January 20, 2013

Telur Puyuh Masak Sambal

Hari ini resepi lain plak aku nak share. Sangat simple and sedaaap dimakan dengan lempeng ke,nasi putih ke, makan gitu pun tak salah.


Telur Puyuh Masak Sambal
(boleh dimakan 2-3 orang)

















Bahan-bahan ;
Telur puyuh (12biji)
Cili kering (2 genggam) - Direbus dan dikisar
Bawang merah (3 biji) - Dikisar
Bawang putih  (3 biji) Dikisar
Daun Bawang Dihiris
Garam dan perasa
Air (1 cawan)
Minyak (untuk menumis)




Cara memasak ;

1.        Rebuskan telur puyuh dalam 30 minit sebelum ditoskan dan disejukkan. Selepas sejuk bolehlah dikopek kulitnya.
2.      Panaskan kuali dan minyak. Tumiskan bawang merah dan putih sampai kekuningan dan naik bau wangi. Selepas itu baru masukan cili yang telah dikisar sehingga naik minyak dan bau.
3.      Masukkan garam dan gula dan kacau sehingga likat. Agak kering masukkan air dan kacau lagi.
4.      Masukkan telur puyuh sehingga sebati rasanya.
5.      Boleh dihidang.



Ikan Siakap Kukus

Dok selak page org nak share resepi. Sampai dah terkumpul banyak resepi dlm otak ni.
Yang simpan dlm tabby len, yg simpan dlm fail len. 
Jadi rasanya dah sampai masanya kita share resepi kita plak dengan org lain.
As busy woman mcm aku neh. Manalah ada masa nak try-try resepi yg gah mcm masakan hotel 5 bintang tu.  Jadi resepi ringkas yang bersederhanalah masakan aku. 


Okay kali ini : 
IKAN SIAKAP KUKUS / STIM
(boleh makan 2-3 orang dewasa)




















Bahan-bahannya ;

Ikan siakap ( cari yang sederhana besar )
Cili padi (5-6 btg) - potong kecil²
Bawang merah (3 biji) - Dihiris nipis
Bawang putih (3 biji) - Dihiris memanjang

Halia (1 ulas) – Dihiris memanjang                                               Bahan A
Serai (1 ulas) – Diketuk
Garam dan perasa
Daun limau (2 helai) – Dibuang tulang
Limau nipis (3 biji)
Air (1 cawan)
Serbuk Tomyam Putih

Cara memasak ;

1.       Ikan dibersihkan. Selepas itu diperapkan dengan air asam dan garam seketika.
2.     Sediakan tempat untuk dikukus.  Bagi sesiapa yang ada Pemanggang Ikan Ajaib boleh guna digunakan. Lebih mudah.
3.     Masukkan bahan A didalam tempat kukus terlebih dahulu, kemudian boleh masukkan ikan dan tindih bahan A tadi.
4.      Selepas itu masukkan air dan tunggu seketika. Bila sudah mendidih, bolehlah masukan perasa seperti garam dan serbuk Tomyam putih (1 sudu).
5.     Tutup Pemanggang Ikan Ajaib dalam 15 minit sebelum diperah limau nipis dan tutupkan sekali lagi. Selepas 20 minit kemudian. Ikan dah boleh hidang.



January 14, 2013

Kisah silam dan Kisah Cinta

Semua manusia ada kisah. Dan kisah terbahagia kepada dua.
Kisah silam dan Kisah cinta. Of course bila sebut silam, maksudnya mendalam. Tersimpan. Sembunyi. Rahsia. Tapi tak semestinya silam itu busuk, dan hina. Silam itu pengajaran pada aku.  Jangan dinegativekan. Tapi bila dipositifkan, jgn beriya untuk jadikan ianya kisah terbaik dalam hidup.

Setiap manusia ada hak untuk ada kisah silam. 
Yang baik tak semestinya terbaik selamanya. Yang baik tak semestinya tiada silam dalam kitab hidupnya.
Bergantung pada setiap individu utk olahan kisah hidup masing².  Begitu juga aku. Aku tak sembunyikan. Aku tak paparkan. Tak bangga dgn keadaan itu, tp aku jadikan ianya satu panduan utk aku teruskan hidup dan didikan aku pada anak² aku nanti. 

Adakalanya kita terlalu muda untuk terima cabaran.  Adakalanya kita terlalu lemah untuk menyambut ujian itu.  Adakalanya kita terlalu bodoh untuk menghadap permainan dunia.  Dunia kejam, itu yg selalu aku fikirkan dalam benak akal bentak aku.  Tak adil untuk aku, tanpa sedar ada yg lebih teruk ujiannya dari aku. Kasihan dan sayu bila mengingatkan balik cerita hitam putih yang tak berwarna.  Dunia sekarang lebih kejam. Nasib baik utk aku. Aku tak terlalu bodoh untuk teruskan kesalahan aku.  Aku bukan pembunuh, pelacur, atau seteruknya pengkhianat.  Waktu itu aku hanya dikenali dengan gadis yang terpedaya dgn keasyikkan dunia dan nafsu ketamakkan aku.  Sehingga lupa Allah sayangkan aku. Kenapa aku tak mohon saja pada dia? 

Kisah cinta bermula setelah kepahitan yg ditelan itu berjalan dengan baik.  Kebahagiaan menjelma apabila kita yakin kita mampu tempuhi segala ujian yang tak berhenti.  Allah kan maha adil.  Sebab itu dia tak berikan berganda ujian dan melebihi dari kemampuan hambanya. Cinta banyak episod.  Dari cinta banyak juga tragedi.  Kuat atau tidak saja membahagi nya.

Redha. 

Cinta aku pada suami juga banyak kisah.  Kisah cinta dgn ikatan dan kisah cinta dgn janji. Aku dah berjanji dihadapan beratus tetamu yg hadir.  Bahawa aku akan taat setia dan sentiasa disisi-nya antara susah atau senang.  Demi cintaku juga aku sanggup lakukan perubahan demi rumahtangga.  Apalah perkahwinan tanpa ujian. Apalah perkahwinan tanpa perselisahan.  Suami tetap satu, walaupun cinta ku terbahagi.
Antara penciptaku, suami, keluarga dan zuriatku.  

Insyallah. 

January 13, 2013

Permainan Hidup. Leave me alone.

Assalamualaikum kesayangan-ku.

Perit betul permainan hidup. Penat. *shhggh
Sakit sangat hati, jiwa dan peparu yang bernafas ni. Dah berkati² airmata merayu.
Bantu aku, tolong aku. Lepaskan aku dari dugaan yang benar² menguji. Tak kuat rasanya.
Betapa hinanya aku bila tak kuat merentasi dugaan yang Allah berikan utk hambanya tanda kasihsayangnya.

Bila stress menguasai minda dan diri. Dunia bagiku kejam. 
Seakan dunia tidak adil utk aku terus menghuninya.
Harap sgt sesorg sudi memegang daguku tanda aku selamat.
Selamat dari kekejaman yg dialami.
Penawar aku ada pada Allah. Tp aku lelapkan mata bila berkhayal.
Seronok khayalan aku. Indah belaka. Aku lalai dan leka. Ya allah!

Tak salah rasanya aku menangis. Sebab aku tak suka mengadu. 
Tak suka rasanya bila dunia aku dicampuri org lain. Org lain bukan aku. Mereka semua tk faham.
Baik makbapak, baik suami, baik sahabat. Mereka lain. Mereka jauh dalam permasalahan.
Tapi Allah dekat dgn aku. Kepada dia aku mengadu.
Tangisan aku meresap pada tikar sejadah. Kain telekung ku banyak dgn airmataku. 

Bukan takperlu dikongsi. Tapi tak dirasakan MESTI.
Aku tak sanggup menadah anggapan orang.
Aku tak sanggup menerima pandangan orang.
Aku tak sanggup mendengar kata² orang.
Biarkan aku sendiri. Jangan diganggu. Aku baik. 

Selagi aku berpegang pada jalan Allah. Insyallah.
Allah sentiasa denganku. 


January 02, 2013

Respect. Nilai seorang yg makan gaji.


Manusia memang banyak karektor.
Itu yang seorang rakan bgtahu aku.
Aku ngerti. Aku fahami.
Cuma yg aku tak boleh fhm kenapa perlu beri byk muka?
susahkah nak jadi diri sendiri?

Kita kan melayu. Islam. Sepatutnya kita kena kuat bersatu. Bukan berpecah. 
Kita kan waras. Berakal. Matang. Sepatutnya kita perlu muhasabah diri. 
Berjawatan tinggi bukan alasan utk kita pijak mcm bunuh serangga.
Kita cermin diri, cari mana cacatnya. Cari mana busuknya hati kita. 
Relakan sesuatu yg baik demi masa depan kita. Itu septtnya. Itu yg perlu. 

Bila dilihat org yg dah ada degree. ( Sememangnya kita kna sedar diri yg tk belajar tinggi)  pelik.
Dorg lagi buta akal dri aku yang hanya SPM. Dorg kutuk sana, hina sini siap berpakat nak jatuhkan org lain.
Ya allah. Kenapa? Mengapa? Apa yg korang nak? 

Ada cara kita nak jadi lebih besar dan kaya. Jujur dan usaha. Usaha . Usaha dan terus berusaha. 
Kita kekdgkan ada yang breakfast dan chitchat cite bodoh (lelaki lg truk mengumpat dari org pmpn sebenarnya) sampai pukul 10pagi. Padahal kerja masuk pukul 8pagi. Lunch plak terawal dri org lain pastu
berebut nak balik awal sebab nak masakkan dinner untuk isteri. *Bahaha so lame! 
Ada hati nak gaji naik, dapat penghargaan, kutuk boss pastu fitnah org sana sini. Weh! wake up. Cuma korg siram kepala dgn airpanas. Mesti celik semegah. 

Bukan aku ckp aku baik. Aku menilai sesuatu dgn mata yg melihat, telinga yg mendengar dan mulut yg berbicara. Aku tknak jadi manusia dan melayu yg gila harta. Duit boleh beli bahagia. Aku percaya. Tapi duit tak boleh beli ajal maut rezeki dan takdir seseorg. Itu kerja Allah. Dia lebih mengetahui. 

Aku tahu mana nilai kerja aku. Aku pun mmg perlukan waktu² bersosial lebih. Tapi bila ditegur aku kena terima. Kuat atau tidak itu hak aku. Aku pun cari rezeki utk anak dan keluarga. Kesenangan hidup aku, kalau boleh biarlah HALAL disisi ALLAH. 

Kita bertakafur.
Kita beringat.
Kita beristighfar. 

Aku tetap sokong yg terbaik. Walaupun byk cerita aku dgr tentang ketua, boss dan manager² opis setiap rakan. Selagi tak melanggar batas agama, sikap perkauman, nilai kemanusiaan. Insyallah. Ada jalan terbaik untuk kita terus menyokong. 

Belajar buka diri utk terima. 


Org pompuan.


Mulai dgn 
Assalamualaikum.

Ya Allah, minggu ini sebenarnya banyak betul dugaan.
Malu tak perlu dicerita.
Muka tebal macam kena seret. 
Airmata banjir takboleh ditahan.
Pucuk pangkal hati. Kena belajar kuat.

Hidup aku dari kecil mmg bukan senang ;
dan tak boleh aku ckp hidup aku susah.
Sebab ada org lain lagi susah. Aku kira ini suma dugaan.
Kena terima dan belajar selesaikan.

Siapa ckp org pompuan kena jd lemah sbb kita ada suami. NEGATIF!
Positifnya ; kita boleh selesaikan sebab fikiran kita sentiasa memikirkn utk org lain.
Aku buang malu dan segan. Aku mengadu nasib pd yg esa.
Allah faham. Itu ayat aku letak dalam kepala supaya lidah aku tk berhenti sebut nama-NYA.
Lelaki suka letakkn stress pd bahu org pompuan. Jgn takut. Kuatkan diri. 
Sakit mmg sakit. Hati, kepala, bahu, badan. Jgn lari. 
Org pompuan tk kecut. Kita ada maruah.

Ingat sygku.