July 27, 2012

Ramadhan 1433H

Sedar tak sedar, pejam celik pejam, buku tutup buka balik.  Sekejap aje dah beralih bulan. Dari Syaaban ke Ramadhan.  Dari setahun yang lepas ke setahun yang baru.  Memang rasanya terlalu cepat masa berubah, minit berjalan saat sederas.  Dari tiada isi, ke zaman mengandung dan sekarang si kecil -ku dah setahun.

Rindu pula nak tengok, akhirnya dapat jua tonton pengumuman ini.

Dulu kami berpuasa berdua sahaja, sekarang masih berdua tapi tak sesepi dulu.  Bangun sahur si kecil pun sibuk nak membantu mummy dia.  Adoiyaai, pukul 4:40 pagi riuh juga rumah kecil aku tu. Belum suara aku menjerit bila si kecil nak membantu sampai ke dapur. Kelakar.  Si besar biasalah melantak dengan tido memanjang.  Aku tak pernah menyesal, cuma adakala tercabar kesabaran aku. Lumrah untuk si-ibu seperti aku. 


Ramadhan kali ini memberikan banyak erti dalam kehidupan baru aku.  Maksud aku kehidupan aku dengan keluarga, anak suami dan Allah.  Aku nak dekatkan diri aku dengan pencipta aku. Allah yang satu.  Buku yang aku buka kali ini kalau boleh tanak aku contengkan dengan dakwat-dakwat kotor.  Insyallah.


Syawal yang akan tiba nanti, aku pastikan adalah syawal yang banyak memberikan impak dalam diri aku sekeluarga.  Tahun ini ramadhan aku memang akan banyak menguji fizikal dan mental aku.  As a mom, aku dah jadi luar dari biasa.  Memasak, bersahur, berbuka, menguruskan rumah, makan minum suami dan sebagai anak kepada kedua orang tua aku yg tidak pernah jemu dengan cucu sorang dia tu.


Puasa kali ini juga amat bermakna sebab ulang tahun kelahiran aku dimalam raya nanti.  mesti syahdu kan. Orang nyanyi lagu harijadi, aku akan dengarkan azan keramat dalam diri aku. Sungguh sayu dan terharu.  Terima kasih, Allah. 

Selamat menyambut ramadhan semua umat islam yang ku-sayangi.

No comments: