November 07, 2012

Martabat Wanita Hari Ini.

Hadis Rasulullah :

"Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya kamu akan menidurinya juga"

sabda Rasulullah.

Alahai manisnya si suami, alahai mesranya si isteri



Tertarik dengan keratan akhbar hari ini, otak aku cepat beralih kepada berita yang aku tgk semalam.

"... Seorang suami menetak isterinya hanya kerana lambat bawakan minuman, kerana si isteri menyudahkan menyuapkan makanan kepada anak. Suami menetak si isteri dihadapan anak mereka. "

Sedihnya. Mana letak akal dan kesabaran seorang lelaki yang sebenarnya tak layak untuk dipanggil suami mahupun ayah. Boleh trauma tau si anak tu. Ya Allah jauhkanlah. Bagaimana perasaan lelaki ini semasa dia pukul wanita yang dia tiduri, yg lahirkan zuriat dia, yg boleh membantu dia di padang masyhar nanti? 

Sebenarnya dah byk sgt cerita penderaan, penghinaan yang mengaibkan, rogol, samun dan cabul yang lelaki dah buat pada wanita.  Kenapa? dan mengapa mereka sanggup lakukan? Sedangkan ada yg sanggup lakukan kepada darah daging mereka sendiri, wanita yang dia nikahi dgn janji di hadapan tok kadi dan saksi. Mereka lupakah? atau sifat penyayang dah mati dalam diri lelaki² ni ke? Jangan buat semua ini. Pandanglah tepat pada mata wanita yang kita sayangi, tenung dalam² dan tanya dalam diri sendiri apa perasaan kita pada wanita ini?

Sebagai seorg wanita, anak, kakak, ibu dan kawan. Terguris dan tercalar juga. Cuma setakat ini Allah masih lindungi aku. Allah hadirkan aku seorang lelaki yang mampu mengawal kesabaran dan kasih sayangnya terhadap aku dan anak. Walaupun aku akui lelaki bersama aku ini tidak sempurna namun aku melihatnya sebagai satu sifat lawanan yang menarik dalam hubungan kami. 

Benar banyak pendapat yang aku dgr dari semua kaum adam.  Ada mengiyakan dan menafikan tindakan mereka. Beralasan dan bersebab katanya.  Lelaki dilahirkan dan dijadikan sebagai pemimpin. Dalam sebuah kapal hanya ada satu pengemudinya. Dan dibawahnya ada isteri dan anak untuk dipimpin.  Seandainya teruk kapal itu, teruklah kepimpinannya dan begitu sebaliknya. Suami akan ditanya diakhirat kelak. 
"Bagaimana keluarga kamu dipimpin?", "Apa yang isteri kamu telah lakukan?", "Dimana akidah anak-anak kamu?".

Seterukmana isteri dan anak kamu melayani kamu.  Lihatlah kembali bagaimana kamu melayani mereka.  Wanita ini banyak muslihat tapi muslihat mereka akan hancur bila suami tahu untuk mengawalnya.  Suami perlu bijak dan sebagai ayah juga harus bijak. Hati wanita lembut, cepat menangis. Mengapa tidak kita gunakan kebijaksanaan untuk mengatasi semua masalah. Jangan ditendang, ditengking, diherdik, dimakihamun dan dilanyak macam BINATANG. Ingat mereka manusia, dijadikan khas untuk sebagai peneman hidup dunia dan akhirat. 

Bukankah kita dah berjanji?

" Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku.  Orang yang memuliakan  kaum wanita adalah orang yang paling mulia, dan orang yang menghina wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti. "

No comments: