August 10, 2011

Permintaan jiwa

Macam tak percaya, sudah sebelas hari berlalu di bulan ramadhan neh.  Pejam celik bukak mata tutup mata, boleh kira berapa hari lagi aidilfitri akan menjelma.  Alhamdulilah, sepanjang ramadhan ini, aku sekeluarga dapat laluinya dengan tenang.  Macam aku neh, kuranglah sikit puasanya sebab menyusukan sofia dan aku masih dalam pantang. Bukan alasan, tapi aku harus fikirkan kesihatan sofia dan diri aku sendiri. Lagipun, encik besar tak galakkan aku untuk puasa penuh tahun ini kerana dia pentingkan kesihatan aku dan sofia yang memerlukan susu yang banyak.

Aku sentiasa dan tidak pernah putus harapan agar ramadhan dan hari raya tahun ini mendatangkan seribu rezeki dan keajaiban raya itu sendiri.  Excited memang excited sangat kerana aku ingin merasa bagaimana raya kami bersama sofia.  Tahun lepas aku dah merasa raya bersama encik besar dan tahun ini kebahagiaan bertambah untuk aku dan encik besar begitu juga atuk dan nenek sofia sendiri. 

Puasa yang kesepuluh saja, aku dah semangat download semua lagu raya tak kira yang baru dan lama.  Terasa sedih pun ada bila tak sengaja aku terdengar takbir raya.  Adoi, syahdunya.  Tipu kalau orang kata takbir raya tidak mensyahdukan.  Tak kira berapa kali aku mendengarnya, hati aku dan airmata aku tak pernah kering.  Tanda keinsafan mungkin, atau kerinduan.  Rindukan siapa? hmm.. rindukan sesorang yang tidak sempat bersama merayakan hari bahagia bersama kita.


Kalau bercerita tentang rindu, mungkin kerinduan aku tidak sehebat rindunya encik besar dengan seseorang yang dia amat memerlukan.  Lagi² saat dia sudah punyai aku dan sofia. Seorang insan yang bernama IBU.  Setiap tahun aku tahu, encik besar menahan kesedihan.  Ya Allah, mungkin aku bukan wanita yang baik untuk encik besar namun sekiranya aku dapat ubat segala kepedihan dia, nyawa pun sanggup aku berikan. 
Bukan kami tidak cuba mencari, namun benar Allah mungkin dah tuliskan perjalanan hidup encik besar.  Ajal maut dan jodoh segalanya ditangan dia.  Aku tidak pernah putus asa untuk memberikan sokongan pada encik besar.  Tidak pernah pun aku menyuruh encik besar melupakan apa yang dah berlaku.  Aku sendiri ingin sangat merasai pelukan ibu mertua.


Ya Allah, sekiranya aku mampu memohon permintaan aku ingin Ibu mertuaku dipertemukan, walaupun hanya seketika dalam hayatnya bagi kami berkongsi bersama kebahagiaan kami ini.  Andai maut sudah kau tentukan untuk nya, kau bawalah kami dikuburannya agar dapat kami sentiasa menziarahinya. Andai ada dosa yang telah dia lakukan sehingga tidak dapat dimaafkan, aku percaya anaknya yang seorang ini tidak pernah melihat itu sebagai dosa ibu kepada anak, tapi adalah salah satu perbuatan yang tidak disengajakan. Diharap ya allah, yang maha pengasih, yang maha mengetahui kau makbulkanlah doa seorang wanita untuk lelakinya, seorang ibu yang mewakili anaknya, seorang isteri yang ingin membahagiakan suaminya. Aminn.

No comments: