November 20, 2012

Song that I sing to you.






The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must be felt with the heart.
Mr Husband,  heard this and feel it.
My love is flying w/this lyrics and believe me.
No one can love you the way I do.
I can't throw anything, or delete anymoment, or erase anywords because all of my life is about  you and US. 

I know that you are not perfect and nor can I claim to be either
but please believe me, please
when I say that I want to be by your side, to hold your hand, 
to treasure you in the morning and in the noon-tide, 
to be next to you, to be held close to your heart now and for the rest of my living years, 
to comfort you, dry your tears and calm your most frightening fears, to fight your battles 
and show no shame to scream my love for you out loud all over the land.
That's my promise and I do!

Allah the reason I love you.Allah giving my opportunity to wife & mom.Allah make me life for you. I love you Encik Besar.

November 19, 2012

Harta akhirat.


Se-familykuh. Harta dunia & akhirat. 


Sofia, si anak dara kecil-kuh dah makin membesar.
Terasa cepat sgt masa berjalan,berlari dan bermain.
Aku terasa mcm aku dah sgt tua. Tua dari segi akal dan mental.

Makin besar permata aku, makin risau aku memikirkan.
Byk hal yg semak dlm kepala aku.
Kewangan, masa dan perkara yg menakutkan aku. SOSIALITI.

Dulu masa aku remaja. Runsing yg mama rasa aku letak jejauh.
Aku ingatkan dia bahawa aku sudah boleh diharap.
Aku dah besar. Aku dah boleh berdikari tnpa mereka.
Mama geleng kepala dan jauh hatinya aku tahu dia kecewa.

Masa aku ingkar, aku tolak mentah² permintaannya.
Aku tk fikir ttg mengapa. Tp aku sibuk bertanyakan KENAPA?
Aku pentingkan jiwa aku dari RAGA mama dan ayah. Sayunya aku.

Sekarang, aku takut sekiranya aku yg hadapi semua itu.
Ya allah, aku tak kuat. Aku masih lagi seorang anak yg perlukan mama dan ayah.
Aku belum cukup besar dan aku masih bertatih untuk sampai ke tahap aku skrg.
Dgn kehidupan sosial yg JAHAT, HINA dan HITAM aku tak pasti dimana anak aku nanti.

Cintanya aku pada keluarga aku, mmg aku tak nafikan. Butiran benci yg pernah aku ludahkan.
Aku perlu jilat kembali. aku syg. aku cinta. aku rindu semuanya ttg keluarga aku.
Lelebih lagi SOFIA MASTURINA dan lelaki terbaik aku setelah ayah, ENCIK BESAR.

Aku kolot. Memang. Betul.
Aku perlu dalam kekolotan itu, demi melindungi permata aku.
Peduli dan NAH apa org kata ttg itu.
Mereka duduklah ditempat aku. Mereka bodoh kalau terlalu MEMODENKAN kasih syg.
Jiwa mereka buta, kerana lindungan ibubapa bukan boleh diurusniagakan. Kerana ianya perlu ikhlas.
Aliran semasa PERLU namun perjudikan harta akhirat bukan satu tindakan yg bijak.
Takut kelak di alam sana, kita akan MUFLIS.




November 15, 2012

If I never met you, Encik Besar


If I never met you, I wouldn't like you.

If I didn't like you I wouldn't love you.

If I didn't love you I wouldn't miss you.

But I did, I do and I always will

---

If loving you is wrong, then I don't want to be right!

---

If loving you is a crime. I'd like to be jailed for my whole life, in your heart.

---
I love you. Like a fat kid loves cakes.
---
If you have 1000 years of age, I just want to have 999 years and 364 days, so I never have to live a day without you

So many words I could use, yet none seem to be able to describe exactly how I feel about you.

This my promise.

Menu untuk kanak- kanak

Good morning, blogger!

Selalu pagi macam ini, aku sibuk dengan jadual aku sebagai sorg ibu dan isteri. Mana berkejar untuk siapkan  makanan anak, kejutkan suami untuk panaskan enjin kereta lagi. 
It's so amazing being a mum plus wife. Normally, certain woman akan bangun lewat dan breakfast dgn lemah gemalai.
It's not me. Actually dulu pernah, skrg tak lagi. Not my world anymore. 

Masakan untuk si anak dara tu tak susah sangat. Yang susah untuk Encik Besar. Cerewet. Tekak org lelaki neh lain. Biasanya mulut kata tak kisah, tapi perut teringin nak makan. *gosh.

*Ini antara menu yang aku sediakan untuk si anak dara tu.
Umur : 0- 2 Tahun


Waktu memasak: 20 Minit
Saiz hidangan : 2 Orang
Tahap : Mudah


BAHAN-BAHAN:
Bubur nasi secukupnya
10gm brokoli
10gm kubis bunga
10gm lobak merah | dikupas dan dicincang kecil
1 biji tomato | dihiris
Air rebusan daging secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Rebus kubis bunga, lobak merah dan brokoli sehingga masak.
2. Kemudian masukkan ke dalam bubur nasi bersama air rebusan daging. Didihkan dengan api perlahan.
3. Akhir sekali masukkan tomato dan lenyek-lenyekkan ia.Kisar sehingga bubur menjadi halus.
4. Sedia untuk disuapkan kepada bayi.

Bubur Aneka Sayuran. Senang & Mudah


Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 2 orang


BAHAN-BAHAN:
  • 2 keping tauhu                                   | dipotong empat
  • 3 biji cendawan butang                    | dihiris
  • 2 biji ubi kentang                               | dipotong dadu
  • 1 biji bawang merah                         | dicincang
  • 2 ulas bawang putih                         | dicincang
  • ½ ketul kiub pati ayam
  • 5 tangkai cili padi merah                  | dihiris serong
  • 1 tangkai daun kucai                         | dipotong
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
     
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan cincang sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan kiub pati ayam dan air secukupnya. Kacau rata dan pastikan kiub pati ayam tidak berketul.
  3. Seterusnya masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk barulah dimasukkan cendawan butang, tauhu, cili padi merah dan daun kucai.
  4. Akhir sekali, perasakan. Sedia untuk dimakan

Sup Tauhu Cendawan


November 07, 2012

Martabat Wanita Hari Ini.

Hadis Rasulullah :

"Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya kamu akan menidurinya juga"

sabda Rasulullah.

Alahai manisnya si suami, alahai mesranya si isteri



Tertarik dengan keratan akhbar hari ini, otak aku cepat beralih kepada berita yang aku tgk semalam.

"... Seorang suami menetak isterinya hanya kerana lambat bawakan minuman, kerana si isteri menyudahkan menyuapkan makanan kepada anak. Suami menetak si isteri dihadapan anak mereka. "

Sedihnya. Mana letak akal dan kesabaran seorang lelaki yang sebenarnya tak layak untuk dipanggil suami mahupun ayah. Boleh trauma tau si anak tu. Ya Allah jauhkanlah. Bagaimana perasaan lelaki ini semasa dia pukul wanita yang dia tiduri, yg lahirkan zuriat dia, yg boleh membantu dia di padang masyhar nanti? 

Sebenarnya dah byk sgt cerita penderaan, penghinaan yang mengaibkan, rogol, samun dan cabul yang lelaki dah buat pada wanita.  Kenapa? dan mengapa mereka sanggup lakukan? Sedangkan ada yg sanggup lakukan kepada darah daging mereka sendiri, wanita yang dia nikahi dgn janji di hadapan tok kadi dan saksi. Mereka lupakah? atau sifat penyayang dah mati dalam diri lelaki² ni ke? Jangan buat semua ini. Pandanglah tepat pada mata wanita yang kita sayangi, tenung dalam² dan tanya dalam diri sendiri apa perasaan kita pada wanita ini?

Sebagai seorg wanita, anak, kakak, ibu dan kawan. Terguris dan tercalar juga. Cuma setakat ini Allah masih lindungi aku. Allah hadirkan aku seorang lelaki yang mampu mengawal kesabaran dan kasih sayangnya terhadap aku dan anak. Walaupun aku akui lelaki bersama aku ini tidak sempurna namun aku melihatnya sebagai satu sifat lawanan yang menarik dalam hubungan kami. 

Benar banyak pendapat yang aku dgr dari semua kaum adam.  Ada mengiyakan dan menafikan tindakan mereka. Beralasan dan bersebab katanya.  Lelaki dilahirkan dan dijadikan sebagai pemimpin. Dalam sebuah kapal hanya ada satu pengemudinya. Dan dibawahnya ada isteri dan anak untuk dipimpin.  Seandainya teruk kapal itu, teruklah kepimpinannya dan begitu sebaliknya. Suami akan ditanya diakhirat kelak. 
"Bagaimana keluarga kamu dipimpin?", "Apa yang isteri kamu telah lakukan?", "Dimana akidah anak-anak kamu?".

Seterukmana isteri dan anak kamu melayani kamu.  Lihatlah kembali bagaimana kamu melayani mereka.  Wanita ini banyak muslihat tapi muslihat mereka akan hancur bila suami tahu untuk mengawalnya.  Suami perlu bijak dan sebagai ayah juga harus bijak. Hati wanita lembut, cepat menangis. Mengapa tidak kita gunakan kebijaksanaan untuk mengatasi semua masalah. Jangan ditendang, ditengking, diherdik, dimakihamun dan dilanyak macam BINATANG. Ingat mereka manusia, dijadikan khas untuk sebagai peneman hidup dunia dan akhirat. 

Bukankah kita dah berjanji?

" Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku.  Orang yang memuliakan  kaum wanita adalah orang yang paling mulia, dan orang yang menghina wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti. "

November 05, 2012

No facebook anymore.

Aku dah ambil keputusan untuk close account fb. Memang drastik tapi I need to do that. If not when? who?

Aku dah mula rasa buhsan. Rasa semak dan rasa mual. Dibuli dan cemburu bukan dalam 'Kamus' aku. Aku rasa kosong.  Bila aku google, rupanya semua tanda-tanda itu, tanda buhsan dan mula berundur dah mula hadir dalam hidup aku. 

Sebenarnya, aku nak fokus dengan blog dan juga insta-gram saja.  Seronok tau, bersosial dengan connection yg mana kita boleh bercakap, tulis dan bergambar tanpa sekatan dan tiada komen yang berjela-jela.  Hey guys! Im still in #twitter lagi. Dont worry. Still active.

Actually, perbualan terus yg diterapkan di fb buat aku rasa jelak dan semakin tidak efektif buat aku. Okay, I mean for me. Bila status diupdate and people will likes the status that come sometimes with comment or without comment. Some comment can make you smile or you will hate that people because their comment. So powerful okay. Itu yg adakalanya buat aku rasa dosa sgt. 
Itu belum lagi kita baca status orang yg memang minta dimaki, dikutuk dan buat kita loya. Gambar yg boleh menaikkan maruah dan of course, gambar yg memang tak akan ada maruh. Oh my! Teruk.

No, aku tak menyesal. Baik aku tutup fb dan fokus dengan life aku yg sangat tipikal dan simple. From my eyes, that what I saw.  So for those yg rindukan ayat petir atau ayat tipis aku bolehlah singgah blog yg ada ni

Bye-bye Facebook. 

November 01, 2012

Redha ku untuk mu.

Kecewa dan kesakitan aku masih tidak dapat aku buang jauh.
Tak kira apa juga kata semangat sekeliling menujah ke telinga aku. Gagal.
Aku gagal kawal kesedihan aku sendiri.

Walaupun aku dah berjanji pada di ri aku bahawa aku kena redha.
Aku gagal. Bukan aku cuba menafikan takdir tapi naluri dan kehendak aku bercampur baur. Aku keliru.

Aku keguguran kali ke dua.
Keguguran pertama aku terjadi dalam ketidaksedaran aku.
keguguran kedua amat menyakitkan aku. Bukan kerana kesakitannya tapi emosi aku sendiri sakit. Memang aku ingin cuba sekali lagi selepas kegagalan pertama dan apabila disahkan aku mengandung, kegembiraan aku seakan kehamilan pertama.

Sepanjang hamil selepas gugur pertama, aku sedaya upaya untuk tidak terlalu overexcited. Aku cuba sembunyikan kehamilan ini. Aku penat menjawab soalan yang mungkin akan melukakan hati aku sendiri. Alhamdulilah aku tidak banyak ragam.

Namun kandungan hampir masuk bulan ke 3, aku seakan rasa ringan. Benar naluriku banyak membantuku untuk terus kuat.
Ya allah, semakin hari badan aku semakin sakit dan pinggang aku makin bengkak. Nekad untuk ke klinik. Akhirnya nekadku membawa aku berita yang sukar untuk aku terima.
Sepanjangan itu, Allah banyak memberikan kesabaran. Aku perlu redha. Ya. Redha.

Cuma aku kesal, jiwa aku semakin sensitif selepas keguguran itu.
Kecekalan ku mana? ketabahan ku hilang. Kemana? Ya allah. Ampuni aku kerana aku lupa pengorbananku ini hanya kerana mu. Adakah kerana aku penat atau sakit, buat aku jauh tersasar melupakanmu?

Semuanya ada hikmah. Move on and smile. Allah can see and he knows better.