November 15, 2012

Menu untuk kanak- kanak

Good morning, blogger!

Selalu pagi macam ini, aku sibuk dengan jadual aku sebagai sorg ibu dan isteri. Mana berkejar untuk siapkan  makanan anak, kejutkan suami untuk panaskan enjin kereta lagi. 
It's so amazing being a mum plus wife. Normally, certain woman akan bangun lewat dan breakfast dgn lemah gemalai.
It's not me. Actually dulu pernah, skrg tak lagi. Not my world anymore. 

Masakan untuk si anak dara tu tak susah sangat. Yang susah untuk Encik Besar. Cerewet. Tekak org lelaki neh lain. Biasanya mulut kata tak kisah, tapi perut teringin nak makan. *gosh.

*Ini antara menu yang aku sediakan untuk si anak dara tu.
Umur : 0- 2 Tahun


Waktu memasak: 20 Minit
Saiz hidangan : 2 Orang
Tahap : Mudah


BAHAN-BAHAN:
Bubur nasi secukupnya
10gm brokoli
10gm kubis bunga
10gm lobak merah | dikupas dan dicincang kecil
1 biji tomato | dihiris
Air rebusan daging secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Rebus kubis bunga, lobak merah dan brokoli sehingga masak.
2. Kemudian masukkan ke dalam bubur nasi bersama air rebusan daging. Didihkan dengan api perlahan.
3. Akhir sekali masukkan tomato dan lenyek-lenyekkan ia.Kisar sehingga bubur menjadi halus.
4. Sedia untuk disuapkan kepada bayi.

Bubur Aneka Sayuran. Senang & Mudah


Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 2 orang


BAHAN-BAHAN:
  • 2 keping tauhu                                   | dipotong empat
  • 3 biji cendawan butang                    | dihiris
  • 2 biji ubi kentang                               | dipotong dadu
  • 1 biji bawang merah                         | dicincang
  • 2 ulas bawang putih                         | dicincang
  • ½ ketul kiub pati ayam
  • 5 tangkai cili padi merah                  | dihiris serong
  • 1 tangkai daun kucai                         | dipotong
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
     
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan cincang sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan kiub pati ayam dan air secukupnya. Kacau rata dan pastikan kiub pati ayam tidak berketul.
  3. Seterusnya masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk barulah dimasukkan cendawan butang, tauhu, cili padi merah dan daun kucai.
  4. Akhir sekali, perasakan. Sedia untuk dimakan

Sup Tauhu Cendawan


No comments: