September 04, 2011

Selamat Untuk Beraya

Selamat Hari Raya Semua Pembaca.  Rasanya masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya neh.  Dan aku ingin pohon keampunan dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki sekiranya ada tersilap cara dan terkasar bahasa sepanjang anda semua membaca blog kesayangan aku neh.
Selamat Hari Raya Aidilfitri MZB dari Kami Sekeluarga.
Sekarang ini dah raya ke-6, meriah raya kali ini hanya kerana aku bersama encik besar dan sofia.  Iyalah tahun ini kami beraya bertiga berbanding tahun lepas aku beraya berdua sahaja.  Seronok pun kerana aku boleh kutipkan duit raya untuk sofia.  Tapi aku tengok encik besar yang lebih sebenarnya.  Kelakar tau.  Kalau dulu kami menghulur sekarang menghulur dan boleh menerima tapi untuk collection sofia lah.

Tahun ini oleh kerana aku masih dalam cuti bersalin jadi agak seronok la aku, penat tu pun kerana melayan anak lagi, mengemas rumah lagi, bantu mama dan ayah lagi.  Seriously, I'm happy for that.  Walaupun masih bercuti, aku rasa buhsan semacam.  Mana ketidaknya, cuti hampir 3 bulan dan aku hanya duduk rumah jep.  Berpantang dan berpuasa selang sehari dengan tidak.  Jangan salah faham tau,itu kerana aku masih meyusukan sofia.

Balik kampung itu satu kemestian bagi keluarga kami setiap kali Raya Aidilfitri.  Tahun ini, kami sekeluarga balik ke Simpang Lima, Batu Pahat pada raya pertama.  Kemudian raya kedua kami bergerak ke Tenglu, Mersing pula. Kami tidak lama di kampung, kerana giliran encik besar pula beraya di Cahaya Baru,Masai pada raya ketiga.  Penat jugalah sofia itu yang merengek saja.  Penat berjalan dan beraya. Kesian juga aku pada dia.

Tak lama lagi aku dah naik kerja, namun aku masih bingung memikirkan tentang pengasuh anak kami.  Aku masih belum jumpa pengasuh yang sesuai.  Bukan kerana aku memilih sangat tapi aku harus memikirkan banyak perkara tentang penjagaan sofia nanti.  Itulah puteri pertama kami, itulah nyawa kami. Tak salahkan kalau aku sedikit cerewet? Tataula pada orang lain, pada aku penjagaan anak kami amatlah aku pentingkan.  Semuanya kerana aku risau dengan berita yang membabitkan pengasuh mendera anak kecil, pusat jagaan yang tak bertauliah, dengan kes rogol lagi. Adoooi pening kepala aku.

P/s : Sekiranya ada yang berminat memberikan pandangan silakanlah.  Amatlah dialu-alukan.

No comments: