September 20, 2011

Terapi atau hanya ujian?

Argh! Geramnya. Menyampah pun ada. Benci pun ada. Sedih pun ada.
Semuanya ada sebab perkara ini memang bebetul buat aku sentap. Aku kecil hati sangat.
Hal kecil sebenarnya tapi bila sering berulang, hal kecil pun boleh jadi tajam sampai cucuk hati woo.
Memang betul kerana mulut badan binasa, kerana mulut perceraian pun boleh jadi & kerana mulut gak segalanya boleh musnah.  Tapi hal sekarang neh, kerana perangai pun boleh jadi gaduh. Bila dah gaduh semua hal pun boleh berlaku. Tak kiralah kita neh penyabar gile babi ke, pemurah ke, beriman ke. Waaa!

Betul sangat orang kata bila dah jadi ibu, banyak perkara kita akan utamakan tapi hal itu mesti bersangkut paut dengan anak.  Hal anak, mesti punya ibu yang akan buat kerja lebih. Macam aku, bukan aku mengungkit aku buat keje, orang lain tidak tapi aku sedih kerana aku tak dapat any co-operate from him. Why? Alasan dia : Saya baru balik kerja. atau saya penat sebab naik motorsikal. Dan soalan dari aku : orang lain tak kerja ke? orang lain tak penat ke?.


Sekarang neh, aku banyak habiskan masa aku didalam kereta dan jalan raya dan juga anak.  Sebabnya jarak dan mungkin keutamaan aku banyak pada anak.  Aku tak nafikan semua orang ada tanggungjawab masing².  Aku tidak menidakkan cuba aku kesal kerana aku seakan terasa banyak bebanan. Bukan anak sebagai bebanan tapi hal lain.

Pergaduhan memang akan berlaku lelebih agi dalam perkahwinan.  Aku sedih sebab dia dah kata : Lepas ini, awak handle anak sendiri. Sebab awak lebih tahu.  Pada aku, anak bukan masalah kami.  Masalah kami kerana kami tidak seperti dulu.  Kami dah tak semesra dulu.  Kami tak senakal dulu. Kami tidak serapat dulu.  Kawan baik aku hanya anak, teman sekatil aku adalah anak.  Memang betul, aku lebihkan anak.  Tapi salahkah? Aku yang melahirkan, aku yang bertarung ujian itu, aku yang mengandungkan dia bawa dia ke hulu & hilir. Salahkah aku utamakan dia?

Mungkin kami tidak ada persefahaman sejak akhir² ini, tapi aku usaha untuk dekatkan diri dengan dia. Aku tak pernah salahkan dia atau sesiapa.  Adakalanya aku fikirkan puncanya.  Aku cuba untuk ubahkan keadaan tapi tatau mana silapnya. Hati aku tergerak fikirkan bahagiakah dia dengan aku sekarang? bahagiakah dia dengan anak kami sekarang? 

 
Mungkin kami memerlukan ruang untuk bersama, menenangkan fikiran.  Aku rasa percutian bersama adalah jawapannya.  Selalunya terapi seakan itu menjadi pada kami.  Aku akan cuba, mencari ruang bersama. 

Ya Allah, selamatkan rumahtangga kami. Kau berikanlah kami ruang dan limpahkan rezeki dan kebahagiaan dalam hidup kami. Aminn

5 comments:

dh0bitSyahdu said...

be str0ng dear c0z i n0e u r~

dh0bitSyahdu said...

be str0ng mydear..c0z i n0e u will..~huggss

I'm small mummy :) said...

Thanks bit. Aku pn sedih sebnarnya nk bca byk kali post yg ini. Tk suke!

Misz NuyUL said...

Sabar kecik, ini dugaan smua.. mgkin btul ko ckp korang kene gi holiday, dua2 free dri bebanan kerja.. hope korang happy slalu, strong tw.. be a gud wife n mama..

I'm small mummy :) said...

Nuyul : thanks for your advice. Mmg pn kami perlu ber-meeting sesama sndiri. Ntilah kami akan pertimbangkan hal kami.