August 07, 2012

Perubahan dan pertukaran sikecil

Fadhilat Sembayang Terawih Malam ke-20 :
Allah Kurniakan kepadanya pahala sekalian orang mati syahid dan orang-orang soleh.

Cepatnya masa berlalu. Mata berkelip nafas selari. 
Tak sangka dah malam kita dah berada di Ramadhan ke-19. Sedih sangat bila tahu ramadhan dah nak meninggalkan kita. Terasa belum puas bersama Ramadhan. Tak bersedia nak menghadapi Syawal dan kemudian Syawal meninggalkan kita. Tak puas sebab rasanya amal tak banyak, mencari pahala tak cukup. 

*teringat pada si kecil

Dia dah semakin manja teramat.  Mulut tidak henti berbunyi kaki tak henti bertatih tangan tidak henti mencapai dan ligatnya cukup memeningkan.  Lasak gayanya seakan dulu aku teringinkan baby boy.  Allah maha mengetahui.  Mungkin dia akan menjadi kuat seperti aku? tabah? Insyallah.

Alhamdulilah.  Si kecil telah aku tukarkan susu formulanya. Beberapa bulan yang lepas memang dia kurang minum susu. Mungkin pahit (sebab aku dah minum pun).  Betapa risaunya aku dengan si besar bila nak tukarkan susu sikecil.  Bukan apa tak nak tragedi berlaku lagi ( pada org lain mungkin normal ).  Si kecil sembelih dan dia tak boleh berak 2 hari. Seksanyaaa! tidak! 

byebyee NAN. Terimakasih! ♥
Bila aku tukarkan susunya kepada susu yang Dutchlady neh alhamdulilah sesangat yang dia dan perut dia boleh menerima pertukaran ini.  Malah makin laju dia minum dan banyak. As mum, itu kegembiraan aku melihat sikecil minum susu banyak dan bolehlah dia cepat besar dan pintar.  Walaupun aku tahu penyusuan badan aku dgn sikecil tidak lama (hanya setkt 6 bulan) saja. Menyesal!

Welcome DL. but sikecil punya feveret HONEY.

Susunya manis dan berlemak. Less sugar & mempunyai kebaikan yang sama seperti susu yang lain.  Adakalanya bayi kena ada flava untuk membantu dia merasa dengan baik.  Kurangkan gula dan garam itu penting.  Ini sebenarnya untuk kebaikan proses organ dalaman bayi itu sendiri.  Mereka masih muda dan masih terlalu awal untuk memproses gula dan garam jadi gunakan kemanisan dari makanan bukan di tambah dengan perasa MSG pelbagai. Kesian mereka. 

Si kecil aku seorang yg pemakan seperti si besar, namun kita ada cara untuk menambahkan pemakanannya dan waktu begini memang perlu ibu seperti aku untuk meneliti di sudut tepi kotak atau packing makanan.  Sebab nak check ramuan dan nutrien makanan.  Rumit? sekarang rumit takpe.  Jangan nti dah sakit, kita lagi rumit. 

Caiyok!