November 01, 2012

Redha ku untuk mu.

Kecewa dan kesakitan aku masih tidak dapat aku buang jauh.
Tak kira apa juga kata semangat sekeliling menujah ke telinga aku. Gagal.
Aku gagal kawal kesedihan aku sendiri.

Walaupun aku dah berjanji pada di ri aku bahawa aku kena redha.
Aku gagal. Bukan aku cuba menafikan takdir tapi naluri dan kehendak aku bercampur baur. Aku keliru.

Aku keguguran kali ke dua.
Keguguran pertama aku terjadi dalam ketidaksedaran aku.
keguguran kedua amat menyakitkan aku. Bukan kerana kesakitannya tapi emosi aku sendiri sakit. Memang aku ingin cuba sekali lagi selepas kegagalan pertama dan apabila disahkan aku mengandung, kegembiraan aku seakan kehamilan pertama.

Sepanjang hamil selepas gugur pertama, aku sedaya upaya untuk tidak terlalu overexcited. Aku cuba sembunyikan kehamilan ini. Aku penat menjawab soalan yang mungkin akan melukakan hati aku sendiri. Alhamdulilah aku tidak banyak ragam.

Namun kandungan hampir masuk bulan ke 3, aku seakan rasa ringan. Benar naluriku banyak membantuku untuk terus kuat.
Ya allah, semakin hari badan aku semakin sakit dan pinggang aku makin bengkak. Nekad untuk ke klinik. Akhirnya nekadku membawa aku berita yang sukar untuk aku terima.
Sepanjangan itu, Allah banyak memberikan kesabaran. Aku perlu redha. Ya. Redha.

Cuma aku kesal, jiwa aku semakin sensitif selepas keguguran itu.
Kecekalan ku mana? ketabahan ku hilang. Kemana? Ya allah. Ampuni aku kerana aku lupa pengorbananku ini hanya kerana mu. Adakah kerana aku penat atau sakit, buat aku jauh tersasar melupakanmu?

Semuanya ada hikmah. Move on and smile. Allah can see and he knows better. 

2 comments:

akish ali said...

dik!!!....be strong yah.....tika u rase down......u igt ...at least u ade 1 saham kat "sana"...

anyway u masih muda.....still ade chance.....usaha lagi..pasti sofea akan jd big sista 1 day..trust me...

=)

chill ya..

I'm small mummy :) said...

Thanks sis.
Yes, that's true. But Im just a simple and ordinary woman.
the sadness in my life show that Im just a mom that desperate desire a baby again.

But I know, Allah tentukan semuanya.
Allah can give and take back anytime.
We need REDHA.

:)