June 23, 2011

. When the womb become 9 months .

Penantian satu penyeksaan.  Ayat tu betul, dan tak ada salahnya. 
Aku bukan tak reti bersabar tapi hati aku memberontak untuk lihat hasil kami. Anak kami. 
Ibu mana yang tak excited kan? Selama 9 bulan lebih mengandung, melihat perubahan dirinya sendiri, berbual sekiranya dia keseorangan bila tiba masanya dia sudah tentu tak sabar. Bagaimana rupanya?  Siapa yang lebih gennya?  Ikut siapa perangainya?  Bagaimana dia membesar nanti?  Semua itu bermain dalam kepala sederhana aku ini.  Aki dan nendanya pula hanya menanti penuh sabar, tapi aku pasti mereka tidak seperti aku [mungkin dorang hanya tidak tunjuk saja].  Encik besar pun sama sebenarnya.  

Sejak tanda awal 2 hari lepas berturut-turut dia pula yang beriya suruh aku ke hospital.  Tapi aku tak mahu sebab terlalu awal untuk 'check-in' di hospital. hahaha. Tak mahu aku, kang tak ada selera aku nak makan besar.  Sekarang ini boleh berjalan dan cuci mata lagi. So what for kan?  Encik besar dah ambil 2 hari cuti pula tu.  Kesian dia.  Aku tahu dia pun tak sabar.  Sabarlah sayang ye. 

Semua orang bertanyakan soalan yang sama pada aku, " dah bersalin ke?", " dah masuk spital ke?".  Sampai penat aku nak menjawab.  Last² aku ignore dan keep silent.  Bukan tak hargai, teramat lah suka cuma jauh disudut hati aku timbul pula rasa hampa.  Jadi untuk mengelakkan menjadi lebih teruk baik aku senyapkan diri. Percayalah aku suka bila ada orang concernkan aku cuma buat masa sekarang ini aku harap semua faham. Kecewa pun ada sekarang ini.  Tanda dah ada tapi masih tak ada jalan terbuka. 
My baby now is 9 months!
Barang persiapan sudah kami sediakan dalam kereta, dirumah juga aku dah beriya letakkan di tempat yang sepatutnya, kemas dengan rapi, rumah dibersihkan.  Bidan pun dah ditempah.  Senang cite persiapan tak ada masalah lagi.  Semua makanan yang aku nak rasa pun encik besar dah tolong aku cari dan aku dah tak ada istilah kempunan pun.  Tidur sahajalah yang buat aku jadi bermasalah.  Is normal for pregg woman I guess.  Malam memang aku tak tidur dengan nyenyak.  Pagi saja masa aku boleh tidur.  Itu pun tak lama.  Tidur seketika saja.  Buat aku ambil tenaga.


Aku semakin kerap lapar yang mengila.  Namun ikut selera nak makan apa.  Bukan boleh makan sebarang saja.  Takut muntah.  Anak aku dalam kandungan mungkin dah semakin besar jadi makanan nya juga semakin bertambah.  Kerap haus dan aku kerap minum namun keraplah shh.ssh.. hahaha.
Saat-saat akhir nanti akan aku isikan dalam blog aku nanti untuk tatapan umum dan untuk diri aku sendiri.  Pengalaman pertama biasanya adalah yang terindah dan boleh dijadikan pengajaran. 

No comments: