August 14, 2013

Ujian Allah : Kayap Ular



Malam raya aku disahkan mmg dapat jangkitan virus SHINGLEST aka. KAYAP ULAR (org melayu khabarkan.)  Memang panik sbb spt yang diceritakan penyakit ini boleh bawa maut sekiranya tidak dirawat dgn segera. Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti.  Apa yg pasti encikbesar terus bawa aku dapatkan rawatan klinik dan seterusnya ke HSI. Alahai, mmg payah apatah lagi malam raya kot. Org dok sibuk bertungkus lumus masak aku pulak bersengkang mata di HSI.

-----

Pagi raya org bersukaria aku pula menahan sakit dan bergenang airmata sbb perit. Kesian juga cikpia bila pergerakkan dia juga terbatas dek aku sendiri tak berapa nak sihat.  Demam makin panas, peluh makin byk dan kawasan sakit tu makin besar. 

Cepatlah. Tolonglah aku. 

Sampai saja kami di BPahat, aku terus cari bahan seperti Daun pokok delima dan bedak sejuk.  Terus aku lekapkan pd kawasan berdarah dan berair tu.  Ya Allah. Memang perit dan berair mata lah aku tak berhenti. Ujian allah, Nurhazirah.  Tidak aku merungut tapi gambaran kesakitan itu amaaaatlah sukar. Merata aku usahakan utk memulihkan penyakit ini. Tapi Allah maha mengetahui sejauh mana tahap ketahanan aku. Dia yg menyembuhkan dia jugalah penentunya. 

Keadaan aku makin teruk bila sampai di Mersing.  Dgn keadaan yang tak selesa dan panas, aku hampir give up dan nak meraung.  Mengadu sakit aku hanyalah pada Allah dan encikbesar.  Dgn bantuan encikbesar aku mampu jalaninya dgn baik.  Allah berikan aku ujian tp allah tak meninggalkan aku kesorangan dgn sakit begini.  Dia telah sediakan encikbesar utk sentiasa disisi aku. Alhamdulilah. 

Sampai di rumah.  Aku tak fikirkan lama utk tidak buat apa².  Aku terus redha dan usaha utk memulihkan dgn bantuan daun pokok delima dan bedak sejuk dihancurkan sekali dan ditekapkan. Kali ini tidak aku tampalkan dgn apa² pelekat seperti sebelumnya.  Aku biarkan dan kering dgn sendiri. Mmg terabur wah cakap sama lu. Ntah bape kali aku sapu umah setiap hari.
Encikbesar mencadangkn aku utk pecahkan gelembung air di badan aku.  Pada mula agk musykil tp tak salah mencuba mana tahu ianya memberikan khabar yg baik.  Pergggh!
Perit sgt, kali ini aku tak mampu tahan airmata. Habis tangan encikbesar aku cekau sbb nak tahan sakit. Ya Rabbi--

Perubahan nampak setelah beberapa hari dan ianya memberikan good news utk kesihatan aku.  Namun bgitu, masih lagi gatal² dan aku bertahan utk beberapa hari lagi. 

Noted :
Kesakitan dan ujian allah membantu kita refresh balik ingatan kita pada ALLAH. Kita manusia mmg byk kesilapan dan adakalanya kita selesa sgt sehingga kita lupa dan alpa bhw dimana kita sebenarnya.
Bila Allah utuskan ujian kita kena redha dan terima sebagaimana kita menerima kesenangan yg Allah berikan pada kita. 


May 20, 2013

KITA : utk awak, saya & anak².


It's impossible when you can married w/ guy you really know, admire, adore, bestfriend and love. 
It's not impossible when you believe anything can happen w/ what Allah already prepare for us. 


Kisah antara kecik and encikbesar tak se-suprise org lain. We just ordinary couple.
We not like Nabi Muhammad s.a.w & Siti Khatijah, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis. 

But aku bangga yg dia sygkan aku seadanya, terima aku even aku bkn se akan Siti Sarah isteri Ibrahim. Dia kasih & syg aku seakan Nabi adam & hawa. Alhamdulilah.

Kami bkn dlm perkahwinan yg dah lama. Like my parent.
Kami masih mentah. Byk halangan dan panduan kami kena kutip. Tapi aku hrp Allah pjgkan jodoh kami seandainya kami mmg KAU jadikan utk bersama.
 

Dia nyawa aku utk teruskan hidup.
Dia kekuatan aku utk terus bersama dgn anak
².
Dia racun & penawar setiap duka tawa aku.
Dia lelaki aku. Romeo aku. encik
² utk aku. Daddy anak² aku. 
3 perkataan tk boleh gambarkan apa
². Tapi KITA 'picture' sebenar utk awak, saya dan anak².

May 19, 2013

Kehilangan ; Bein lonely


Topik kehilangan buat aku kembali lagi. 
Rupanya kehilangan besar maknanya. Besar storynya. Bukan utk kematian dan kegagalan tapi dalam diri.
Apa rasanya bila sendiri dalam dunia hiruk pikuk. 
Bukan tada org 'take care' tapi banyak secara belakang dari kedepan hulurkan diri.
Terlampau yg berbisik dari berbual hati ke hati.
Mesra betul org kita sekarang. 

Bila ditanya kenapa tak terus bertanya kp empunya badan.
" malaslah. kang dia kata kita busybody plak "
" bukan masalah aku. "
" Biarkan dia. tak pasal² kang kita terbabit sekali. "
Jawapan yg agk agresif bg seseorg yg tak ambil tahu tp sebenarnya dah tahu byk perkara.

Aku bukan naif & aku bukan bodoh.
Lihat aku kelu tp otak aku busy. Setiap soalan aku perlukan jawapan.
Namun beribu mata dok usha aku macam aku nak ke tali gantung. Naik segan makcik. Terbantut juga percaturan makcik. 

Bukan aku tak pernah rasa sedemikian. Aku lalui dgn kental eventho sebenarnya mulut aku asyik terkumat kamit menahan sabar.
Airmata mmg asyik jatuh. Tapi kena kesat cecepat. Jangan biarkan org lain perasan.
Muka kena tenang, cool dan pekakkan telinga yg paling penting. 
Take off for awhile. Jauhkan diri dari semua, ambil masa utk diri sendiri.
Make something fun with your bff. Enjoy yourself. Just for yourself.
Bila dah tenang, balik rumah. Bebual dgn encik besar. Main dgn cikpia. 
And my life back to normal. 



Perlukah mood untuk bangkitkan hari?

Sekeliling aku penuh dgn dunia karut. Pelbagai jenis karut aku dah dgr dan lihat.
Jenis aku universe. Aku bukan belah kiri dan kanan mereka. Diri aku hak mutlak Allah.
Dan aku hanya serahkan diri aku untuk Allah yg tentukan. 
Kekarutan yg aku dengar dan lihat buat aku mual. Dada aku sakit. 
Teramat sangat. This situation was like, something heavy 'bump' my chest. 

Mana boleh jadi manusia yg follow hari dgn mood? Kenapa tak tetapkan hari dgn tujuan?
Esok kamu byk ongkos, kita bersapa sesama kita.
Lusa mungkin tidur tak lena, kita masam dgn dunia. Alahai. Tak cantik syg.
Kesian member yg dok terpinga² dan kelu melayan mood kamu. 

Memang sepanjang hidup bukan selalu indah. Benar.
But, when is come the bad day. Please get up and release all your problem. 
Wake up early, make a hot drink and pray. 
Bukan utk kamu, ini juga untuk aku. Aku pun begitu kawan. 

Bagi manusia yg tak sempurna seperti aku. Kengkawanlah tempat aku release.
Tempat aku meluahkan gelak tawa. Selain encik besar. Aku masih ada kengkawan.
Kawan kecil dan besar. Kawan otai dan muda. Kawan hidup dan mati. 
Kawan dunia dan akhirat.


March 22, 2013

Keinginan

Keinginan memuncak. Namun aku manusia yg sepatutnya aku serahkan pada penciptaku.
Fikiran mmg tak reti duduk diam, asyik menyakinkan diri bahawa aku mampu.

Ya allah.

Kau berikanlah aku peluang kedua utk aku tetapkan diri tingkatkan jiwa aku.
Bahawa aku mampu menjadi ibu kepada anak anak aku.
Kerna aku ada kamu, ya allah.

Doa mmg tidak pernah aku putuskan.
Sbb aku percaya ada sebab sesuatu kejadian terjadi. Tidak aku nafikan kekuasaan allah.
Cuma, adakah dosa aku penyebab semua ini?

-----

March 06, 2013

KL gangster? Itukah yg rakyat perlukan?

Kenapalah mereka.
Tak hanya tadah tangan dan ucapkan kepuasan dan kesyukuran atas nikmat Allah telah berikan.
Jangan diungkit dan diperangkan lagi, kerana sumanya hanya pinjaman.
Kerajaan bagaimana mereka inginkan? Kaya dan mewah? Miskin dan sederhana?
Inikan harta Allah.

Pekikan dan lolongan kosong bukannya menjaminkan kebenaran.
Jangan salah sangka suma perkara. Sumanya nak dibenci,sumanya tak benar, sumanya konpirasi.
Jangan terus kelirukan sesuatu yg mudah. Kesian yg mendengar, melihat.

Sehingga malu utk dipertontonkan kepada anak-anak. Mereka sudah mampu mentafsir.
Perjelasan dan pembohongan ibubapa tak mampu menjernihkan fikiran. Kasihan mereka.
"mummy, mengapa mereka bergaduh? "
"daddy kenapa jerit-jerit depan tv? Kan tak elok. "
Apa jawapan kita?

Bukankah kita disuruh agar menerapkan kesabaran, perbanyakan bersangka baik.
Allah menyeru hambanya agar tidak membalas kejahatan dgn kejahatan,malah dia minta kita bertindak bijak.
Rakyat berhak memilih, benar. Tapi mereka keliru. Janganlah buat begitu. Bantu kami.
Kita bukan gangster. Bak kata si kecil "mummy sampai bakar-bakar, pecah sana sini. Dah mcm KL gangster."

Sedihnya. Sampai begitu sekali.

March 05, 2013

Siapa Mereka dan Mengapa aku perlukan mereka?

Siapa yang aku perlukan?

Ayah & Mama
Siapa lagi yg mampu sayangkan aku mcmana mereka sygkan aku? Hidup dan mati pun belum tentu aku dapat balas jasa mereka.  Hutang aku byk. Buat loan pun, belum tentu aku dapat langsaikan.
Hutang : Melahirkan aku, Menjaga aku, Mendidik aku, Menyayangi aku, Memberikan pendidikan kepada aku, Mempertahankan aku, Mewalikan aku. 

Keluarga
Betul. Ada pasang & surutnya dalam keluarga. Gaduh tu dah satu resmi. Cara menyelesaikan itu bagaimana?  Aku bukan penyabar. Aku bukan baik.  Aku garang, kepala batu. Jadi pada aku, masalah itu satu bebanan utk aku. Cuma aku penyayang (bak kata ayah) hee-
Aku yakin mampu jaga keluarga aku. Sebaik yg mungkin. Itu janji aku. 

Suami
Tiada cinta dapat gambarkan kasihsayang aku pada encik besar.  Even we always fighting mende bodo².  tapi baby, I love you. Lelaki yg banyak dan mampu bersabar dgn aku hanya dia.  Walaupun sebenarnya dia pun adakalanya hilang sabar. Hanya dia. Terima kasih Allah. Jodoh aku dgn dia.  Bantu kami hingga ke syurga Ya Allah. 

Sofia Masturina
Sehabis boleh aku kerahkan diri aku utk menjadi ibu yg terbaik untuk anak dara ini.  Hanya dia berikan ketenangan yang mampu aku zahirkan dgn kasihsayang keibuan aku. Rindu tak pernah berhenti.  Seluruh jiwa dan raga aku hanya utk dia.  Hilang penat aku, hilang sedih aku, hilang gundahgelana aku, hilang kerisauan aku. Permata hati daddy & mummy. 

Sahabat
Hanya terpilih dan dipilih.  Seperti apa yg aku telah maklumkan. Tiada apa yg dapat aku berikan hanya keikhlasan aku.  Untung aku bila mereka bertahan dgn aku. Aku perlukan mereka. Bukan utk menyusahkan tp sekadar berkongsi. KONGSI yang hanya sahabat mampu lakukan. 
Sayangkan mereka buat aku berisi dgn kegembiraan : Diyana Salleh, Nur Shazreen Nadia.

Musuh
Jgn pelik! mereka keperluan aku. Mereka membangunkan aku dari hanyut dgn kebaikan. Kejutkan aku agar tidak leka. Mereka bantu aku utk kuat. Semangat benci mereka buat aku tahu, aku hamba lemah.  Umpatan mereka buat aku sedar, aku bukan insan yang sentiasa baik dalam segala segi.. 

Pencipta-ku.
Tiada yg aku sembah melainkan kamu. Tiada yg berkuasa melainkan kamu. Hanya satu aku sanjung. Allahu akbar.

Syukur aku dilahir dikalangan mereka. 

March 01, 2013

Ruangan untuk si wanita

Hello saturday!
Terfikir utk menulis tentang kehidupan sebagai seorg ibu and isteri.
Tak payah utk dibahagikan masa tapi wanita sebenarnya selalu lupa masa utk diri sendiri.
Aku juga. Tak ketinggalan. Adakalanya aku terpaksa menipu utk diri sendiri.
Apa yg ditipunya.?
Selitkan duit gaji,  carikan cuti tanpa org tahu. Sememangnya bkn weekend la ye.
So, set up masa dan find your bff.
Plan your activities for fun all the day.
Tak kisahlah buat apa. Tapi yg menyenangkan.
Berkaraoke, shopping baju sendiri atau anak atau suami.
Makan tempat yg best dan tenang.
Kenapa perlu begitu?
Memang ditakdirkan pemikiran lelaki dan perempuan berlainan dr segi masa dan duit.
Suami akan fikir ak,tiviti kita hanya buang masa sahaja.
"lebih baik dok masak dan uruskan anak sahaja dirumah"
Cetek! Kesian kaum isteri dan ibu. Kita pun perlukan ketenangan dan energy juga.
Tak salah, ruang utk diri sendiri perlu ada.
Jadi kaum lelaki sila open minded sikit.: tak byk ruang diperlukan hanya berikan keizinan.

February 27, 2013

Kawan dunia dan akhirat. Insyallah.

Banyak sahabat yg akan merugikan dan yang memberi kelebihan.
Aku tak banyak sahabat dan teman baik.
Ad.a tapi tak banyak.
Gambaran pertama korang bila aku kata tak byk kawan, bagaimana?
Silap!
Aku jenis yg memilih dan aku ada kawan.
Limited edition. Yg tak mungkin ada copycat.
Hanya mereka.
Setia,sukaduka,airmata dan gelaktawa.
Share sesama. Bantu susah dan raikan kesenangan.
Bukan utk dunia sahaja, beringat ke arah dunia satu lagi.
Dia kawan saya.

February 25, 2013

Dimana akal kau, lelaki?


Terfikir kenapa yang cukup kakitangan, kejadian yg Allah berikan pada kita tidak digunakan sebaiknya?
Pelik bila, lelaki yg penuh dgn tanggungjawab sepatutnya bertungkuslumus dan usaha ,mencari rezeki hanya pegang cawan duduk dikerusiempuk tunggu si isteri pulang ,me,mbawa peluh didahi.


Dayus! Itu yg akan aku jawab.



Dimana kepala otak yg tidak pintar diletakkan? 
Dimana kuasa kekuatan yg dimiliki?
Dimana pelindungan yg Allah dah amanahkan utk diberikan terhadap kaum wanita?
Bodoh.

Kalau hanya simpan utk kesenangan dgn wang ringgit yg diminta dgn tak rela dr isteri.
It dah tahap melampau.

Kenapa ada suami seperti itu?

Bukan kejadian ini berlaku pd aku. Tapi mata aku melihat.
Dan aku berharap sgt penglihatan aku dibutakan sementara waktu.
Dr aku terus melihat kekejaman jiwa ini.



Astaga.


February 13, 2013

Al-quran dan Sunnah

Pegangan manusia sepatutnya al-quran dan sunnah.
Cuma manusia lalai mengingat, leka  keasyikkan. Seperti mereka, aku tak ketinggalan.
Dah banyak perkara aku lupa dan terpinar-pinar.

Aku bukan bijak mentafsir al-quran.
Aku bukan rajin mengikut sunnah. Tapi aku mencuba. Sering gagal kerana aku bukan kuat iman.
Aku terus mencuba menjadi seorang muslimah dan hamba Allah yg baik.
Hati manusia jahat, aku akui. Seakan syaitan tapi hanya topengkan manusia.
Bila gagal, aku rasa mcm ada sorakan gembira. Mana boleh aku gagal, sedangkan org bersorakan utk aku.

Beruntungnya aku bila, saat aku meniarap menangis. Ada tangan menyambut.
Siapa tu aku pasti tahu. Dia. Allah yg satu. Memang tak ada tangan tapi hati tersentuh bagai ditarik utk bangun. Jgn jelik, Dia tak pernah merungut. Dia tak pernah mencerca aku. Sedangkan keburukan aku 100tahun belum tentu terubat.

Alhamdulilah. Syukran. Ya rabbi ar rahim.

February 06, 2013

Siapa eng-kau sebenarnya?


Assalamualaikum wbt. 

Terpanggil aku untuk menulis kali ini untuk kesempurnaan.
Aku jenis buka mulut memang ramai akan kata aku JAHAT.
Tapi pada yg kenal siapa aku ; aku jenis berterus terang.
Ayat dimulut tak sama seperti ayat dihati.

Hati aku tisu. Sangat mudah tersentuh dan menangis.
Cuma tangisan aku sepi, tak berair dan tak berhujung.
Hanya akan tinggal pendam dan dendam.
Itu aku.
…………………………………..

Baran aku lain. Berbunga dihujung, ditalinya aku gengam.
Sebab itu aku susah memaafkan tp aku sukar nak marah.
Jgn diusik periuk api dah berkurun, takut meletup tak arah utk berlari.

Jahat ke aku? Atau kamu semua yg kejam.
Kamu ayat dimulut boleh dihurung semut, tapi ayat yg dihati boleh penyebab mati.
Buat apa nak berwajah malaikat sedangkan ekor syaitan dah bersiap utk menikam?
Belati yg diasah utk robek jiwa secara haram mmg kerja kamu semua.
Kenapa jadi begitu? Kenapa perlu begitu?

Mana kejujuran yg dipinta demi kesempurnaan hati?
Tak susah berterangan tanpa perlu dilindung dgn istilah hipokrit.
Amboi bersolek sakan cantiknya kamu. Tapi perlu ke kamu sibuk mencanang cerita buruk dan bauan kain org lain? Alahai --  tak sesuai dgn rupa kamu. Berhentilah.

Mungkin jahatnya aku bila sibuk menulis perkara ni.
Ini bukan utk sesiapa. Cerita aku ini utk peringatan kepada aku dan zuriat aku.
Aku taknak anak dan warisan aku ada dikalangan kamu.
Menyiat hati manusia lain tanpa kerelaan tuan bdn sendiri. Menyentapkan jiwa manusia lain seakan dunia ini kekal selamanya.

Aku menilai apa yg aku dengar dan lihat. Tak salah. Seperti aku kamu berhak untuk menilai dan mendengar. Sebab Allah juga melihat dari sudut-nya.
Kita jgn mengarah bagaikan kita mengarah hamba. Kerna kita juga hamba. Hamba kepada pencipta kita. Hidup macam lakonan. Dah ada skripnya just go on untuk difilemkan.
Dan akan ditayangkan pada hari yang satu lagi. Hari pengadilan. Disitu, baru kita tahu anugerah apa yg kita layak dapat. Subahanallah

Terima kasih sebab mengingatkan aku. Betapa kerdilnya aku bila disingkirkan.

February 05, 2013

Telur masak kicap berkari


Ini antara resipi yang menjadi kegemaran ramai kan. Jangan nafikan ye.hehee.
Saya pun suka. Resepi turun menurun rasanya. Tak khas kalau bulan puasa tada menu ini.
Tapi untuk saya, saya ubahkan sedikit saja untuk menjadikan rasa rempah dalam masakan ini.



TELUR MASAK KICAP BERKARI
Makan untuk : 2-3 orang.

Bahan² :
2 biji telur
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar                                                    potong halus
3 tangkai cili padi merah / hijau
Kicap
Serbuk kari
Segenggam ikan bilis
Garam dan perasa
Minyak (menumis)


Cara memasak :

1. Gorengkan telur dan ikan bilis secara berasingan. Setelah digoreng ketepikan dahulu.

2. Panaskan minyak terlebih dulu selepas itu masukkan bahan yang telah dipotong halus. Gorengkan sehingga warna bertukar ke kekuningan.

3. Tambahkan garam kedalam bahan yang digoreng tadi.  

4. Setelah itu masukkan kicap dan tambahkan sedikit air. Setelah agak mendidih masukkan sedikit serbuk kari untuk dijadikan perasa pedas.

5.  Masukkan bahan yang digoreng seperti ikan bilis dan telur untuk meresapkan bahan yang digoreng tadi kedalam telur dan ikan bilis. Sekejap sahaja dah boleh dihidangkan.  

Sambal Bulu Ayam



Menu hari ini Sambal Bulu Ayam
Pelik sikit nama masakan kali ini. Tapi ini antara favourite en besar.


SAMBAL BULU AYAM
Makan untuk : 2-3 orang.

Bahan² :
1 paket ikan kering bulu ayam
Cili boh / Segenggam cili kering 
5 ulas bawang putih                              dikisar halus
2 ulas bawang besar                  
1 ulas halia
Sedikit belacan
Asam keping
Minyak (untuk menumis)
1 cawan air
Gula
Garam / Perasa

Cara memasak :

1. Ikan kering dicuci dan digoreng terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk membuatkan ianya ranggup. Selepas garing, ketepikan.

2. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang telah dikisar halus. Setelah naik minyak dan bau, masukkan sedikit air asam.

3. Masukkan belacan yang telah dicincang dan tambahkan gula dan garam sehingga berbau wangi.

4. Tunggu sehingga sambal yang ditumis agak likat dan kering, bolehlah masukkan 1 ulas bawang besar yang dipotong mayang. Berserta dengan cili merah dipotong halus.
Campakkan ke dalam kuali sekali dengan sambal tadi.

5. Barulah masukkan ikan kering yang telah digoreng awal tadi. Untuk seketika gaulkan dan dah boleh angkat. 

January 20, 2013

Telur Puyuh Masak Sambal

Hari ini resepi lain plak aku nak share. Sangat simple and sedaaap dimakan dengan lempeng ke,nasi putih ke, makan gitu pun tak salah.


Telur Puyuh Masak Sambal
(boleh dimakan 2-3 orang)

















Bahan-bahan ;
Telur puyuh (12biji)
Cili kering (2 genggam) - Direbus dan dikisar
Bawang merah (3 biji) - Dikisar
Bawang putih  (3 biji) Dikisar
Daun Bawang Dihiris
Garam dan perasa
Air (1 cawan)
Minyak (untuk menumis)




Cara memasak ;

1.        Rebuskan telur puyuh dalam 30 minit sebelum ditoskan dan disejukkan. Selepas sejuk bolehlah dikopek kulitnya.
2.      Panaskan kuali dan minyak. Tumiskan bawang merah dan putih sampai kekuningan dan naik bau wangi. Selepas itu baru masukan cili yang telah dikisar sehingga naik minyak dan bau.
3.      Masukkan garam dan gula dan kacau sehingga likat. Agak kering masukkan air dan kacau lagi.
4.      Masukkan telur puyuh sehingga sebati rasanya.
5.      Boleh dihidang.



Ikan Siakap Kukus

Dok selak page org nak share resepi. Sampai dah terkumpul banyak resepi dlm otak ni.
Yang simpan dlm tabby len, yg simpan dlm fail len. 
Jadi rasanya dah sampai masanya kita share resepi kita plak dengan org lain.
As busy woman mcm aku neh. Manalah ada masa nak try-try resepi yg gah mcm masakan hotel 5 bintang tu.  Jadi resepi ringkas yang bersederhanalah masakan aku. 


Okay kali ini : 
IKAN SIAKAP KUKUS / STIM
(boleh makan 2-3 orang dewasa)




















Bahan-bahannya ;

Ikan siakap ( cari yang sederhana besar )
Cili padi (5-6 btg) - potong kecil²
Bawang merah (3 biji) - Dihiris nipis
Bawang putih (3 biji) - Dihiris memanjang

Halia (1 ulas) – Dihiris memanjang                                               Bahan A
Serai (1 ulas) – Diketuk
Garam dan perasa
Daun limau (2 helai) – Dibuang tulang
Limau nipis (3 biji)
Air (1 cawan)
Serbuk Tomyam Putih

Cara memasak ;

1.       Ikan dibersihkan. Selepas itu diperapkan dengan air asam dan garam seketika.
2.     Sediakan tempat untuk dikukus.  Bagi sesiapa yang ada Pemanggang Ikan Ajaib boleh guna digunakan. Lebih mudah.
3.     Masukkan bahan A didalam tempat kukus terlebih dahulu, kemudian boleh masukkan ikan dan tindih bahan A tadi.
4.      Selepas itu masukkan air dan tunggu seketika. Bila sudah mendidih, bolehlah masukan perasa seperti garam dan serbuk Tomyam putih (1 sudu).
5.     Tutup Pemanggang Ikan Ajaib dalam 15 minit sebelum diperah limau nipis dan tutupkan sekali lagi. Selepas 20 minit kemudian. Ikan dah boleh hidang.