August 02, 2011

Ramadhan diri

Ramadhan Di Tahun 2011

Tahun ini adalah tahun yang dinantikan oleh kami.  Tahun yang baru untuk kami bukan kerana kami sudah bersuami isteri, tapi kerana status kami sebagai NEW PARENT.  New mummy and new daddy.  Still can't believed it. But that's true! Me as mummy and Encik besar as a daddy.  Imagine after months we tried, and Allah makbulkan doa kami.  Allah tahu bila masa sesuai untuk kami, dan bila yang tidak. 

Ramadhan kali ini, aku dalam berpantang.  Mungkin puasa aku tidak memberangsangkan tapi aku akan cuba jalani ibadah puasa dengan sebaiknya.  Cuma antara penuh atau tidak saja.  Tahun ini, puasa dan raya aku jalani di rumah mama dan ayah.  Sebabnya aku tengah berpantang.  Tapi ada baiknya aku disini, mama dan ayah tidaklah rasa buhsan bersahur dan berbuka bertiga. 

Raya untuk tahun ini kami memang sudah ada perancangan sendiri.  Balik kampung mana dulu, malam raya dimana semuanya kami telah bincangkan.  Memang masih awal, tapi bagi mengelakkan kekeliruan seharusnya dibincangkan dulu.  Aku suka segalanya berjalan mengikut perancangan, ianya bagus.  Iyalah, sekarang pun aku dah bertiga.  Semuanya harus aku fikirkan.  Encik besar lagi, sofia lagi belum masuk untuk diri sendiri lagi.

Bila segalanya sudah mencukupi, tetiba aku terasa seperti merindui sesuatu.  Semangat Hari Raya itu sendiri.  Aku dah tak semangat macam dulu.  Aku dah tak rasa happy macam dulu.  Aku dah lupa erti perayaan itu.  Banyak perkara aku elakkan, itu dan ini.  Semuanya kerana ada rasa kebencian dalam diri aku.  Tentang apa?  takperlu lah diberitahu kerana itulah rahsia hati aku.

Diharap ramadhan tahun ini memberikan aku segalanya aku dambakan.  Keredhaan, ketenangan dan kemaafan.  Aku perlu kuat dan teguh. Insyallah.

No comments: