July 27, 2011

Pertambahan angkamu


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Ayah dan Fika
Allah selamatkan kamu

Happy Birthday To You My dear dad and little sista.

Bertambah juga usia dorang pada 23hb Julai (Fika) dan 27hb Julai (Ayah). Siapa sangka tahun ini, fika dah ditabalkan menjadi aunty usu and my dad a.k.a now is Aki. hehe. Dengan adanya Sofia mereka semua nampaknya macam dah tua. Ramai lagi makcik dan pakcik aku dah jadi atuk dengan sengajanya. :) Sofia lahir dorang semua kena tukar panggilanlah.

Semalam pada 27hb Julai, aku dan family adakan jamuan makan kecil². Iyelah untuk sambutan harijadi mereka. Maaflah semua, tahun ini akak hanya hadiahkan kek dan cupcakes saja.  Sebab akak tak larat nak berjalan cari hadiah.  Fika, tunggu rayalah ye. Ayah pun sama gak. Nanti akak dah kuat sikit, sofia tolong pilihkan hadiahnya. Itupun kalau dia tak membuta. haha. :p

July 20, 2011

Hari ke - 20

Hey blogger! Happy, happy and happy day. 
Hari ini dah hari ke - 20 aku berpantang dan usia sofia pun dah menjangkau 20 hari. But still weird tak ada nurse datang melawat anak aku. Kenapa ye? Sepatutnya KK Tiram yang menjaga kami.  That's ok, next month aku akan terus ke KKIA, Kota Tinggi lagi bagus.  Layanannya memang tip top! 

Pelik dengan staff nurse sekarang, untuk apa mereka berkerja sebagai nurse sekiranya ramai yang mengadu macam² pasal nurse.  Bukan untuk mencari salah, tapi cara mereka berkerja tidak seperti yang digambarkan oleh Kementerian.  Memalukan sungguh.

Mereka berkerja kerana gaji yang mereka cari atau kerana minat mereka untuk menjaga kesihatan pesakit?  Bukan aku maksudkan semua nurse begitu, tapi mereka harus meletakkan pesakit adalah seperti pelanggan mereka.  Itu yang dipratikkan oleh nurse dari klinik dan hospital swasta.  Aku salute dengan cara nurse swasta, kerana mereka dibayar kerana services.  Buruk services diberikan, buruk juga pendapatan mereka.  Tapi nurse di goverment lemak sangat, mereka tahu buruk ke baik ke layanan dorang kasi mereka tetap dapat gaji setiap bulan.  Teruk kan? Arggh..

Aku fikir 23hb Julai ini nak buat Majlis Aqiqah untuk Sofia tapi orang semua sedang sibuk di bulan Syaaban jadi terpaksalah aku tangguhkan dulu.  Mungkin akan dibuat pada bulan Syawal nanti.  Sofia pada pandangan aku dah semakin sihat, cuma masih mnntah² lagi tapi tidak sekerap dulu.  Aku dah semakin sihat dan kuat untuk jaga sofia.  Sofia pun dan semakin pandai dan manja dengan mummy dia. : ).  Kesian aku lihat sofia.  Dia masih kecil tapi dia kerap sakit.  Kalaulah boleh aku tukarkan tempat dia, aku tak kisah berapa kali sakit pun bakal aku hadapi.  Demi anak.

Sekarang aku dah rasa bagaimana ada anak.  Membesarkannya nampak mudah, tapi sebenarnya kerana anak kita sanggup buat apa saja.  Melihat wajah anak buat kita rasa puas dengan apa yang kita dah hadapi.  Sayu sangat bila kita tahu ramai yang tak sayangkan anak mereka.  Aku sekarang sensitif sangat, tengok anak nangis aku pun nak ikut nangis.  Anak sakit, aku nangis.  Anak ketawa dan senyum aku pun begitu.  Ya allah! Demi tuhan aku mengharapkan dapat melihat anak aku membesar di hadapan mata aku sendiri.

Khas buat Aki dan Nenda Sofia :
Terima kasih bebanyak pada mama dan ayah kerana banyak membantu akak dan sofia.  Membesarkan sofia bukan perkara yang mudah, jadi tunjuk ajar dari mama dan ayah satu penghargaan yang tidak tergambar.  Andai ada nyawa kedua, akak berikan kepada mama dan ayah kerana andai satu hari nanti akak tidak panjang umur..mama dan ayahlah tempat sofia mengadu selain encik besar.  Sepanjang berpantang ini, akak lihat ayah dan mama tidak berhenti membantu, memasak, mengemas, mengajar kami suami isteri bagaimana untuk handle sofia.  Semasa akak tidak berdaya mamalah tempat akak mengadu.  Terima kasih sangat.

Kepada Wak Nora dan Wak Leman :
Ribuan terima kasih juga kerana sanggup bantu saya semasa mama dan ayah berkerja. Encik besar juga berasa terhutang budi sesangat.  Dari Kota Tinggi sanggup wak nora datang ke rumah untuk jaga saya dan sofia. Sampaikan sofia terasa ada 2 orang nenda pula. :) 


Banyak pengajaran aku dapat sepanjang berpantang.  Kena kuatkan semangat dan jangan berputus asa.  Keep smiling! 

 

July 17, 2011

Permata & Berlian ♥

Wah! 2 Julai 2011 adalah hari yang penuh bermakna dan penuh debaran untuk aku dan encik besar.  Dengan izin Allah, aku dan encik besar akhirnya dapat apa yang kami tunggu selama ini.  Ini ceritanya :

1 Julai 2011 bersamaan dengan hari jumaat, petang itu encik besar ajak aku keluar dating, aku yang sememangnya buhsan dekat sebulan hanya di rumah suka hati bila diajak keluar.  Pada mulanya ingat encik besar just nak ajak keluar makan saja, rupanya dia berhajat nak watch muvee.  Aku pun tak kisah gak sebab dah lama bebenar rasanya nak watch muvee. Lepas maghrib kami keluar gerak terus ke CS tengok "Transformer 3". 

Memang petang itu hati aku memang tak sedap jep.  Tapi kerana ikutkan kepala encik besar aku ikutkan. Dalam wayang pun, aku dah rasa tak sedap jep.  Perut memulas lain macam ajep. Lepas muvee, aku ajak encik besar makan tomyam.  Itu lah makanan last yang aku mengidam bebenar. Tak sempat encik besar nak perhabiskan tomyam aku dah mintak gerak balik, aku dah sakit perut sangat.

Dalam pukul 12.45am perut aku dah mula meragam dan aku dah tak senang nak baring, duduk. Jadi menongek jep lah aku boleh buat. Aku mula kira berapa lama aku sakit. Wah! 5 minit sekali aku dah mula, jadi aku kejutkan encik besar. Adoooooi! encik besar buat perangai pulak, tido mati! Apa lagi aku, menjerit lah marah. Geram rasanya. Dahlah tengah sakit, dia boleh sedap tido. Sakit sampai pukul 3 am tak sudah². Encik besar paksa aku pergi Hospital tapi aku pula yang tanak.  Aku fikir ianya akan hilang pagi nanti. Sampai ke sudah tak hilang².  Tepat pukul 6am aku gerak balik encik besar yang dah tido balik tu pergi ke hospital. 

Pukul 7 am aku dah masuk bilik saringan, 4cm dah buka : kata doktor pelatih lelaki.  Entah kenapa hati aku bukan lagi rasa risau, tapi gembira.  Pukul 7:30am aku dibawa masuk ke LR.  Aku tunggu encik besar masuk untuk sokongan.  Aku pasti aku perlukan encik besar, tiada siapa yang aku perlukan waktu itu, selain Allah dan encik besar.  Bagi aku biarlah aku share that moment together. 6cm dah buka laluan pada pukul 10am.  Pada itu Allah saja yang tahu, gesa sakit aku macamana.  Hanya nama Allah saja meniti di mulut aku.  Hidup dan mati hanya satu saja yang aku fikirkan.  Benar kata orang, sakitnya tidak akan ada gambaran untuk dinyatakan.  Ianya hanya kita sebagai ibu saja yang merasa.  Sepanjang masa menunggu bukaan lebih besar, encik besar berikan aku air.  Kerana aku kurang air dan aku seakan sesak nafas.  Bibir aku semakin kering dan aku pun dah tercungap² ditambahkan lagi dengan sakit aku yang tak kurang².

11:30am ; 7 cm sudah dibuka.  Injection yang diberikan oleh staff nurse bagi aku tak berkesan langsung.  Aku mengalami masalah sebab aku tak sihat waktu itu.  Nafas aku kurang memberangsangkan. Aku ada minta bius setengah badan tapi nurse cakap bahaya untuk aku.  Sebab aku kemungkinan akan ada pendarahan nanti. 
Waktu yang ada ini juga aku tak habis² mohon maaf pada encik besar.  Sedih sangat rasanya, mengalir airmata aku bila aku cakap aku sayangkan dia dan aku mohon dia jangan tinggalkan aku walau teruknya aku sekalipun. Bayangkan babak airmata itulah saat yang paling sedih aku rasakan.  Aku pesan pada dia cakap pada mama dan ayah yang aku sayangkan mereka dan mohon mereka juga maafkan aku.  Aku boleh pula pesan pada encik besar " sekiranya kelahiran ini berjaya untuk anak kita, namun tidak pada sayang.  Tolong janji jaga anak kita dan didik dia sepertimana yang kita harapkan ".  Encik besar marahkan aku sebab cakap bebukan.  Tapi itulah yang kita akan fikirkan waktu getir macam gini.

12:15pm ; 8 orang doktor pelatih masuk LB bersama nurse yang lain. Bukaan dah hampir 8cm.  Ya allah! Jeritlah sekuatmana pun tak mungkin hilang kesakitan tu.  Akhirnya perasaan untuk meneran itu datang sendiri.  Tak payah ceritalah macamana cemasnya situasi waktu itu.  Hanya berserah saja yang mampu aku buat.  Aku tahu waktunya dah tiba.  Waktu yang aku harus kuatkan diri dan semangat aku untuk sesuatu yang berharga buat kami.  Kelahiran yang dinantikan.

1:40pm ; Setelah bertarung nyawa dan segalanya.  Itulah saat yang Allah berikan kepada aku dan encik besar paling berharga.  Permata dan berlian yang kami nyatakan lahir di dunia dengan cukup sempurna. Kata doktor  bukaan aku tak sampai 10cm pun. Alhamdulilah itu saja yang mampu aku suarakan.  Kesyukuran dengan airmata sudah cukup aku lihat dimata encik besar.  Aku bangga aku mampu lakukan walaupun bergadai nyawa sekalipun. Pertama sekali yang aku nampak adalah matanya. Mata dia yang besar dan galak. :)  Mukanya seiras encik besar.



2:00pm ; Saat melahirkan sudah lepas.  Sekarang saat untuk menjahit luka.  Aku ada masalah pendarahan selepas kelahirkan.  Sudahlah lemah melahirkan tak habis lagi, lepas tu pendarahan teruk pula. Ya allah. Selamatkan aku agar aku dapat bersama dengan permata kami. Pengalaman pertama aku ini boleh aku gambarkan pengalaman yang menakutkan juga. Bukan untuk kelahiran tapi selepas kelahiran.  Mana ke tidaknya, aku di jahit oleh 4 orang dengan 4 kali jahitan.  Menakutkan bukan? Itu yang aku alaminya.  Sampaikan aku dah tak bermaya sungguh, kerana aku dah kehilangan darah banyak.

4:15pm ; Akhirnya tamat seksaan aku setelah hadapi saat untuk DIJAHITKAN oleh doktor pelatih.  Bayi diberikan pada aku [walaupun untuk anak aku dah lambat], dan penyusuan pertama aku berikan dengan hati yang sangat gusar sebab aku takut tiada susu. Alhamdulilah walaupun tidak banyak, aku mampu berikan sedikit.

Tak lama pun aku di hospital cuma 2 hari jep. Sebab aku bersalin normal, jadinya tak ada masalah teruk cuma aku sakit ambil masa yang lama untuk sembuh.  Hingga ke 16 hari ini pun belum sembuh sepenuhnya. Lama kan? Sebabnya ..

Hari ke-3, anak di sahkan menghidap sakit demam kuning. Ya ampun, ada dugaan lagi ke? Encik besar kuatkan semangat aku, dia cakap sakit itu adalah normal untuk baby yang kurang susu. Dia dibawa ke KK untuk rawatan susulan.  Yang menyedihkan dia tak normal untuk umurnya. Bacaan kuningnya tinggi, setinggi 16.6. Dia dibawa ke ER dan dimasukkan ke NICU setelah didapati bacaan meningkat ke 19.8.  Terkejut juga aku, secepat itu peningkatan kuningnya?  Salah akukah?  Adakah susu aku tidak kena dengan dia?  Pelbagai soalan dapat kepala otak aku.  Sampai ada masanya tekanan itu terpaksa aku lemparkan pada encik besar.  Tapi nasib baik encik besar memahami keadaan aku.  Kesian dia. Selama 3 hari dia disana dan aku menjaganya, walaupun aku sendiri pun tak kuat lagi.  Tak mengapa sayang, demi anak.

Sepanjang disana, airmata tak pernah berhenti. Mengalir jep. Anak menangis, aku pun menangis.  Siapa sanggup tengok anak yang berusia 4 hari di cucuk ambil darah hampir setiap masa, dibogelkan untuk cahaya biru, dipaksa minum susu hampir tercekik.  Itu belum muntah berketul².  Mana aku tak menangis. Difikirkan boleh meroyan juga aku. Encik besar banyak ingatkan aku, yang aku kena kuat kalau aku nak anak aku sihat.  Tapi demi allah, sekiranya aku mampu ubah tempatnya aku sanggup.  Ibu mana sanggup tengok anaknya sakit, itu belum lagi sekiranya dia tidak tidur, muntah lagi. Adooi.



Hari ke-6 kami dibenarkan keluar, encik besar paling gembira aku tengok.  Dia paling risau, dia paling bersusah untuk kami.  Kesian aku tengok encik besar.  Dialah lelaki paling bertanggungjawab aku pernah ada. Berhabis masa, duit dan waktu tidurnya untuk kami. Betul juga kata orang, lelaki akan matang bila berkahwin dan punyai tanggungjawab.  Itu yang aku nampak pada encik besar.  

Semasa dalam LB pun, dia yang sememang ramai tahu penakut darah tapi dia pula yang berikan aku sokongan padu dan kerana dia aku jadi semakin yakin untuk bersalin.  Dia benar² membantu dan aku tak nafikan cinta dan sayang aku semakin kuat pada encik besar. ♥

Dengan lahirnya Sofia Masturina Binti Masnawi pada 1:40pm pada 2 Julai 2011 banyak memberikan aku makna mendalam erti kehidupan sebenarnya.  Dengan seberat 3.01kg dia dilahirkan sudah mengambarkan yang Allah berikan aku zuriat yang sihat dan sempurna sepertimana Allah telah amanahkan kepadaku.  Dugaan yang Allah berikan kepada kami selepas itu, sebenarnya hanya untuk menguatkan lagi kepercayaan kami kepada-NYA.  Untuk mengingatkan kami agar sentiasa berpegang kepada ajaran-Nya dan senantiasa yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. 



Terima kasih encik besar, Allah telah berikan kebahagiaan kepada aku memiliki seorang lelaki yakni kamu dan Allah limpahkan lagi rezeki dengan zuriat yang DIA amanahkan kepada kita agar kita mampu membentuknya menjadi seorang yang berguna dimasa hadapan.  Terima kasih Allah.