June 08, 2012

Kemurungan & Perubahan

Noon again darling ♥,

Hari ini aku spend time dgn si comel kesayangan aku. Of courselah aku tak keje hari ini. Stay rumah tggu sibesar balik keje. Tak sabar. 

Hari ini aku nk share some story. Story perubahan aku dan keazaman aku. Dah 2 months rasanya aku mula berhijab. Niat tu dah lama, mesti org tnya knpa mengambil ms yang lama? sedangkn sptutnya aku dah ptt sedar sejak dulu lg. That's my mistake. Dosa yang aku tnggung rupanya dah byk, tak psti samaada Allah dah ampunkan atau tidak.

First² memsg angan² tu sejak aku mengandung. Tapi selepas berpantang, hati aku semakin tk tenang.  Banyak sgt yang menganggu fkran aku saat tu.  Aku dah disahkan mengalami  " Kemurungan ".  Perubahan secara mendadak myebabkan aku terganggu.  Aku dinasihatkan untuk brjumpa dgn Pakar Kaunseling.
Seteruk itu?
Ye, aku sndiri pun tak sangka.  Kesedihan aku, ketidaktenang aku, gangguan yang aku alami, semuanya berpunca dari emosi aku yang tidak dapat menerima perubahan secara mendadak.  Hubungan aku dengan sibesar, dengan sicomel semuanya salah satu tanda yg aku tidak stabil.

Doktor cakap aku tak stabil, aku harus dirawat.  Aku gila? Aku tak waras?  Apa yang org akn ckp kalau mereka tau?  Jiwa aku tak tenang.  Aku menangis hampir setiap malam.  Aku memang tk pernah tidur sjk aku bersalinkan si comel. Aku jadi seorang yang tlalu perfectionist, tlalu cerewet, tlalu secure, tlalu untrust people.

Ada satu tahap itu, (semasa dalam rawatan) aku hmpir tk pergi keje sebulan. Aku tak mmpu nak memandu sekalipun.  Aku tk mampu menghadap org di tempat kerja. Aku terlalu penat sehingga hampir mengalami kemalangan yang aku rs paling mendebarkan. Aku hmpir melanggar makcik dan anak kecilnya sehingga hampir masuk  ke gaung.  Ini akibat aku tak cukup tidur dan keadaan aku yg sntiasa berdebar. Teruknya aku.

Pelbagai cara keluarga aku cuba nk membantu, sibesar pun tk smpai hati mlihat keadaan aku. Aku dinasihatkn agr menjarakkan hbungan aku dgn si comel.  Hancur hati aku.  Aku sentiasa dipntau.  Ibu mana yg tk sygkn anak?  Ibu mna yg snggup jauh dr anak?  Tp semua itu dah berlalu.  Hampir 5 bulan aku dirawat, aku dh boleh stabilkan diri aku sndiri.  Ubat yg diberikan doktor dah pun tak disentuh.  Aku tk perlu bergantng dgn medicine lg.  Lega. 

Sejak itu, aku sedar.  Itu semua dugaan Allah berikan kp aku untuk buktikan bahawa Dia kasihkan aku, sygkn aku.  Aku leka dgn rezeki yg diberi. Aku lalai. Bersyukur aku tk ikhlas. Bila aku berhijab lembarn baru terbuka dlm diri aku.  Aku belajr utk menghargai segalanya. 

Benar stiap apa yg berlaku ada hikmahnya.  Hnya kita ptut menyedarinya sebelum tlambat.  Allah maha adil.  Dia berikan segalanya yang sebenarnya pnjaman utk kita, tp kita lupa dan leka. Allah tak menghukum terlalu awal, kerana itu sentiasa ada jalan untuk bertaubat.

new life & new vision.

No comments: