November 19, 2012

Harta akhirat.


Se-familykuh. Harta dunia & akhirat. 


Sofia, si anak dara kecil-kuh dah makin membesar.
Terasa cepat sgt masa berjalan,berlari dan bermain.
Aku terasa mcm aku dah sgt tua. Tua dari segi akal dan mental.

Makin besar permata aku, makin risau aku memikirkan.
Byk hal yg semak dlm kepala aku.
Kewangan, masa dan perkara yg menakutkan aku. SOSIALITI.

Dulu masa aku remaja. Runsing yg mama rasa aku letak jejauh.
Aku ingatkan dia bahawa aku sudah boleh diharap.
Aku dah besar. Aku dah boleh berdikari tnpa mereka.
Mama geleng kepala dan jauh hatinya aku tahu dia kecewa.

Masa aku ingkar, aku tolak mentah² permintaannya.
Aku tk fikir ttg mengapa. Tp aku sibuk bertanyakan KENAPA?
Aku pentingkan jiwa aku dari RAGA mama dan ayah. Sayunya aku.

Sekarang, aku takut sekiranya aku yg hadapi semua itu.
Ya allah, aku tak kuat. Aku masih lagi seorang anak yg perlukan mama dan ayah.
Aku belum cukup besar dan aku masih bertatih untuk sampai ke tahap aku skrg.
Dgn kehidupan sosial yg JAHAT, HINA dan HITAM aku tak pasti dimana anak aku nanti.

Cintanya aku pada keluarga aku, mmg aku tak nafikan. Butiran benci yg pernah aku ludahkan.
Aku perlu jilat kembali. aku syg. aku cinta. aku rindu semuanya ttg keluarga aku.
Lelebih lagi SOFIA MASTURINA dan lelaki terbaik aku setelah ayah, ENCIK BESAR.

Aku kolot. Memang. Betul.
Aku perlu dalam kekolotan itu, demi melindungi permata aku.
Peduli dan NAH apa org kata ttg itu.
Mereka duduklah ditempat aku. Mereka bodoh kalau terlalu MEMODENKAN kasih syg.
Jiwa mereka buta, kerana lindungan ibubapa bukan boleh diurusniagakan. Kerana ianya perlu ikhlas.
Aliran semasa PERLU namun perjudikan harta akhirat bukan satu tindakan yg bijak.
Takut kelak di alam sana, kita akan MUFLIS.




No comments: