August 02, 2011

Ke-tik tok, ke-tik tok

♥ Celebration for 1 month, Sofia Masturina ♥

Pejam celik, pejam celik dah sebulan pun anak aku sorang neh. Bila dah sebulan, macam² perancangan masa depan aku dah fikir.  Belum lagi bab raya akan datang neh, study dia, simpanan kewangan dia. Wah! sungguh masa depan kan aku neh.  

Haruslah!

Sebagai seorang ibu, apa saja untuk kebaikan anak dia akan fikir.  Kalau sekarang baru bab 1, ibu akan melangkau sampai ke bab 10 tau.  Sungguh jauh pemikirannya kan? kan?
Tak pelik lah.  Semua ibu² didunia ini akan buat perkara yang sama seperti aku.  Jadi tak peliklah aku neh kalau aku buat untuk my sofia.

Ramai sedara mara, sepupu sepapat dah datang rumah tengok sofia.  Ada yang kata acuan kami neh lebih kepada akulah, kepada encik besarlah.  Macam² telahan dorang.  Tak mengapa yang penting, ANAK KAMI.  Alhamdulilah kesihatan dia pun dah bertambah baik, cuma mumur susu dan gegatal datang dan pergi sebabnya pun dia breast-feeding. 


Kebuhsanan aku duduk kat rumah dah mula kemuncak, mana tidaknya aku semakin nak mengamuk jep.  Buhsan doh stay kat rumah tak boleh berjalan keluar, berpantang makan, pantang jalan, pantang segalanya.  Menangis pun dah tak guna, nama pun berpantang kan? itulah orang akan cakap.  Sumpah! badan aku sakit duduk kat rumah tak berjalan kat luar.  Aku kan memang aktif so, duduk kat rumah bukan pilihan utama aku.
Terasa macam nak pergi office.! Rindunya nak naik kerja. Tolong!


No comments: