October 18, 2011

A N A K

Berita semalam memang menyentapkan hati aku seorang ibu.  Berita mengisahkan tentang budak berusia 2 thn yang dilanggar oleh 2 kenderaan dan tiada siapa mengendahkan oleh sesiapa even orang disekeliling. JAHANAM! Hati aku macam dirobek². Jiwa aku hancur tengok video yang dipaparkan di TV3 semalam [17 Oktober 2011]. Terasa ngilu sangat perut aku. Kepala otak aku terbayangkan sekiranya terjadi pada anak aku sendiri.
Ya Allah, butakah mata mereka? atau buta hati mereka? tubuh manusia yang terkulai ada rupa seperti patung ke? Ya Allah, inikah dinamakan akhir zaman? Zaman yang manusia tidak tahu lagi erti perikemanusiaan? Zaman yang manusia tidak dapat merasakan belas kasihan? Hanya melihat tidak membantu? Ya Allah, apakah dosa kanak² tersebut? atau salah kerana terlepas pandangan ibubapanya? Banyak soalan menghantui kepala otak aku tapi manalah aku mampu menjawab sebab aku tak sanggup.

Mungkin patut Allah menurunkan bala kepada yang mengingkari arahannya. Kerana satu saja alasannya : Kerana Allah mampu. Allah berhak. Allah berkuasa atas segalanya. Bila kejadian macam gini berlaku, sebenarnya ianya membuka mata banyak pihak. Tidak terkecuali diri aku sendiri untuk lebih berhati².  Sebagai ibubapa memang patut kita banyak bersama anak².  Allah memberikan kita amanah, kitalah yang patut menjaga seperti nyawa kita sendiri. Jgn leka, tidak boleh terabai, tiada alasan terlupa sebab seblm kita mendapat rezeki dari Allah, kita merayu, menangis, menyesal tapi mengapa setelah diberikan rezeki yg diamanahkan untuk kita. Kita biarkan begitu saja?

Seperti biasa manusia mudah TERlupa. Manusia mudah TERlalai.

Berita kedua yang menyentap aku, bayi baru lahir dikelar oleh ibunya sendiri setelah dia mengandungkan anaknya sendiri mengapa perlu berkelakuan sedemikian? apa salah dia? apa salah bayi itu? Dia hanya hadir kerana kamu menginginkan bahagia dan seronok dan dia hanya ingin menumpang setelah dia dilahirkan. Ya Allah, kau berikanlah anak kepada pasangan yang memerlukan anak. Aku kasihan melihat mereka namun begitu aku tahu segalanya Engkau telah tuliskan yang terbaik untuk mereka.

Aminn..


October 10, 2011

Senyap & airmata

Menjerit dalam hati. ...... . Menjerit sekuat hati. ArgggHHHHHH! Dunia kejam, manusia kejam. Hati aku tak tenteram. Kenapa? Ya Allah, aku dah cuba nak lari dah cuba nak sembunyi tapi tak tahu nak lari mana, nak sembunyi kat mana. Hati macam kena robek². 

Sebenarnya aku dalam emosi yang tak keruan, yang masih samar². Sebabnya aku sendiri tak tahu kenapa dgn aku.  Memang aku ada masalah, masalah yang sukar untuk aku atasi. Aku stress! Ye aku dalam emosi tak stabil. Gila? Lantaklah orang nk fikir aku apa. Gila ke, tak siuman ke lantak koranglah. Ini diri aku, itu yang aku luahkan sekrg neh. 

Aku ingat aku mampu atasinya seorang.  Aku tak perlukan bantuan, aku tak perlukan simpati, aku tak perlu sesi luahan perasaan.  Tapi bila dipendam, hati aku makin sakit. Bila didiamkan, makin menjadi. Bila menangis sorang² terasa macam sebak dan tk boleh nk berhenti. Kenapa ye? Teramat sakit ke tu?