September 26, 2011

Majlis Aqiqah dan Marhaban Sofia Masturina

26 syawal bersamaan dengan  24 September 2011.
Majlis Aqiqah dan Marhaban di adakan untuk Sofia Masturina. Dah 2 bulan setengah pun dia. Tak lama lagi dah cecah 3 bulan usianya.  Pejam celik, pejam celik cepatnya masa berlalu.  Tapi aku tak pernah lagi jemu nak melayan karenah sikecil tu.  Kalau tak jumpa lagilah demam aku rasanya. Hati tak senang kalau jejauh dengan dia.

Majlis hari itu planningnya nak buat kecil²-an jep, tau jep lah ekonomi sekarang tak menentu.  Tapi bila ayah dah cakap buat dengan marhaban sekali rasanya tak ada kecil²-an rasanya. Kena berhabis juga.  Kambing seekor saja dah cecah RM800/ekor. Adoiyai!  Bako duit rasanya tapi tak mengapa niat kami untuk bersedekah dan berkongsi makan sekali. Harapnya murahlah rezeki kami selepas ini. Insyallah.

Tema kami malam tu, pink putih.  Bila dah anak perempuan pink tu memang tak boleh lari. [Even actually I'm not pink-fan] :) Kalau anak lelaki color apa agaknya ye?  Jemputan tak ramai dalam sekitar 300oranglah.  Cuma tak pasti yang datang tu lebih atau kurang. Alhamdulilah nasib baik makanan cukup dan tidak membazir.  

Kesian tengok sofia malam tu, penat agaknya dia melayan tetamu sampai demam² dia. Letih sangat agaknya meragam tak boleh tidur malam kami semua. Mana tidaknya, orang sana pegang dia, orang sini pegang dia. Alahaaai, anak mummy kesian dia. :(  Tak mengapalah, insyallah kalau diizin Allah sembuhlah dia nanti. 

Ini gambar yang sempat dishoot malam tersebut :

Sekecil-kuh yang bagaikan princess.
Senyap jep dia orang potong rambut dia. :)

Atuk dia yang beriya.
Cukur rambut : Botak anak mummy (:

No comments: