January 20, 2013

Ikan Siakap Kukus

Dok selak page org nak share resepi. Sampai dah terkumpul banyak resepi dlm otak ni.
Yang simpan dlm tabby len, yg simpan dlm fail len. 
Jadi rasanya dah sampai masanya kita share resepi kita plak dengan org lain.
As busy woman mcm aku neh. Manalah ada masa nak try-try resepi yg gah mcm masakan hotel 5 bintang tu.  Jadi resepi ringkas yang bersederhanalah masakan aku. 


Okay kali ini : 
IKAN SIAKAP KUKUS / STIM
(boleh makan 2-3 orang dewasa)




















Bahan-bahannya ;

Ikan siakap ( cari yang sederhana besar )
Cili padi (5-6 btg) - potong kecil²
Bawang merah (3 biji) - Dihiris nipis
Bawang putih (3 biji) - Dihiris memanjang

Halia (1 ulas) – Dihiris memanjang                                               Bahan A
Serai (1 ulas) – Diketuk
Garam dan perasa
Daun limau (2 helai) – Dibuang tulang
Limau nipis (3 biji)
Air (1 cawan)
Serbuk Tomyam Putih

Cara memasak ;

1.       Ikan dibersihkan. Selepas itu diperapkan dengan air asam dan garam seketika.
2.     Sediakan tempat untuk dikukus.  Bagi sesiapa yang ada Pemanggang Ikan Ajaib boleh guna digunakan. Lebih mudah.
3.     Masukkan bahan A didalam tempat kukus terlebih dahulu, kemudian boleh masukkan ikan dan tindih bahan A tadi.
4.      Selepas itu masukkan air dan tunggu seketika. Bila sudah mendidih, bolehlah masukan perasa seperti garam dan serbuk Tomyam putih (1 sudu).
5.     Tutup Pemanggang Ikan Ajaib dalam 15 minit sebelum diperah limau nipis dan tutupkan sekali lagi. Selepas 20 minit kemudian. Ikan dah boleh hidang.



No comments: