August 21, 2011

Nothing means - ZERO

18hb Ogos! Yes supposed is my best day for this year.


Aku pun sebenarnya tak excited pun nak celebrate tarikh neh.  Tahun dan usia akan sentiasa bertambah, pengalaman hidup pun semakin lama semakin berbeza.  Ada pahit dan ada manis.  Untuk tahun ini ada pahit dan kemanisan yang aku telah rasai, dan itu yang membuatkan aku semakin matang untuk jalani tahun 2011.  Umur aku dah bertambah angka ke -25.  Aku bangga dengan pertambahan.  Sebab itu menandakan yang aku semakin lama semakin berhak untuk terus hidup dan bahagia.

Encik besar pagi² time start hari 18hb jep dah sakitkan hati aku. Kecil hati memang ada, tapi tak ada lah makan dalam. Just feel ignored by someone that we love.  Maybe kita terlampau mengharapkan sesuatu yang happy that day, but actually is nothing.  Bukan aku harapkan hadiah yang bermegah dan GAH. Pada hari tu plak, aku demam tak sihatnya jangan dicerita tentang tidur memang tak cukup tapi encik besar? Entah, man still man. They always can't understand and is hard to explain what woman want. Sigh! 


No celebration, no party, no present, just wish. Thank's god.  Nasib baik mereka ingat tarikh tu. Itu pun sebab dalam fb dah ada notis & dah ada alarm kt hp. :(  Merungut?  Kenapa aku tak boleh rasa macam gitu? salah ke?  pada aku itulah satu²nya tarikh yang menandakan kita hidup dan mana tau itulah tarikh kematian kita. 

Tapi sebenarnya ada perkara yang ingin aku share, pada hari tersebut, memang aku sedey dengan perangai encik besar dan sekalian yang penting dalam hidup aku.  Tapi sofia macam faham isihati aku.  Masa aku berbual dengan sofia entah kenapa aku rasa sebak sangat dan tak sengaja aku menitis airmata, tangan sofia yang kecil molek tu sapu airmata aku. Bukan sekali tapi berkali² airmata aku mengalir, itulah juga dia menyeka airmata aku.  Ya Allah, anak sekecil itu faham aku? faham perasaan ibunya? tapi bagaimana? Sedangkan dia masih kecil? Mungkin dia mengerti? 

Memang aku sedih bila fikirkan kenapa aku boleh dan mereka tidak? kenapa aku sanggup begitu dan begini dan mereka tidak?  Arggh, mungkin aku tak sepatutnya memikirkan hal sedemikian, nanti timbul rasa tidak keikhlasan, timbul rasa marah, timbul rasa jengkel.  Just forget it and move on.  If you feel lonely think again, you have someone love you, your daughter. Sofia Masturina

Enough! Past is past.  Tak perlu diingatkan.  Simpan saja dalam hati dan luputkan semuanya perlahan².  Mana tahu bila ianya hilang hati akan pulih. Mana tahu bila kita lupa, kita akan senang.  Mana tahu bila kita simpan, bila ianya timbul kitakan jadikannya sebagai pengajaran dan peringatan.  Kita mungkin mampu untuk bahagiakan orang sekeliling tapi mungkin orang lain tidak seperti kita.  Aku sepatutnya lebih tahu tentang itu.  Aku kan dah semakin matang, seorang ibu hatinya semakin sensitif dan sebagai isteri suami sentiasa betul tentang segalanya.  Salah caranya, salah jugalah kita.  Salah setiap perbuatannya, salah jugalah kita.  Kita betulkan mana yang mampu dan kita terima apa yang diberi dan kita simpan sajalah setiap caranya yang menyakitkan hati.

Pada aku, hadiah yang paling indah adalah pengajaran.  Hadiah yang paling bermakna bila Allah berikan aku malaikat kecil untuk membahagiakan aku.  Hadiah yang paling penting ingatan aku pada yang SATU.  Mungkin aku hanya dapat ucapan harijadi yang tidak berapa aku dengar kerana dia penat dan mengantuk sebab kononnya penat memandu. Tapi alhamdulilah pada semua yang mengingati dan ucapan harijadi paling banyak aku dapat pada tahun ini. 

No comments: