September 03, 2012

Kelancangan dan Kebiadapan

Pagi lagi aku dah buka mukabuku.  Bukan utk bergossip dan meleret membaca perkara kekanak-kanakan.
Tapi aku tertarik pada satu tulisan hati dari Fynn Jamal. Tertarik dan terus baca.
Lain bunyi. Suara ketidakpuashatian. Tapi aku suka, kerana itu benar. Segala yang diutarakan benar belaka.

Sifat dan sikap manusia. Aku tidak pasti di negara lain. Ini kerana aku orang MALAYSIA. Jadi aku memahaminya. 
MEMBERI namun BERKATA. SIKIT tapi suara BESAR. IKHLAS katanya namun DIUNGKIT.  
Bagaimana tu? Terangkan sikit.

Ini derma yang besar. 
Cuba lihat kalau derma yg hanya sehinggit dua. Kelakar ceritanya.
Rasa perit telinga. Benar adakalanya peminta bukan semua yang betul susah.
Mereka adakalanya sekadar menceduk kesempatan KEBAIKAN org malaysia. 
Bodohnya mereka, kita nampak. Tapi janganlah kita perlihatkan kebodohan kita.
Jangan derma jika tak ikhlas. Jangan beri sekiranya meragui. Jangan pertikaikan jika kita rasa kita tak mampu. Allah maha mendengar. 

Bodohnya korang!

Diam lebih baik dari berkata. Aku sokong. 
Nukilan aku bukan untuk perdebatkan. Hanya pandangan yang aku perlu suarakan di kertas maya ini.

Semuanya ada problem. Besar dan kecil saja bezanya. Jalan penyelesaiannya mgkin sama. 
Dengar tak sama dgn merasa. Jadi baik diam. Tutup mulut. Tak boleh? 
Itulah sifat orang malaysia.
Sifat yang terlalu dan terlalu memahami (kununnya).

Aku punya anak. Aku punya emosi keibuan. Aku punya isi hati.
Benar aku tak mampu membantu. Namun sekiranya aku boleh berikan, aku akan berikan.
Sokongan moral juga dah satu derma. Derma untuk jiwanya.
Dermakan doa. Allah maha mendengar. Percayalah. Allah mendengar.
Tak susahkan? 

Alhamdulilah. Sofia sihat bersama aku. Allah sentiasa bersama dia.
Allah dengar doa² kita. Lakukan untuk mereka. 
Tolonglah. Berhenti berkata sesuatu yang menyakitkan.
Berhentilah. Ini demi kita, demi mereka, demi dia. 

Demi Allah. 



Pertolongan anda, Allah mengetahuinya. 

No comments: