteruknya pengkhianat.  Waktu itu aku hanya dikenali dengan gadis yang terpedaya dgn keasyikkan dunia dan nafsu ketamakkan aku.  Sehingga lupa Allah sayangkan aku. Kenapa aku tak mohon saja pada dia? 

Kisah cinta bermula setelah kepahitan yg ditelan itu berjalan dengan baik.  Kebahagiaan menjelma apabila kita yakin kita mampu tempuhi segala ujian yang tak berhenti.  Allah kan maha adil.  Sebab itu dia tak berikan berganda ujian dan melebihi dari kemampuan hambanya. Cinta banyak episod.  Dari cinta banyak juga tragedi.  Kuat atau tidak saja membahagi nya.

Redha. 

Cinta aku pada suami juga banyak kisah.  Kisah cinta dgn ikatan dan kisah cinta dgn janji. Aku dah berjanji dihadapan beratus tetamu yg hadir.  Bahawa aku akan taat setia dan sentiasa disisi-nya antara susah atau senang.  Demi cintaku juga aku sanggup lakukan perubahan demi rumahtangga.  Apalah perkahwinan tanpa ujian. Apalah perkahwinan tanpa perselisahan.  Suami tetap satu, walaupun cinta ku terbahagi.
Antara penciptaku, suami, keluarga dan zuriatku.  

Insyallah. 

No comments: