November 09, 2011

Penceraian & keadilan

The reason most couples get divorced is not because they get bored with each other. It's because when you're dating, you pretend to be someone you're not.  And there's only so long you can hold that off.


Banyak penceraian dah yang kita dengar sana sini. Baik orang kenamaan, orang kebiasaan ada yang dah tua bangka pun ada.  Memang betul jodoh ajal maut semua nya ditangan Allah.  Tapi sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah untuk kita sentiasa mengelakkan perkara yang tidak elok berlaku.  Penceraiaan sebenarnya banyak memberikan negatif buruk baik untuk kita, anak dan orang sekeliling.  

Bukan semua wanita inginkan title janda sekiranya mereka boleh sentiasa memiliki kebahagiaan dari orang tersayang.  Suami yang sepatutnya menjadi pelindung seharusnya bijak mempertahankan rumahtangga.  Dan seharusnya suamilah yang mendidik isteri agar kedua-duanya dapat memperolehi syurga yang menjadi idaman semua mahkluk. 

Sejak akhir² ini, kita akan dengar banyak cerita tentang isteri yang memohon cerai dan dibawa ke mahkamah.  Dan dari situ banyak tanggapan buruk dilemparkan kepada kaum isteri.  Salahkah mereka? sedangkan semua tak tahu cerita disebalik itu.  Penderaan, pencabulan, keganasan perlukah semua itu kaum isteri menanggungnya? Benar isteri seharuskan menjadi lebih tabah dan sabar. Tapi sampai nyawa tergadai pun harus diperlihatkan semua itu kah? Dimana tanggungjawab suami untuk melindungi kaum wanita? anak kandung sendiri?

Benar si suami ada hak atas lafaz cerai tapi adilkah sekiranya dia menyeksa batin dan jiwa seorang isteri yang taat setia kepadanya? yang sentiasa susah dan senang dengan dia? yang melahirkan zuriatnya tanpa sedikitpun rungutan? Bolehkah dia senang² menyeksa dan menghina isteri itu? Dunia membutakan semuanya.

Suami merungut isterinya buruk, tidak mengancam tapi bukankah semasa bercinta dulu, semuanya indah hingga cakap kalau boleh nak hidup sampai tua sesama. Suami cakap isteri tak pandai masak yang sesedap mengikut trend tapi pernahkah dia buka peti ais dan ke dapur dan lihat apa bahan yang tinggal untuk dimasak? Isteri tetap masakkan makanan untuk santapan si suami walaupun dia sendiri pun mengikat perut takut sekiranya dia makan, makanan akan habis. Runggutan tidak berhenti disitu, katanya pula isteri pemalas bila si suami mengarahkan isteri mengambil minuman untuk dia sedangkan minuman sudah tersedia tapi jauh darinya tak sampai 6 tapak. Layakkah suami dipanggil khalifah dan benarkah dia mampu menjadi pembimbing? Layakkah? 

Happiest couples in the world, never have the same ‘NATURE’.
They just have the best ‘UNDERSTANDING, of their ‘DIFFERENCES’

No comments: