June 18, 2011

Why pregg woman so emo?

Marah! Marah! dan Marah!

Gosh!
 Tak tahu dan tak pasti part mana aku nak start dan part mana aku yang menaikkan rasa marah.  Lately aku kurang tidur, kurang makan dan kurang rajin nak melayan bila orang bebual dengan aku.  Kenapa? Hmm.. Aku sendiri susah nak mulakan part mana. 

Aku jadi manusia yang senang nak berkecil hati, senang nak menangis pulak.  Sorry sayang, mummy jadi emotional sejak kebelakang ni. Tapi walaumacamana pun, aku kena sorokkan perangai tu.  Memalam, tarik selimut tutup muka..menangis. Palingkan badan tutup mulut.. menangis. 
Bukan untuk tarik perhatian, cuma aku hanya inginkan tolak ansur dan sedikit saja 
" pemahaman " dari manusia yang bernama lelaki. Susah agaknya. 


Badan aku sakit, pinggang macam nak patah. Bukan merungut tapi harap ada orang concern lah kan.Aku kena banyakkan bersabar, bagi aku menunggu kelahiran permata pertama sangat mencabar.  Kerana aku tak pasti dan tidak pernah pula rasa. First time experience so, I need to learn it more.

No comments: