December 18, 2012

My past was great!




Setiap lagu ada ceritanya.
Al-kisahnya terlalu banyak untuk dihuraikan dgn lagu boleh kita simpan² utk kita sorg.

My past life actually so fun. My teenage life also giving me 1000 memories and I've kept for myself.
Either bad or good memories, I've learnt so much with I've through all this time. I'm not regret that. No reason for forget what I've done. 

For what? untuk ingat semua itu?
Ada yg indah utk diingatkan ke?
atau ada yang teruk untuk terus dilupakan?

No! Jangan padam. Buang jejauh pemadam hidup.
Pegang kekuat pen untuk ditulis. Sediakan kertas untuk catitan. 
Harus kita beringat dalam hidup. Itu ayat biasa. 
Aku tenang dgn apa yg aku lalui. Jangan panik.
Itu bisa buatkan kekacauan fikiran dan tindakan kita akan hancur dimakan dgn kekalutan itu. 

Dunia fantasi yg aku harap²kan dizaman remaja aku. Ada yang menjadi. Ada yang tidak.
Jangan keluarkan airmata sebab dunia remaja hanya lantai keseronokan sebelum kita menjadi lebih matang.
Kesat cepat! Diri tegak dan pandang hadapan. Jauh kehadapan. 
Tarik nafas panjang, dan legakan dgn nada tenang.
Insyallah. 

Aku tak tipu bila aku kata aku rindu. 
Aku tak nafikan bila aku kata aku mengingatinya.
Aku tak akan berpaling bila aku kata aku pernah cintakan dia. 
Tapi ;

itu dulu.
zaman yg aku pernah menangis dan minta agar dikembalikan waktu aku bahagia.
zaman yg aku tk tidur malam dan mohon untuk lupakan dia. 

sekarang ;
Aku sudah bangun dari zaman fantasi. Angan² dah menjadi kenyataan.
Siapalah aku sekiranya tiada zaman itu?

December 16, 2012

Kisah 150 Juta



Banyak boleh cite dalam lirik.
Mana yg bijak mentelaah mmg akan fhm lagu itu mengenai apa.
Tapi mana yg menyanyi ikut suka, mmg hancurlah. 

Aku suka lirik yg kak fynn jamal buat. She's unique. Not different but not same w/others.
Lirik dia pn unik, aku suka dengar.
Teringin nak kasi lirik yg aku simpan kt ainan tasneem dan najwa latiff.
Memang aku suka menulis, melakar dan melirik. Org kata orang yang suka membaca dan menulis neh,
pelik dan suka berangan. Itu memang aku. Encik besar pun tau itu aku.

Mungkin aku tak pandai berkarya bahasa bunga² mcm dlm novel cinta.
Mungkin aku tak pandai berkira² mcm pakar matematik dan sains.
Mungkin aku tak pandai berjiwang kata macam doktor cinta.
Tapi apa yg aku tahu ;

aku suka pegang pen dan kertas untuk bertenang
aku akan berdiam tika angin tak menentu
bila keseorang-an, lagu pengubat rindu
menulis dan membaca habit sebenarnya.
Itu aku. Memang aku.

Encik besar bersama dgn aku, bukan dgn aku sahaja.
tapi dgn dunia aku, cita aku dan cinta aku.
Tapi bila aku dgn encik besar. Dunia aku cukup sempurna tak perlu ;
bahasa cinta berbunga,
kertas berjela²,
bunga bertan²,
serta baju berjenama. 

Dia dgn aku mmg jodoh yg diberikan Allah. Dia terima aku pn dah cukup dgn syarat.
Syarat yg Tok kadi suruh baca time akad nikah dulu. :)
Janji dia depan beratus org, janji dia depan ayah, janji dia dgn Allah.
Jadi janji aku untuk terus menjadi isteri dia dan ibu pada zuriatnya. 



December 11, 2012

Married with you.





Getting married was the best thing I’ve ever done. I married my best friend. I’m so lucky to get to be with him every day, and he’s my protector. I feel so safe and happy and completed.

*nhazirahka/2012

December 06, 2012

text and read again-again







Remember those texts you sent me telling me you love me? I still have them and I read them again and again just to put a smile on my face. ♥



*ilovethewayyouare

Weekend yang mengerikan.

Semua orang suka hari minggu. Tapi aku rasa lain plak bila tiba weekend.
Okay, aku mgaku inilah kelemahan aku. 
Majlis perkahwinan. Bukan tak suka, tapi aku agak lemas dgn situation yang meng-crowd-ed kan. 
Weird right? That's true. Boleh buat aku sakit perut. *Bhaha (Gelak sendiri).

Aku jenis tak peramah. Tak pandai nak cari kawan dan bila jumpa kawan yang dah lama tak jumpa,..tak 
tahu topik apa nak dimulakan. Sedih sangat. Bukan tak berkeyakinan.
Cuma aku tak suka org tanya tentang diri aku. Yes, my life is perfect but not too special to share with others. 

Lagi satu, dress code. I'm fashionable. and I love dressing. Cuma dressnya aku suka - code nye tidak.
I hate protocol mode.  It's can make me feel like to throwww out. Something like bweeek! So stressful. pergi wedding, and I need to find some to wear. Of course bila dah pakai baju kena cantik dan mesti pastikan ianya tidak memalukan. 

Oh my! *shh

I hope just eat and blah. Tapi mmg tak boleh. Sbb kena duduk, berbual and berlaga pipi dulu before dapat greenlight utk balik uma. So, how your weekend, friends?

December 02, 2012

Hormatilah isterimu, wahai suami.


Sakitnya hati. Lukanya jiwa. Pedihnya rasa.
Susahkah jadi seorang isteri dan ibu? Susahkah jadi seorang wanita? 
Bagi aku perkahwinan zaman sekarang amat sukar. Dugaannya lebih banyak.  Bukan aku tak suka dengan perkahwinan aku sendiri. Tapi bahagianya mengapa tidak seperti pasangan orang dulu-dulu. 

Aku bersyukur hampir 2 tahun ini banyak mengajar aku erti kebahagiaan. Walaupun ada pasang dan surutnya, aku tak mengalah. Sebab aku percaya setiap perjalanan memang ada likunya dan lekuknya. Kekuatan rumahtangga itu bukan dari cinta sahaja tapi bagaimana kita menempuhinya. Aku sentiasa berserah kepada Allah atas segala dugaan yang diberi.  

Aku akui, aku bukan seorang isteri yang baik dan wanita yang kuat dan tabah.  Cuma anak yang Allah kurniakan untuk aku itulah yang menjadi kekuatan aku.  Tipu kalau aku kata suami dan isteri dalam sesebuah hubungan kena sentiasa jernih dan suci. Gaduh, pekik, kecil hati dan terluka dah aku lalui. Hanya nampak dan tidak saja lukanya. 

Orang kata isteri kena taat pada suami, aku percaya.  Tapi adakah suami sentiasa betul? sentiasa benar? sentiasa berani? sentiasa bagus? TIDAK! Im totally not agree. Tapi penidakkan aku bukan mengiyakan bahawa isteri sebaliknya. Aku letih sebenarnya melihat lelaki menegakkan benang yang basah tanpa melihat hujung pangkalnya.  Berapa peratus lelaki yang bernama suami atau ayah yang tidak keluar berita muka depan? yang merogol anak sendiri? yang membunuh akibat cemburu? yang gila kerana tekanan hidup? yang ditangkap akibat dadah? yang kena tangkap khalwat? siapa? berapa peratus? 

Peratus wanita di sebalik berita-berita lelaki pula berapa? mengapa? alasannya? Banyak kita lihat isteri menderita seks melampau suami?  isteri yang terseksa akibat suami? isteri yang ditinggal? isteri yang meratapi  anak sendiri akibat dibunuh oleh suami? berapa peratusnya, kawan-kawan? 

Fikirkan. Apa sebenarnya yang diperlukan lelaki dari kita, wanita? Wahai lelaki, hormatilah wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada zuriat kamu. Kami sedar kami hanya sebahagian dari tubuh kamu.  Jangan kau hancuri hati kami dan lukakan kami seakan kami ini dari bahagian yang jijik. Kami diciptakan untuk menjadi dari sebahagian kamu dan mati kami juga adalah kerana kami sebahagian kamu. 


Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.
·        01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


·        0Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
·        03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

·        04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

·        05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

·        06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
·        07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

·        08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
·        09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
·        10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

·        11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

·        12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

·        13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

·        14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

·        15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

·        16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

·        17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

·        18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

·        19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

·        20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
·        Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
·        21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
·        22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
·        23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

·        Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.